Tuesday, January 15, 2019

HENRY SCHEIN DAN VETS FIRST CHOICE UMUMKAN LEMBAGA PENGARAH BAGI COVETRUS

David E. Shaw akan berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga; Philip Laskawy berkhidmat sebagai Pengarah Bebas Utama  


MELVILLE, N.Y. & PORTLAND, Maine, 15 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Henry Schein, Inc. (Nasdaq: HSIC) dan Vets First Choice hari ini mengumumkan mereka yang terpilih yang akan terdiri daripada 11 ahli lembaga pengarah bagi Covetrus, syarikat awam kendiri baharu yang akan diwujudkan daripada keluaran sampingan yang dirancang bagi perniagaan Henry Schein Animal Health dan penggabungan seterusnya dengan Vets First Choice. Penggabungan itu dijangka dilaksanakan pada atau sekitar 4 Februari, 2019.

Sebagaimana yang diumumkan sebelum ini, David E. Shaw, Pengasas Bersama dan Pengerusi bagi Vets First Choice, akan menjadi Pengerusi bagi Lembaga Covetrus. Encik Shaw telah membantu membina beberapa syarikat berasaskan sains yang berjaya termasuk Ikaria dan IDEXX di mana beliau merupakan pengerusi pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif. Philip A. Laskawy, bekas rakan kongsi, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi firma perakaunan EY LLP, dan kini sebagai Pengarah Bebas Utama bagi lembaga pengarah Henry Schein, akan bertindak sebagai Pengarah Bebas Utama bagi Covetrus. Individu berikut juga dijangka dilantik ke lembaga pengarah Covetrus yang lain:
  • Benjamin Shaw, Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Covetrus dan Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Vets First Choice
  • Betsy Atkins, Ketua Pegawai Eksekutif bagi firma modal teroka Baja LLC
  • Deborah G. Ellinger, Penasihat Kanan bagi The Boston Consulting Group dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan/atau Presiden bagi empat firma sokongan ekuiti-persendirian, termasuk Ideal Image
  • Sandra L. Helton, bekas Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan bagi  Telephone and Data Systems, Inc.
  • Mark J. Manoff, bekas rakan dan Naib Pengerusi Americas bagi EY
  • Edward M. McNamara, Presiden dan pengasas bersama bagi syarikat pembinaan teroka TeamLaunch, LLC
  • Steven Paladino, Naib Presiden Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan dan Ahli Lembaga bagi Henry Schein
  • Ravi Sachdev, Rakan di Clayton Dubilier & Rice
  • Benjamin Wolin, bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama bagi Everyday Health dan penasihat bagi 3L Capital LLC

“Hasrat kami adalah untuk mewujudkan sebuah lembaga yang mencerminkan sifat yang luas dan transformatif mengenai peluang Covetrus, dan kami percaya bahawa senarai ini mencapai perkara itu dari segi kaliber, kepelbagaian, kebebasan dan kualiti-kualiti lain,” kata David Shaw. “Kumpulan ini mempunyai satu gabungan pengalaman yang relevan, pengetahuan domain bertaraf global dan keupayaan yang luas merentasi fungsi-fungsi lembaga utama yang akan membantu Covetrus meningkatkan platform perkhidmatan yang dibolehkan oleh teknologi mereka merentasi ke seluruh dunia dan menyampaikan misi mereka untuk memajukan dunia perubatan veterinar.”

“Adalah menjadi satu penghormatan untuk dipertanggungjawabkan dengan peranan sebagai Pengarah Bebas Utama dan untuk menyertai sebuah pasukan yang mempunyai pengarah-pengarah yang berkualiti tinggi,” kata Philip Laskawy. “Di Covetrus, kami akan mempunyai satu komitmen yang teguh untuk tadbir urus korporat yang kukuh kerana kami menumpukan pada penekanan sebuah rangka kerja kebertanggungjawaban yang memacukan penciptaan nilai jangka panjang.”

Maklumat Tambahan dan Di mana untuk Mendapatkannya

Satu kenyataan pendaftaran pada Borang S-1/S-4 yang berkaitan dengan urus niaga ini telah dikemukakan dengan SEC, tetapi belum lagi menjadi efektif. Pelabur dan pemegang sekuriti diminta membaca dengan teliti kenyataan pendaftaran/prospektus itu (termasuk sebarang pindaan atau tambahan padanya dan apa-apa dokumen yang digabungkan oleh rujukan dalam hal itu) dan mana-mana dokumen lain yang berkaitan yang dikemukakan dengan SEC apabila ia tersedia, kerana ia akan mengandungi maklumat penting mengenai pihak-pihak berkaitan dan urus niaga yang dicadangkan itu. Kenyataan pendaftaran, prospektus awal dan dokumen lain yang berkaitan yang difailkan dengan SEC, apabila ia tersedia, boleh diperolehi secara percuma dari laman web SEC di www.sec.gov. Dokumen ini, apabila ia tersedia, boleh juga diperolehi secara percuma dari Henry Schein, Inc. atas permintaan bertulis kepada Carolynne Borders di Henry Schein, Inc., 135 Jalan Duryea, Melville, NY 11747. Komunikasi ini tidak akan menjadi satu tawaran untuk menjual atau permintaan tawaran untuk menjual atau permintaan tawaran untuk membeli apa-apa sekuriti, dan tidak ada penjualan sekuriti dalam mana-mana bidang kuasa di mana tawaran, permintaan atau penjualan sedemikian adalah menyalahi undang-undang sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti di mana-mana bidang kuasa yang berkaitan. Tidak ada tawaran sekuriti boleh dibuat kecuali melalui prospektus yang memenuhi syarat-syarat Seksyen 10 Akta Sekuriti 1933, sebagaimana yang dipinda.

Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan

Selaras dengan peruntukan "Safe Harbor" bagi Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995, pihak-pihak itu menyediakan kenyataan peringatan berikut berhubung faktor-faktor penting yang, antara lain, boleh menyebabkan keputusan di masa hadapan  untuk berbeza daripada kenyataan yang berpandangan ke hadapan, harapan dan andaian yang dinyatakan atau tersirat di sini. Kenyataan ini dikenal pasti dengan menggunakan istilah seperti “mungkin,”  “boleh,” “menjangka,” “berhasrat,” “percaya,” “merancang,” “anggaran,” “ramalan,” “projek," “menduga” atau sebutan lain yang sebanding. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kenyataan mengenai manfaat urus niaga itu, termasuk keputusan kewangan, operasi masa hadapan, rancangan, objektif, harapan dan hasrat masa hadapan. Semua kenyataan yang menangani prestasi operasi, peristiwa atau perkembangan yang kami jangkakan atau dijangka akan berlaku pada masa akan datang -- termasuk kenyataan yang berkaitan dengan sinergi yang dijangkakan dan jadual waktu yang dijangka untuk menyelesaikan urus niaga yang dicadangkan itu -- adalah merupakan kenyataan yang berpandangan ke hadapan.

Semua kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang dibuat oleh kami adalah tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian dan tidak menjamin prestasi masa hadapan. Oleh itu, anda tidak boleh bergantung pada mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini. Kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor-faktor lain yang mungkin menyebabkan keputusan, prestasi dan pencapaian atau hasil industri kami secara nyata berbeza daripada hasil, prestasi atau pencapaian pada masa hadapan yang dinyatakan atau tersirat oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu. Sebagai contoh, kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor termasuk, tanpa had, risiko yang berkaitan dengan keupayaan untuk menyelesaikan urus niaga itu dan pemasaan sewaktu penutupan urus niaga itu; keupayaan untuk mendapatkan kelulusan yang diperlukan; keupayaan untuk mengintegrasikan dengan jayanya operasi dan pekerja; keupayaan untuk merealisasikan faedah dan sinergi yang dijangkakan daripada urus niaga itu; kesan potensi daripada pengumuman bagi urus niaga itu atau penyempurnaan urus niaga mengenai hubungan, termasuk dengan pekerja, pelanggan dan pesaing; keupayaan untuk mengekalkan kakitangan utama; keupayaan untuk mencapai sasaran prestasi; perubahan di dalam pasaran kewangan, kadar faedah dan kadar tukaran mata wang asing; dan risiko dan faktor tambahan yang dibincangkan dalam Kenyataan Pendaftaran itu, termasuk yang dibincangkan di bawah tajuk “Faktor Risiko” di dalam Kenyataan Pendaftaran itu. Kami tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai obligasi untuk mengemas kini sebarang kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang terkandung di sini.

Maklumat mengenai Henry Schein

Henry Schein, Inc. (Nasdaq: HSIC) adalah sebuah syarikat penyelesaian untuk kalangan profesional penjagaan kesihatan yang dikuasai oleh sebuah rangkaian manusia dan teknologi. Dengan lebih daripada 22,000 Ahli-ahli Pasukan Scheinyang memberi perkhidmatan kepada lebih 1 juta pelanggan di seluruh dunia, Syarikat itu adalah penyedia terbesar dunia bagi penyelesaian Perniagaan, Klinikal, Teknologi, dan Rantaian Bekalan untuk meningkatkan kecekapan bagi pengamal pergigiankesihatan haiwan, dan perubatan. Syarikat itu juga menyediakan makmal pergigianklinik penjagaan kesihatan kerajaan dan institusi, dan tempat penjagaan alternatif yang lain.

Sebuah Syarikat Fortune 500® dan sebuah ahli indeks S&P 500® dan Nasdaq 100®, rangkaian penasihat yang dipercayai Henry Schein menyediakan kepada profesional penjagaan kesihatan dengan penyelesaian bernilai yang mereka perlukan untuk meningkatkan kejayaan operasi dan hasil klinikal. Syarikat itu menawarkan kepada pelanggan dengan produk dan penyelesaian yang eksklusif dan berinovatif, termasuk perisian pengurusan amalan, penyelesaian e-dagang, produk khusus dan pembedahan, serta satu rangkaian luas  perkhidmatan kewangan. Henry Schein beroperasi melalui satu rangkaian pengedaran berpusat dan automatik, dengan satu pemilihan lebih daripada 120,000 produk berjenama dan produk berjenama peribadi Henry Schein di dalam stok, serta lebih daripada 180,000 produk tambahan yang tersedia sebagai barangan pesanan khas.

Beribu pejabat di Melville, N.Y., Henry Schein mempunyai operasi atau firma gabungan di 34 buah negara. Jualan Syarikat itu mencapai rekod $12.5 bilion pada tahun 2017, dan telah berkembang pada kadar tahunan kompaun kira-kira 15% sejak Henry Schein menjadi sebuah syarikat awam pada tahun 1995. Untuk maklumat lanjut, sila layari Henry Schein di www.henryschein.comFacebook.com/HenrySchein dan @HenrySchein on Twitter.
 
Maklumat mengenai Vets First Choice

Vets First Choice adalah sebuah inovator di dalam perkhidmatan yang dibolehkan teknologi yang memberi kuasa kepada doktor-doktor haiwan dengan pandangan yang direka untuk meningkatkan penglibatan pelanggan dan kesihatan amalan veterinar. Platform Vets First Choice, yang diintegrasikan dengan aliran kerja perisian pengurusan amalan veterinar, memanfaatkan wawasan dan analisis, perkhidmatan penglibatan pelanggan dan perkhidmatan farmasi, untuk menyampaikan kepatuhan perubatan yang lebih baik melalui pengurusan preskripsi proaktif. Dengan bekerja secara langsung dengan amalan veterinar untuk menguruskan jurang di dalam penjagaan, Vets First Choice berhasrat untuk membolehkan pelanggan veterinar mereka mewujudkan peluang-peluang pendapatan baharu, menyesuaikan diri kepada perubahan tingkah laku pembelian oleh pemilik haiwan, meningkatkan perhubungan pelanggan mereka dan mempertingkatkan kualiti bagi hasil penjagaan dan kesihatan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.vetsfirstchoice.com.

Lihat versi sumber di  businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190114005412/en/

Hubungi

William Durling
Naib Presiden bagi Komunikasi Korporat
wdurling@vetsfirstchoice.com
603-769-7471

Nicholas Jansen
Naib Presiden bagi Perhubungan Pelabur
nicholas.jansen@vetsfirstchoice.com
407-761-8172

Ann Marie Gothard
Naib Presiden, Perhubungan Media Koporat
annmarie.gothard@henryschein.com
631-390-8169

Carolynne Borders
Naib Presiden, Perhubungan Pelabur
carolynne.borders@henryschein.com
631-390-8105

Sumber : Vets First Choice

No comments:

Post a Comment