Friday, February 24, 2017

METLIFE SYARIKAT INSURANS AMERIKA SYARIKAT YANG PERTAMA UNTUK MENCAPAI KEBERKECUALIAN KARBON

NEW YORK, 23 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MetLife, Inc. (NYSE: MET) hari ini mengumumkan bahawa ia telah mencapai matlamat 2015 bagi keberkecualian karbon, sekali gus menjadi syarikat insurans pertama yang berpangkalan di Amerika Syarikat untuk berbuat demikian.

MetLife mencapai keberkecualian karbon dengan mengintegrasikan amalan terbaik kemampanan dan kecekapan tenaga ke dalam operasi syarikat itu di peringkat global, dan kemudian mengimbangi baki pelepasan itu melalui pelaburan di dalam projek-projek pengurangan karbon di seluruh dunia.

"MetLife komited untuk menjadi sebuah warga korporat yang bertanggungjawab dan memacukan pengawasan alam sekitar yang mantap merentasi seluruh perniagaan kami di peringkat global," kata Marty Lippert, naib presiden eksekutif dan ketua bagi MetLife Global Technology dan Operasi. "Strategi perniagaan lestari bukan sahaja mengurangkan kesan kepada alam sekitar tetapi juga menekankan siapa kami sebagai sebuah syarikat."


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9772

No comments:

Post a Comment