Tuesday, January 22, 2019

Kumpulan Odakyu Jepun raikan pelancong Tahun Baharu Qamari


KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Kumpulan Odakyu telah memulakan "Kempen Tahun Baharu Qamari 2019’ dari 16 Jan hingga 15 Feb 2019 dengan menawarkan kupon dan barangan istimewa kepada pelancong yang layak yang menggunakan perkhidmatan kereta api Limited Express Romancecar.
Kupon bernilai 500 yen (100JPY = RM3.77) itu masing-masing boleh digunakan di daerah Shinjuku di Tokyo, Hakone, Enoshima dan Kamakura di fasiliti terpilih, kata Odakyu Electric Railway Co Ltd dalam kenyataan.
Kupon itu diedarkan oleh Pusat Perkhidmatan Lawatan Odakyu di Shinjuku kepada setiap pelanggan yang membeli Pas Hakone Kamakura -- tiket lawatan bernilai 6,500 yen eksklusif untuk pelancong.
Pas itu membolehkan pemegangnya menikmati perkhidmatan ditawarkan oleh Hakone Freepass dan Enoshima-Kamakura Freepass serta menawarkan perjalanan tanpa had di semua laluan dikendalikan Odakyu Electric Railway. Pemegang pas itu juga boleh mendapatkan perkhidmatan pilihan daripada fasiliti yang diaturkan oleh Odakyu.
Satu ‘Set Manisan Jepun’ yang enak dijual dalam kereta api Limited Express Romancecar di semua laluan kendalian Odakyu sepanjang kempen itu. Set itu terdiri daripada manisan Jepun yang disediakan di semua laluan Odakyu berserta kayu penyepit khas, sehelai tuala dan barangan lain.
Sebagai sebahagian kempen itu, staf di stesen kereta api Odakyu dan di kawasan Enoshima dan Hakone akan memakai lencana ‘Omotenashi’ (hospitaliti), membawa mesej seperti ‘Have a nice trip’ dalam enam bahasa.
Stesen Odawara dan Hakone-Yumoto juga dihias indah untuk menyambut kedatangan pelancong bagi Tahun Baharu Qamari. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.odakyu.jp/english/springcampaign.
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment