Tuesday, February 7, 2017

NATIONAL MUSEUM OF MODERN ART, TOKYO, YANG TERLETAK BERHAMPIRAN ISTANA IMPERIAL, MEMPERKENALKAN SENI JEPUN ABAD KE-20

TOKYO, 6 Feb (Bernama) -- 


National Museum of Modern Art, Tokyo, iaitu muzium seni kebangsaan yang pertama di Jepun, akan memaparkan pelbagai karya agung pada pameran musim bunga mereka pada tahun 2017, termasuk “Parting Spring” oleh KAWAI Gyokudo yang ditandakan sebagai satu Warisan Kebudayaan Penting, dan lukisan-lukisan lain mengenai bunga sakura.

 (Foto: http://prw.kyodonews.jp/opn/release/201702038461/)

Muzium itu terletak di tempat yang mudah bagi mereka yang melawat Istana Imperial, dan sebuah tempat yang wajib dilihat terutamanya pada musim bunga apabila bunga sakura  sedang mekar berkembang. Anda boleh melihat lukisan-lukisan oleh pelukis Jepun yang diiktiraf sebagai karya agung bersama-sama dengan bunga sakura, dan dengan itu menikmati musim bunga  Jepun yang penuh  anggun itu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9732

No comments:

Post a Comment