Friday, January 25, 2019

P&G SERTAI LOOP TERRACYCLE - SEBUAH PLATFORM E-BELI-BELAH YANG MESRA ALAM SEKITAR DAN MUDAH -- DENGAN 11 JENAMA ISI RUMAH

Model yang Mengubah Keputusan Keseluruhan akan diuji di Paris dan New York pada tahun 2019


DAVOS, Switzerland, 25 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat Procter & Gamble (NYSE: PG) hari ini mengumumkan pengenalan pembungkusan yang boleh diguna semula dan diisi semula pada beberapa produk mereka yang paling popular sebagai sebahagian daripada satu usaha baharu yang bertujuan untuk mengubah pergantungan dunia terhadap pembungkusan penggunaan tunggal dan sisa buangan. Di samping itu, penyelesaian pusingan "kumpul dan kitar semula" yang baharu yang membantu menghapuskan sisa juga telah diperkenalkan sebagai sebahagian daripada satu perkongsian dengan LoopTM, sebuah platform e-dagang pusingan yang dibangunkan oleh TerraCycle, sebuah pemimpin kitar semula antarabangsa. Banyak daripada jenama global terbesar P&G, termasuk PanteneTM, TideTM, CascadeTM and Oral-BTM akan menyertai platform yang berinovatif ini pada tahun ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20190124005087/en/

Loop adalah sebuah pembungkusan global dan penyelesaian pusingan beli-belah yang pertama seumpamanya yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi alam sekitar dan standard keselesaan berbanding dengan penyelesaian e-dagang semasa melalui pembungkusan yang dikumpulkan, dibersihkan, diisi semula dan digunakan semula. Loop juga menawarkan pilihan untuk mengumpul produk terpakai dari muka pintu pengguna untuk tujuan kitar semula atau penggunaan semula seterusnya. P&G adalah syarikat produk pengguna pertama yang menyertai Loop.

Diumumkan pada Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, perkongsian ini akan meningkatkan kemajuan matlamat kelestarian  Cita-cita P&G 2030 dan komitmen berterusan Syarikat itu untuk menjadikan niat mapan menjadi tindakan harian yang positif.

Saintis dan jurutera P&G telah membangunkan penyelesaian pembuatan, pembungkusan dan pengedaran berinovatif yang akan menggembirakan pengguna dan menjadikan kehidupan mapan mudah bagi pengguna yang mengambil bahagian. Sebelas jenama P&G akan terdapat di Loop dalam satu daripada tiga format. Sistem Loop itu akan disahkan dan dioptimumkan melalui eksperimen pembelajaran di pasaran yang sebenar bermula pada pertengahan tahun 2019 di New York dan Paris.

Pembungkusan Tahan Lama

Kegemaran isi rumah seperti Pantene, Tide, Cascade dan CrestTM mempunyai reka bentuk pembungkusan tahan lama dan isi semula yang baharu, yang memaparkan bekas-bekas mewah dengan ciri-ciri dan fungsi baharu.
  • Pantene akan memperkenalkan sebuah botol unik yang diperbuat dengan aluminium yang ringan dan tahan lama untuk syampu dan perapi rambutnya.
  • Tide, bahan pencuci pakaian #1 Amerika, mengambil bahagian dalam Loop dengan bahan pencuci pakaian Tide purclean yang berasaskan tumbuh-tumbuhan dalam sebuah botol tahan lama yang baharu yang diperbuat daripada keluli tahan karat dengan tutup botol yang diputar dengan mudah dan muncung tuang yang senang.
  • Cascade, yang sentiasa mencari jalan untuk menjadikan pengalaman membasuh pinggan lebih mudah dan mesra alam, telah membangunkan sebuah pembungkusan ultra-tahan yang baharu untuk Cascade ActionPacs yang membolehkan pengguna untuk melangkau prabasuh.
  • Crest memacukan kemapanan di dalam Penjagaan Mulut melalui ubat cuci mulut Crest Platinum yang baharu, satu formula unik yang memberikan nafas segar dan pencegahan kesan kotor dalam sebuah botol kaca yang mapan dan boleh diisi semula.
  • ArielTM dan FebrezeTM  turut serta dengan pembungkusan yang tahan lama dan boleh diisi semula yang juga boleh didapati di kedai-kedai, menguji sebuah model pengisian semula dan penggunaan semula langsung yang baharu kepada pengguna.
Pengisian semula Produk Kitar Semula
  • Oral-B, pemimpin inovasi di dalam Penjagaan Mulut selama lebih 50 tahun akan menguji penyelesaian pusingan untuk kedua-dua berus gigi elektrik yang boleh dicas semula dan manual. Oral-B CLIC, sebuah reka bentuk ikonik yang baharu untuk berus gigi manual mempunyai pemegang teguh yang dilengkapi dengan sebuah mekanisme unik yang membolehkan pengguna untuk hanya menukar kepala berus. Platform Loop itu akan mengitar semula kepala berus yang telah digunakan bagi kedua-dua berus manual dan elektrik.
  • GilletteTM dan VenusTM  akan menyediakan pek perjalanan premium sebagai pembungkusan tahan lama yang membolehkan pengguna untuk terus simpan di samping pemegangnya. Bahagian yang telah digunakan dan bilah mata dari produk dandanan ini akan dikumpulkan dari pengguna untuk dikitar semula oleh TerraCycle.
Kitar semula Menggunakan Produk yang Bersih
  • PampersTM dan AlwaysTM  akan menguji pengumpulan produk kebersihan terpakai dari rumah pengguna untuk kitar semula selanjutnya dengan menggunakan teknologi proprietari yang berinovatif yang dibangunkan oleh Fater, sebuah usahasama P&G dan Kumpulan Angelini. Teknologi itu menggunakan produk kebersihan yang menyerap ke dalam bahan mentah sekunder untuk aplikasi nilai yang lebih tinggi.
"Kami sedang membangun di atas inovasi dan pemahaman pengguna bertaraf dunia selama lebih 180 tahun bagi membolehkan penggunaan yang bertanggungjawab pada skala," kata Virginie Helias, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Kelestarian di P&G. "Kami berbangga untuk bekerjasama dengan TerraCycle sebagai syarikat CPG yang pertama untuk menjadi sebahagian daripada program transformatif ini, yang merupakan satu daripada banyak cara kami menyampaikan matlamat Cita-cita 2030 kami untuk mempercepatkan inovasi lestari dan memacukan penyelesaian pusingan.

"Masa untuk bertindak adalah sekarang. Kami amat bersemangat untuk memanfaatkan kuasa capaian kami di peringkat global dan kekuatan jenama global kami yang dipercayai untuk meningkatkan penyelesaian yang lebih mapan. Perkongsian transformatif adalah kunci untuk mencapai misi ini kerana tiada sesiapa yang boleh berjaya secara bersendirian," kata beliau.

"Kami gembira untuk bekerjasama dengan P&G dan jenama global yang lain, peruncit, syarikat infrastruktur, dan Forum Ekonomi Dunia untuk mewujudkan satu cara baharu bagi produk pengguna yang lebih bertanggungjawab," kata Ketua Pegawai Eksekutif TerraCycle Tom Szaky.  "Loop bertujuan untuk tidak hanya menghapuskan idea bagi sisa buangan pembungkusan tetapi meningkatkan dengan ketara pengalaman produk dan kemudahan dalam cara kita berbelanja. Melalui Loop, pengguna akan dapat lebih bertanggungjawab dalam menggunakan produk dalam pembungkusan tahan lama yang direka khas, boleh diguna semula atau dikitar semula sepenuhnya. Melalui kuasa dan jangkauan bagi jenama-jenama yang dipercayai seperti P&G kita akan dapat mengubah tabiat pengguna dan mencapai skala yang diperlukan untuk model itu mencapai objektifnya."

Bagaimana Loop Berfungsi
  • BELI: Pengguna akan pergi ke laman web Loop atau laman web peruncit rakan Loop dan membeli-belah bagi jenama yang dipercayai kini direka bentuk semula untuk pembungkusan tanpa bahan buangan.
  • TERIMA: Pengguna menerima produk tahan lama mereka dalam tote penghantaran yang canggih yang direka khas secara eksklusif oleh Loop yang menghapuskan keperluan bagi bahan penghantaran penggunaan tunggal seperti kotak kadbod.
  • NIKMATI: Pengguna menikmati keanggunan dan kemudahan dan pada masa yang sama menghapuskan idea membuang sisa pembungkusan.
  • MENGAMBIL: Tidak ada keperluan untuk membersihkan dan melupuskan bungkusan tersebut; ketika pengguna menghabiskan produk mereka, mereka meletakkan bungkusan kosong itu ke dalam satu daripada Tote Loop mereka. Loop akan mengambil secara terus dari rumah mereka.
  • BERSIH: Pasukan saintis Loop telah membangunkan teknologi pembersihan tersuai agar setiap produk dapat digunakan semula dengan selamat.
  • ISI SEMULA, KITAR SEMULA ATAU GUNA SEMULA: Loop dengan segera mengisi semula produk yang diperlukan dan mengembalikan tote penghantaran yang diisi semula kepada pengguna. Sekiranya terdapat produk yang telah digunakan dan boleh dipulihkan semula seperti lampin, pad, pisau cukur atau bahagian berus, mereka akan dipulihkan untuk diguna semula atau dikitar semula.
 
Produk-produk P&G boleh Didapati melalui Loop

Pantene
Matlamat kami adalah untuk memberikan lebih banyak Hari Rambut Terbaik bagi wanita dan kami terus berinovasi dan meningkatkan kualiti produk dan pakej kami. Penyelesaian penting ini dapat membantu menghapuskan sisa pembungkusan bersama-sama dengan botol syampu dan perapi rambut yang mengingatkan cinta kita terhadap lautan dan alam sekitar. Kami bergabung dengan TerraCycle Loop untuk membantu beralih dari botol plastik pakai buang kepada botol tahan lama dan rantaian bekalan dengan sistem pengisian semula, di mana sisa itu tidak pernah diwujudkan. Botol-botol yang unik ini, yang diperbuat dengan aluminium yang ringan tetapi tahan lama, direka untuk dibersihkan, diisi semula dan digunakan semula sebagai sebahagian daripada sistem Loop dan selaras dengan cita-cita keseluruhan kami dan matlamat kami untuk berada di barisan hadapan industri.

Tide
Kami tahu mengenai benda-benda yang bersih -- kepada anda, keluarga anda dan planet kita, itulah sebabnya kami telah mencipta Tide purclean: bahan pencuci pakaian yang berasaskan tumbuh-tumbuhan yang pertama dengan kuasa pembersihan Tide. Botol Tide purclean yang baharu ini diperbuat daripada keluli tahan karat, dengan tutup botol yang diputar dengan mudah dan muncung tuang yang senang. Apabila anda kehabisan bahan pencuci, letakkan botol yang boleh diisi semula itu ke dalam tote Loop anda, dan ia akan dibersihkan, diisi semula dan sedia untuk digunakan semula. Dirumuskan untuk seluruh keluarga anda, Tide purclean dirumuskan tanpa pewarna dan lembut pada kulit yang sensitif. Formula itu dibuat di sebuah tapak yang membeli elektrik kuasa angin yang boleh diperbaharui dan menghantar sifar sisa pembuatan ke tapak pelupusan, sekali gus menjadikan Tide purclean satu pilihan yang sedar terhadap planet yang direka dengan mengambil kira masa depan kita. Ringankan  muatan dengan Tide purclean.

Cascade
Cascade® sentiasa mencari jalan untuk menjadikan pengalaman anda lebih baik dan untuk memastikan ia mesra alam dengan pembungkusan ultra-tahan kami yang baharu. Apabila anda kehabisan Cascade ActionPacs™, hanya letakkan botol yang boleh isi semula itu di dalam tote Loop anda, dan ia akan dibersihkan, disterilkan, diisi semula dan sedia untuk digunakan semula. Cascade Platinum ActionPacs™ membersihkan makanan terlekat 24 jam dengan sungguh baik, ia membolehkan pengguna untuk melangkau tindakan prabasuh. Ini boleh menjimatkan sehingga 15 gelen air bagi setiap muatan mesin basuh pinggan mangkuk. Dan, apabila didarabkan dengan semua pengguna mesin basuh pinggan mangkuk yang melakukan tindakan prabasuh, ia dapat menjimatkan sehingga 150 bilion gelen air setiap tahun di Amerika Syarikat sahaja.
 
Crest
Crest sedang menuju ke arah sebuah inovasi yang lebih lestari untuk ubat cuci mulut. Formula Crest Platinum yang bebas alkohol, peroksida dan paraben menyegarkan nafas anda dan membantu melindungi gigi daripada kesan kotor. Crest Platinum akan boleh didapati dalam botol kaca yang cantik dan boleh diisi semula yang dilengkapi dengan penutup keluli tahan karat dan dilindungi oleh sarung silikon. Penambahan sehingga di muka pintu pengguna bermakna menarik botol ubat cuci mulut yang berat boleh menjadi satu perkara yang tidak wujud lagi. Pastinya ia sesuatu yang boleh membuat anda tersenyum lebar.
                                                                          
Ariel
Kami tahu mengenai kebersihan yang paling rapi di dalam perkara bentuk yang paling padat -- kepada anda, keluarga anda dan planet kita, sebab itulah kami menghasilkan Ariel Pods, bahan pencuci kami yang paling inovatif untuk kebersihan yang paling rapi. Kami kini menawarkan satu pek keluarga Ariel Pods yang tahan lama yang boleh digunakan lagi dan lagi. Apabila anda kehabisan bahan pencuci, hanya letakkan pek isi semula itu di dalam tote Loop anda, dan ia akan dibersihkan, disterilkan, diisi semula dan sedia digunakan semula. Tidak ada lagi membawa bahan pencuci ke rumah dari kedai, dan tidak ada lagi bungkusan untuk dibuang sebaik sahaja cucian pakaian dilakukan. Anda boleh menggunakan Ariel 3 dalam 1 Pods walaupun pada suhu rendah dan mendapatkan kebersihan Ariel yang rapi. Diperbuat di Perancis di sebuah tapak yang membeli elektrik tenaga angin yang boleh diperbaharui dan menghantar sifar sisa pembuatan ke tapak pelupusan, Ariel Pods juga mengandungi 70% kurang air di dalam formula berbanding bahan pencuci cecair Ariel dan direka dengan mengambil kira masa depan kita.
.Sentiasa jauhkan daripada jangkauan kanak-kanak.
 
Febreze
Mempamerkan komitmen mereka yang berterusan untuk menjaga alam sekitar, Febreze membuat inovasi terbaharu mereka yang dikenali sebagai Febreze ONE di Amerika Syarikat dan Zero% di Eropah juga melalui platform Loop memandangkan ia datang dalam bungkusan yang boleh diguna semula dan boleh dikitar semula. Febreze ONE/Zero% tanpa bahan dorong dan tiada minyak wangi yang berat boleh digunakan di udara & tekstil (kain). Dengan rumusannya yang berasaskan air (90%) dan satu teknologi yang dipatenkan, dengan menggunakan Cyclodextrin, sebuah ramuan yang diperolehi daripada kanji jagung yang memerangkap bau, ia bukan hanya menapis bau tetapi meneutralkannya dan menghilangkannya dari udara. Febreze sudah menjadi sebahagian daripada program kitar semula TerraCycle yang telah mengitar semula lebih daripada 1,000,000 keping pembungkusan Febreze dari tapak pelupusan di seluruh dunia.
Sumber: Kaji selidik Internet, Oktober 2017 Perancis dan United Kingdom, menunjukkan 63% daripada 221 responden
                                                                          
Oral-B
Oral-B, pemimpin inovasi di dalam Penjagaan Mulut selama lebih 50 tahun akan menguji penyelesaian buat bagi kedua-dua berus gigi elektrik yang boleh dicas semula dan manual. Ia menyertai Loop dengan satu penciptaan semula yang berinovasi bagi kategori berus gigi manual: Oral-B CLIC, satu reka bentuk ikonik baharu yang mengurangkan sisa plastik melalui pemegang tahan lama yang diperbuat daripada bahan komposit yang unik, sebahagian besarnya berdasarkan kepada mineral premium dan dilengkapi dengan mekanisme ClicFit™ yang unik yang membolehkan pengguna untuk hanya menukar kepala berus itu. Platform Loop itu akan berada pada kitar semula selari dengan menggunakan kepala berus bagi kedua-dua berus manual dan elektrik.
                                                                      
Gillette
Selama lebih dari 115 tahun, Gillette telah menyampaikan teknologi ketepatan dan prestasi produk yang tiada tandingan – memperbaiki kehidupan bagi lebih 800 juta orang lelaki di seluruh dunia. Mengenai pisau cukur Gillette Fusion5™ ProShield, kami akan menawarkan sebuah beg perjalanan pisau cukur premium untuk menggantikan pembungkusan tradisional kami, di mana pengguna akan dapat terus menyimpannya di samping pemegangnya. Satu bilah mata pisau cukur isian semula bersamaan dengan satu bulan mencukur, dan apabila kaum lelaki bersedia untuk bilah baharu, mereka boleh mengembalikannya ke dalam tote Loop mereka untuk dikitar semula.

Gillette Venus
Gillette Venus, jenama bercukur nombor 1 di dunia untuk wanita mengambil satu lagi langkah yang membawa Gillette Venus ke arah wawasan jenama bagi pembungkusan 100% yang boleh dikitar semula atau boleh diguna semula serta penyelesaian produk yang tegap dan mapan yang menggembirakan wanita di seluruh dunia. Gillette Venus menggalakkan penggunaan pemegang pisau cukur yang tahan lama dan rantai bekalan bilah mata dengan sistem kitar semula terbina dalam. Memperkenalkan inovasi terbaharu kami – pisau cukur Venus Platinum Extra Smooth. Ia mempunyai pemegang logam Venus yang pertama, direka bentuk secara ergonomik untuk meningkatkan kawalan semasa bercukur dan memastikan ketahanan untuk kegunaan jangka panjang dalam rutin kecantikan bagi setiap wanita. Katrij itu diperbuat dengan 5 bilah mata yang berkualiti tinggi yang disampaikan dalam timah logam yang boleh diguna semula. Apabila ia bersedia untuk diganti, bilah mata itu boleh dimasukkan ke dalam tote Loop, dan Loop itu akan mengumpul dan mengitar semulanya, manakala wanita boleh memesan yang baharu.
                                                            
Pampers dan Always
Pampers dan Always komited kepada kelestarian alam sekitar dan kami percaya kami mempunyai peranan untuk dimainkan di dalam mengurangkan sisa plastik dan menyumbang kepada ekonomi pusingan. Kami mempelopori program kitar semula yang terbaik di dalam kelasnya bagi produk kebersihan, termasuk lampin Bayi dan pad dan pelapik Kebersihan Wanita, untuk memberikan satu kehidupan baharu kepada produk yang digunakan. Pampers dan Always merupakan jenama kebersihan penyerap yang pertama di dunia yang menggunakan teknologi canggih baharu Fater untuk mengitar semula lampin kepada kegunaan nilai yang lebih tinggi. Fater adalah satu usahasama di antara P&G dan Angelini dan membuat Pampers dan Always di Itali. Di dalam Loop, kami akan menguji buat kali pertama teknologi ini dengan pengguna terpilih di Perancis. Sebuah tong tegap dan boleh diguna semula bagi AHP akan dihantar ke muka pintu anda yang mengandungi produk Pampers dan Always. Tong itu telah direka khusus untuk bertindak dengan pelbagai fungsi – ditutup dengan kedap dan dengan penapis karbon untuk menghalang bau, mudah untuk dimanipulasi dengan berpusing atas untuk kemudahan, dan direka bentuk secara estetik untuk dimuatkan ke dalam mana-mana rumah. Hanya masukkan lampin dan pad anda yang telah digunakan. Apabila tong anda sudah penuh, anda boleh meminta ia diambil supaya tong anda dibersihkan, disterilkan dan dihantar kembali kepada anda dengan produk Pampers dan Always yang baharu. Produk kebersihan penyerap yang anda yang telah digunakan akan dihantar ke kemudahan kitar semula untuk tujuan pemprosesan.

Maklumat mengenai Procter & Gamble

P&G memberi perkhidmatan kepada pengguna di seluruh dunia dengan satu daripada portfolio jenama yang paling kukuh, dipercayai, berkualiti, berkepimpinan, yang termasuk Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®, Dawn®, Downy®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks®, dan Whisper®. Komuniti P&G termasuk operasi di kira-kira 70 buah negara di seluruh dunia. Sila layari http://www.pg.com untuk mendapatkan berita dan maklumat terkini berhubung P&G dan jenama mereka.

Maklumat mengenai TerraCycle

TerraCycle adalah sebuah syarikat pengurusan sisa yang berinovatif dengan satu misi untuk menghapuskan idea bagi sisa®. Beroperasi secara nasional merentasi 21 buah negara, TerraCycle bekerjasama dengan syarikat-syarikat produk pengguna terkemuka, peruncit, bandar raya, dan kemudahan untuk mengitar semula produk dan bungkusan, dari lampin kotor kepada puntung rokok, yang kalau tidak akan berakhir di tapak pelupusan atau dibakar. Di samping itu, TerraCycle bekerjasama dengan syarikat-syarikat produk pengguna terkemuka untuk mengintegrasikan aliran buangan yang sukar untuk dikitar semula, seperti plastik laut, ke dalam produk dan pembungkusan mereka. TerraCycle telah memenangi lebih daripada 200 anugerah untuk kelestarian dan telah menyumbangkan lebih daripada $25 juta kepada sekolah dan badan amal sejak penubuhannya 15 tahun yang lalu. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai TerraCycle atau terlibat dalam program kitar semula mereka, sila layari  www.terracycle.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190124005087/en/

Hubungi
Becky East
Pengarah Bersekutu, H&K Strategies
Becky.East@hkstrategies.com
+442074933093

Sumber : Procter & Gamble

No comments:

Post a Comment