Wednesday, January 30, 2019

COLLIBRA MENJANA $100 JUTA YANG DIKETUAI CAPITALG DAN MELEBIHI PENILAIAN $1 BILION

Tokoh tadbir urus data dan katalog bakal mempercepatkan pertumbuhan dan meningkatkan usaha dalam pembelajaran mesin dan kepintaran buatan
 
NEW YORK dan BRUSSELS, Belgium, 30 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Collibra, peneraju dalam tadbir urus data perniagaan dan perisian katalog hari ini mengumumkan pendanaan siri E sebanyak $100 pada penilaian pasca wang melebihi $1 bilion, yang menjadikan pendanaan usaha niaga syarikat itu berjumlah $233 juta. CapitalG iaitu dana pelaburan ekuiti pertumbuhan Alphabet telah mengetuai pusingan tersebut, disertai oleh pelabur sedia ada iaitu ICONIQ Capital, Index Ventures, Dawn Capital dan Battery Ventures.
 
Pendanaan tersebut menghampiri tahun hasil tertinggi, dengan 80 peratus pertambahan dalam hasil berulang tahunan dan perkembangan pesat di seluruh dunia. Pelaburan itu dijangka akan digunakan untuk mengembangkan portfolio produk dan mempercepatkan pertumbuhan merentas perniagaan. Collibra bercadang untuk meluaskan keupayaan kepintaran buatan dan pembelajaran mesin dalam platform asli awannya — membina lebih banyak automasi dalam produk katalog pintar — dan dalam sokongan pasukan sains data bagi inisiatif analisis lanjutannya.
 
“Collibra memberikan kawalan data kepada organisasi, membantu mereka mematuhi undang-undang yang kerap berubah, menerima teknologi memuncul dan menyimpan maklumat yang akan membolehkan mereka mencipta perkhidmatan dan penyelesaian yang sesuai untuk masa hadapan,” kata Derek Zanutto dari CapitalG. “Kami bersedia untuk bekerja bersama Collibra dan menggabungkan pembelajaran mesin dan kepakaran AI Google dan Alphabet dengan kepimpinan Collibra dalam kerjasama data, pengurusan aliran kerja dan pengurusan risiko.”
 
Lebih daripada 300 pelanggan global dalam industri yang merangkumi perkhidmatan kewangan hingga penjagaan kesihatan, peruncitan dan teknologi menggunakan platform Collibra untuk mengukuhkan transformasi digital mereka yang dipacu data. Collibra telah menjadi pilihan utama bagi ketua pegawai data yang berperanan untuk melaksanakan pendekatan strategik terhadap data dan memaksimumkan nilainya untuk organisasi mereka.
 
“Berbanding dengan masa dahulu, kita kini hidup dalam ekonomi dengan syarikat yang paling inovatif dipacu oleh data. Data telah menjadi aset kita yang paling bernilai,” kata Felix Van de Maele, CEO dan pengasas bersama Collibra. “Pelaburan ini adalah bukti kepimpinan Collibra dan keupayaan kami untuk membantu pelanggan mentransformasikan kenyataan pasaran mereka menerusi maklumat yang dipacu data. Dengan pusingan terkini ini, kami berada di kedudukan yang baik untuk menggunakan pengalaman kami dalam memahami data bagi membantu pelanggan menggunakan inovasi tercanggih untuk menguasakan usaha transformasi digital mereka.”
 
Collibra terus memperoleh pengiktirafan daripada komuniti data dan teknologi, dan baru-baru ini ia disenaraikan dalam senarai Cloud 100 Forbes untuk tahun kedua berturut-turut. Ia juga dinobatkan sebagai yang pertama dalam Magic Quadrant Gartner untuk Penyelesaian Pengurusan Metadata bagi kali ketiga berturut-turut tahun ini, serta dalam The Forrester Wave™: Katalog Data Pembelajaran Mesin dan The Forrester Wave™: Pengurusan Tadbir Urus Data dan Penyedia Penemuan.
 
Perihal Collibra

Sebagai peneraju dalam tadbir urus data dan perisian katalog, Collibra membantu organisasi di seluruh dunia memperoleh kelebihan daya saing dengan memaksimumkan nilai data mereka merentas perniagaan. Collibra adalah satu-satunya penyelesaian yang dicipta dengan tujuan untuk menangani isu keperluan pengawasan, tadbir urus dan pengurusan data untuk industri intensif data yang paling kompleks. Penyelesaian pada premis berasaskan awan kami yang fleksibel dan boleh dikonfigurasi mengutamakan individu dan proses – menguasakan setiap pakar data bagi mencari, memahami dan meyakini data untuk menyerlahkan nilai perniagaan. Ketahui lanjut di www.collibra.com.
 
Hubungan:
Jennifer Harlan
Highwire PR
jennifer@highwirepr.com
248-701-6846
 
Sumber: Collibra
 
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment