Monday, January 7, 2019

LEDDARTECH MENANDATANGANI NAGASE CO. LTD SEBAGAI PENGEDAR EKSKLUSIF UNTUK JEPUN

LeddarTech memilih Nagase  Co. Ltd. sebagai pengedar produk LiDAR mobiliti di Jepun mulai hari ini. Acara kerjasama pertama akan diadakan di CAR-ELE-JAPAN, Tokyo pada 16-18 Januari 2019 di mana mereka akan mempersembahkan teknologi LiDAR keadaan pepejal LeddarTech kepada industri automotif.



BANDAR QUEBEC, 7 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech, peneraju industri yang menyediakan platform LiDAR auto dan mobiliti paling versatil dan boleh diskala hari ini mengumumkan bahawa ia telah memilih Nagase & Co. Ltd. Sebagai pengedar penyelesaian LiDAR keadaan pepejal untuk ADAS dan kenderaan berautonomi di Jepun.

“Kami berbangga untuk mewakili teknologi LiDAR LeddarTech yang berwawasan di Jepun,” kata Koichi Kawahito, Pengarah Bahagian untuk bahagian Elektronik Automotif di Nagase. Beliau menambah: “Platform mobiliti LiDAR LeddarTech membawa tawaran LiDAR automotif berbeza dan menarik kepada pembekal Peringkat 1, yang sejajar dengan misi Nagase untuk mengembangkan perniagaan automotifnya kepada pengedaran komponen dan sistem dan juga menawarkan perkhidmatan perisian dan rekaan untuk sistem bantuan pemanduan lanjutan (ADAS), kenderaan elektrik dan antara muka manusia-mesin.”

Memorandum persefahaman antara kedua-dua pihak telah ditandatangani pada awal bulan Disember. Nagase akan mengendalikan promosi dan jualan di Jepun untuk LCA2 LeddarEngine dan LCA3 LeddarEngine LeddarTech, iaitu teras LiDAR keadaan pepejal bersepadu yang terdiri daripada sistem pada cip (SoC) LeddarCore dan digandingkan dengan perisian pemproses isyarat LeddarSP. Selain itu, Nagase juga akan menyediakan sokongan produk pertama berkualiti tinggi kepada pelanggan tempatan.

“LeddarTech komited untuk menyediakan teknologi dan sokongan terbaik kepada pelanggan kami di seluruh dunia. Kami berbangga untuk bekerjasama dengan pengedar bereputasi baik seperti Nagase & Co., Ltd.,” kata Adrian Pierce, Naib Presiden Jualan Global dan Pembangunan Perniagaan di LeddarTech.

Charles Boulanger, CEO LeddarTech menambah: “Kami mahu membawa nilai kepada pelanggan mobiliti kami di Jepun dengan model perniagaan kami yang tersendiri yang berdasarkan platform pembangunan LiDAR yang komprehensif. Platform ini memberi keupayaan kepada pembekal Peringkat 1 untuk mereka dan menghasilkan penyelesaian LiDAR disesuaikan bergred automotif, berprestasi tinggi dan jimat kos secara besar-besaran untuk kes penggunaan automotif paling mencabar.”   

Hadir di CAR-ELE-JAPAN – Januari 2019
Kerjasama erat LeddarTech dan Nagase akan dipersembahkan di CAR-ELE-JAPAN, dari 16 hingga 18 Januari 2019 di Tokyo, Jepun. Di petak nombor E47-002, mereka akan bersama-sama membentangkan dan mendemonstrasikan penyelesaian LiDAR keadaan pepejal Flash 3D berdasarkan LCA2 LeddarEngine.

Pertunjukan CAR-ELE JAPAN menyatukan teknologi elektronik automotif, seperti komponen, bahan, perisian, kelengkapan pengilangan, teknologi ujian dan sebagainya. Acara ini bakal menarik OEM dan pembekal Peringkat 1 dan telah menjadi acara yang wajib dihadiri oleh para profesional industri automotif.

Perihal Nagase 
Nagase & Co., Ltd. adalah firma perdagangan bahan kimia yang ditubuhkan di Kyoto, Jepun pada 1832. Kumpulan Nagase bermula sebagai ejen jualan khusus yang mendapatkan kontrak eksklusif untuk menjual produk peneraju industri dari seluruh dunia di Jepun. Bertahun-tahun kemudian, syarikat tersebut telah menggunakan teknologi dan kepakaran pengumpulan maklumat—serta rangkaian globalnya—untuk menukar perniagaannya menjadi model hibrid yang menawarkan pengilangan, pemprosesan, fungsi R&D dan juga perkhidmatan syarikat perdagangan yang unggul. 

Jabatan Penyelesaian Automotif telah lama menyediakan bahan dan bahagian dengan fungsi yang tinggi kepada industri automotif dan kini fokus untuk memberikan teknologi terbaru kepada pasaran demi menghasilkan masyarakat mobiliti yang lebih selamat dan selesa.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.nagase.co.jp/english

Perihal LeddarTech

LeddarTech ialah peneraju industri yang menyediakan platform pembangunan LiDAR auto dan mobiliti yang paling versatil dan boleh diskala berdasarkan LeddarEngine unik, yang mengandungi suite gred automotif, SoC yang diluluskan keselamatan fungsi yang digunakan di samping perisian pemproses isyarat LeddarSP. Syarikat ini telah menghasilkan inovasi dalam aplikasi pengesanan jauh mobiliti tercanggih, teknologinya yang dipatenkan meningkatkan keupayaan ADAS dan pemanduan berautonomi untuk kereta, trak, bas, kenderaan penghantaran, robotaxi, kenderaan ulang-alik dan banyak lagi. Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh didapati di www.leddartech.com dan di LinkedInTwitterFacebookdan YouTube.

LeddarTech, Leddar, LeddarEngine, LeddarSP dan logo LeddarTech ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama, nama dan tanda produk yang lain ialah atau mungkin tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenalkan produk atau perkhidmatan pemiliknya.

Hubungan LeddarTech: Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi
+1-418-653-9000 samb. 232 | Daniel.Aitken@Leddartech.com 

SUMBER : LeddarTech inc.

No comments:

Post a Comment