Thursday, January 24, 2019

PAPA JOHN'S MELANTIK MARVIN BOAKYE SEBAGAI KETUA PEGAWAI AWAM PERTAMA

LOUISVILLE, Ky, 24 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Papa John's International, Inc., (NASDAQ: PZZA) satu daripada syarikat penghantaran pizza terbesar di dunia, hari ini mengumumkan pelantikan Marvin Boakye sebagai Ketua Pegawai Awam mereka yang pertama. Beliau akan berkhidmat sebagai seorang daripada anggota Pasukan Kepimpinan Eksekutif Papa John’s dan melapor kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Steve Ritchie.

Boakye mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam sumber manusia, serta kepakaran di dalam pengurusan perubahan dan transformasi budaya. Beliau telah memegang peranan kepimpinan sumber manusia untuk organisasi merentasi Amerika Syarikat, Kanada dan Amerika Latin. Boakye menyertai Papa John’s setelah berkhidmat sebagai naib presiden bagi sumber manusia di syarikat petroleum Andeavor di San Antonio, Texas, yang baru-baru ini diperolehi oleh Marathon Petroleum. Sebelum Andeavor, beliau merupakan ketua pegawai sumber manusia bagi MTS Allstream, sebuah syarikat telekomunikasi yang kini menjadi sebahagian daripada Bell Canada, dan memegang jawatan kanan sumber manusia di Goodyear, Pulte Group dan The Home Depot.

"Kepakaran Boakye akan membantu kami untuk terus mendorong Papa John’s ke hadapan di dalam transformasi kami untuk menjadi sebuah tempat yang lebih baik untuk bekerja bagi 120,000 anggota pasukan korporat dan francais kami," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Papa John’s, Steve Ritchie. "Dalam pencarian kami bagi seorang Ketua Pegawai Awam, matlamat kami adalah untuk mengenalpasti seorang pemimpin pembangunan bakat yang mempunyai kepakaran di dalam memacukan perubahan organisasi. Latar belakang Boakye yang mengagumkan akan menjadi satu aset penting kepada strategi pertumbuhan Papa John’s, terutama ketika kami terus memberi tumpuan kepada perniagaan kami di luar Amerika Utara."

Boakye akan memainkan satu peranan kepimpinan yang kritikal di dalam melaksanakan strategi pengurusan bakat syarikat itu, yang termasuk mengawasi operasi pekerja; pampasan dan faedah; dan pembelajaran dan pembangunan. Beliau menggantikan Naib Presiden Kanan bagi Operasi Pekerja Bob Smith, yang bersara dari Papa John’s pada Ogos 2018 selepas berkhidmat selama 15 tahun dengan syarikat itu.

Maklumat mengenai Papa John's

Beribu pejabat di Louisville, Kentucky, Papa John's International, Inc. (NASDAQ: PZZA) adalah syarikat penghantaran pizza ketiga terbesar di dunia. Pada tahun 2018, pengguna menilai Papa John’s No. 1 di dalam kualiti produk dan perkhidmatan di kalangan rantaian pizza kebangsaan di dalam Indeks Kepuasan Pelanggan Amerika (ACSI). Untuk 17 tahun daripada 19 tahun yang lalu, pengguna telah menilai Papa John’s No. 1 di dalam kepuasan pelanggan di kalangan rantaian pizza kebangsaan di dalam Indeks Kepuasan Pelanggan Amerika (ACSI).

Untuk maklumat lanjut mengenai syarikat itu atau bagi memesan pizza secara dalam talian, sila layari Papa John's di www.papajohns.com.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190123005518/en/

Hubungi

Madeline Chadwick
Naib Presiden bagi Komunikasi
(Pejabat) 502.261.4189
Madeline_Chadwick@papajohns.com

Sumber : Papa John’s International, Inc.

No comments:

Post a Comment