Monday, February 6, 2017

Discovery Asia Umum 16 Rancangan Baharu Tempatan

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) - Discovery Networks Asia-Pacific, mengumumkan 16 rancangan baharu tempatan untuk jenama utama rangkaian itu, Discovery Channel dan untuk saluran terkemuka perjalanan dan gaya hidup, TLC bagi tatapan penonton di Asia Tenggara.

Rancangan baharu itu boleh ditonton dikedua-dua platform linear dan digital yang akan mempamerkan hasil kerja penglipur lara dan pencipta tempatan untuk membuat semula bersama kandungan yang memenuhi kepelbagaian penonton Asia Tenggara.

Pengarah Kurasi Kandungan, Discovery Asia Tenggara, Rohit Tharani berkata selama lebih dua dekad, Discovery memiliki rekod prestasi dalam penceritaan berbentuk inovasi dan imersif.

"Menurut pandangan berasaskan pacuan data, kami memahami kuasa untuk menceritakan cerita tempatan.

Dalam 2017, kami mendahului dan melabur lebih banyak dalam kandungan tempatan berbanding dahulu, meningkatkan saluran utama kami dan melebarkan tarikan kepada Generasi Y," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Antara rancangan tempatan yang dibangunkan termasuk "Frontier Borneo", "Surviving Borneo", "You Have Been Warned", "Bangkok Hooker", "Say Yes To The Dress" dan "Wok With Us".

Diterbitkan oleh Endemol Shine, "Say Yes To The Dress" akam muncul di Asia menerusi saluran TLC dengan memaparkan warna-warni dan kepelbagaian dalam perkahwinan di Asia.

Komitmen Discovery ialah untuk menyegerakan peluang pertumbuhan pasaran dalaman bagi produksi tempatan sementara menyampaikan kisah menarik tempatan yang mendedahkan kehidupan dan kebudayaan orang Asia.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment