Thursday, January 17, 2019

KERTAS BIRU BERHUBUNG PENILAIAN MENGENAI PELABUHAN PELAYARAN CHINA PADA TAHUN 2018 DIKELUARKAN

BEIJING, China, 14 Jan (Bernama) -- Kertas biru yang pertama berhubung penilaian mengenai pelabuhan pelayaran China pada tahun 2018 telah dikeluarkan di Beijing pada Rabu, bertujuan untuk membimbing pelabuhan-pelabuhan pelayaran domestik China bagi memperbaiki kemudahan teknikal, peralatan dan perkhidmatan dan melonjakkan industri pelayaran ke tahap baharu di dalam pembangunan.

Laporan itu telah disusun bersama oleh China Waterborne Transport Research Institute di bawah Kementerian Pengangkutan dan Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China (CEIS) di bawah Agensi Berita Xinhua.

Menurut laporan itu, pasaran pelayaran domestik sedang memasuki satu peringkat baharu di dalam pembangunan yang mantap dan berkualiti tinggi daripada satu peringkat pembangunan yang pesat. Dari segi infrastruktur, pelabuhan-pelabuhan pelayaran China telah menjadi peneraju di antara pelabuhan pelayaran di peringkat global. Walau bagaimanapun, dalam bidang operasi pelabuhan pelayaran dan perkhidmatan pelabuhan, satu jurang yang besar masih wujud berbanding dengan pelabuhan-pelabuhan matang di peringkat antarabangsa.

Laporan itu menunjukkan bahawa pelabuhan pelayaran China berkembang tidak seimbang. Shanghai Wusongkou International Cruise Terminal, Shenzhen Shekou Cruise Home Port, Tianjin International Cruise Home Port, dan Xiamen International Cruise Center menikmati kelebihan yang jelas berbanding dengan pelabuhan-pelabuhan domestik yang lain, dengan berada pada kedudukan di tingkat pertama.

Sumber: Perkhidmatan Maklumat Ekonomi China (CEIS)

Pautan Lampiran Imej:
http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=328162

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment