Saturday, February 11, 2017

TOURICO HOLIDAYS SERTAI HOTELBEDS GROUP

PALMA, Sepanyol, 10 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hotelbeds Group, sebuah bedbank global dan pembekal bagi perkhidmatan niaga-ke-niaga kepada industri pelancongan, telah mengumumkan hari ini mengenai rancangan bagi Tourico Holidays untuk bergabung dengan unit perniagaan Bedbank mereka.

Mengulas mengenai berita itu, Joan Vilà, Pengerusi Eksekutif bagi Hotelbeds Group berkata: "Dengan sokongan daripada Cinven dan CPPIB kami kini memasuki fasa seterusnya di dalam perkembangan kami sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada September lalu.

"Dengan itu saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa Tourico Holidays akan menyertai Hotelbeds Group. Tourico Holidays mempunyai reputasi yang sangat baik untuk kecemerlangan dan inovasi yang saya kagumi sejak bertahun-tahun lamanya. Saya tidak sabar-sabar untuk menjalin kerjasama dengan pasukan kepimpinan mereka yang berpengalaman.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=9749

No comments:

Post a Comment