Thursday, February 16, 2017

DUA PELANGGAN BERTUAH AMBANK MERUPAKAN PEMENANG UTAMA KEMPEN "MENANG TOYOTA VELLFIRE 2016 SERBA BAHARU DENGAN AMBANK!"

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Dua Pelanggan bertuah AmBank merupakan pemenang utama kempen “Menang Toyota Vellfire 2016 Serba Baharu dengan AmBank!” atau “Win an All-New 2016 Toyota Vellfire with AmBank”. Datin Sia Soo Khim dan Datuk Angie Gow telah diberikan kunci untuk Toyota Vellfire 2016 Serba Baharu masing-masing di dalam majlis penyampaian hadiah yang diadakan pada 6 Februari 2017 di bilik pameran UMW Toyota Motor di Subang.
 
Kempen “Menang Toyota Vellfire 2016 Serba Baharu dengan AmBank!” bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan-pelanggan baharu dan sedia ada AmBank. Untuk mengambil bahagian dalam kempen ini, pelanggan hanya perlu mendeposit sekurang-kurangnya RM1,000 dalam Akaun Semasa atau Simpanan AmBank atau membuat deposit tetap minima sebanyak RM10,000. Selain Hadiah Utama, seramai 86 pemegang Akaun Deposit Semasa dan Akaun Simpanan (CASA) yang mendepositkan RM488,000 dan dikenalpasti untuk enam bulan semasa tempoh kempen telah mendapat Samsung Galaxy S7 edge.


No comments:

Post a Comment