Friday, January 25, 2019

MARY KAY INC. MENGUMUMKAN PELANTIKAN DUA EKSEKUTIF DALAM OPERASI RANTAIAN PEMBEKALAN

Jenama Kecantikan Global Melantik Chaun Harper dan Dr. Lucy Gildea ke Pasukan Eksekutif
 
DALLAS, 25 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., yang menyambut ulang tahun mereka ke-55 sebagai sebuah jenama kecantikan dan penjual langsung yang utama di hampir 40 pasaran, mengumumkan pelantikan Chaun Harper sebagai Naib Presiden Kanan – Ketua Pegawai Pengeluaran dan Dr. Lucy Gildea sebagai Naib Presiden Kanan – Ketua Pegawai Saintifik. Dalam peranan baharu mereka, Harper dan Gildea akan menyertai pasukan eksekutif syarikat kosmetik global itu.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190124005055/en/
 
Sebagai Naib Presiden Kanan – Ketua Pegawai Pengeluaran, Chaun Harperakan bertanggungjawab terhadap operasi pembuatan global, pengendalian inventori global, perancangan bekalan, pengangkutan dan kualiti global. Harper menyertai Mary Kay Inc. pada tahun 2014 sebagai Pengarah bagi Operasi Pengeluaran. Semasa tempoh tugasan beliau, Harper telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan satu budaya penambahbaikan yang berterusan di kemudahan pengeluaran Mary Kay yang termasuk meningkatkan kecekapan pengeluaran secara ketara dan melaksanakan peluang-peluang pembangunan utama bagi pekerja untuk meningkatkan kemahiran teknikal dan memajukan kerjaya mereka. Sebelum menyertai syarikat kecantikan ikonik itu, Harper bekerja untuk L'Oréal di mana beliau telah memegang beberapa jawatan dalam kedua-dua fungsi operasi dan kualiti.
 
Sebagai Naib Presiden Kanan – Ketua Pegawai Saintifik, Dr. Lucy Gildea akan terus mengetuai operasi penyelidikan dan pembangunan Mary Kay Inc. Sejak menyertai syarikat kecantikan ikonik itu pada tahun 2017, Dr. Gildea telah berusaha untuk melaksanakan strategi produk dan inovasi saluran global syarikat itu. Dengan sebuah portfolio global bagi lebih daripada 1,400 paten bagi produk, teknologi dan sistem pembungkusan, Mary Kay telah memupuk sebuah budaya inovasi dan melabur berjuta-juta dolar setiap tahun dalam penyelidikan dan pembangunan. Dr. Gildea akan menjadi orang penting dalam memimpin syarikat itu secara inovatif ke dalam generasi akan datang. Sebelum menyertai Mary Kay Inc., Dr Gildea menghabiskan 15 tahun di Procter and Gamble, bekerja dalam penjagaan kesihatan, penjagaan mulut, teknologi kecantikan dan pembangunan kecantikan/kulit.
 
“Dalam satu tempoh yang agak singkat, kedua-dua Chaun dan Lucy telah membuat sumbangan yang signifikan dan terbukti berperanan penting dalam operasi penyelidikan, pembangunan dan rantaian bekalan di Mary Kay,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi bagi Mary Kay Inc. “Dalam peranan baharu mereka sebagai ahli pasukan eksekutif syarikat itu, Chaun dan Lucy akan berusaha untuk memastikan penjajaran bagi strategi dan rancangan di peringkat serantau dan global untuk produk Mary Kay®. Sebagai satu daripada inovator terkemuka di dalam industri jualan langsung dan kosmetik, Mary Kay adalah sebuah penjana komestik dengan lebih daripada 700 produk dalam portfolio global kami. Ketika kami terus menghasilkan produk yang terbaik di dalam industri, kami amat bangga untuk melantik Chaun dan Lucy ke jawatan eksekutif ini dengan pemahaman bahawa kepimpinan dan kepakaran mereka akan menjadi amat bernilai ketika kami membina di atas usaha kami untuk memperkayakan kehidupan wanita di seluruh dunia.”
 
Harper memperolehi ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kimia dari Arkansas Tech University di Russellville, Ark. dan Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dari Webster University di St. Louis, Mo. Dr. Gildea memperolehi ijazah Sarjana Muda Sains dalam Biologi dari Georgetown College di Georgetown, Ky. dan PhD dalam Biologi Sel dan Molekul, Imunologi dan Penyakit Berjangkit dari Universiti Cincinnati.
 
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11829

No comments:

Post a Comment