Thursday, January 17, 2019

PMC GROUP INTERNATIONAL MENGUMUMKAN PENGAMBILALIHAN BARISAN PRODUK DARI SOLVAY, SA

MOUNT LAUREL, N.J., 16 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PMC Ouvrie SAS, Perancis, sebuah anak syarikat milik sepenuhnya PMC Group International Inc., yang merupakan sebuah cabang bebas dari PMC Group Inc., mengumumkan pengambilalihan sebuah barisan produk hidrokoloid dari Belgium yang berpusat di Solvay, SA. Produk-produk ini akan dijual secara global ke pasaran kediaman dan penjagaan peribadi (HPC), industri dan penyalutan di bawah nama dagang Rhodicare CFT, Rhodicare D, Rhodicare H, Rhodicare S, Rhodicare T, Rhodicare XC, Rhodopol 23, Rhodopol G, Rhodopol T , Rhodopol TG, Rhodopol Extra 2, dan Rhodopol Extra 2 Clear.

“Pengambilalihan produk-produk ini yang diperbuat oleh proses fermentasi menekankan peningkatan minat kami terhadap produk-produk yang dihasilkan oleh proses kimia hijau dan biologi,” kata Dr. Raj Chakrabarti, Ketua bagi PMC Group International. “Hidrokoloid yang diperolehi itu sesuai secara sinergistik dengan barisan produk fungsian bagi PMC Ouvrie, yang telah sekian lama merupakan sebuah pembekal utama bagi defoamer atau bahan antibusa kepada teknologi proses berasaskan bio,” kata beliau.

MAKLUMAT MENGENAI PMC

PMC Group adalah sebuah syarikat yang berpusat di Amerika Syarikat yang berorientasi pertumbuhan, kepelbagaian, kimia global dan farmaseutikal yang berdedikasi kepada penyelesaian yang berinovatif kepada segala keperluan di dalam pasaran akhir yang luas termasuk plastik, produk pengguna, elektronik, penyalutan, pembungkusan, perlombongan, penjagaan peribadi, makanan, automotif dan farmaseutikal. Syarikat itu dibina di atas sebuah model pertumbuhan yang mapan melalui inovasi dan pada masa yang sama mempromosikan kebaikan sosial. PMC menjalankan operasi dari sebuah platform pembuatan, inovasi dan pemasaran global dengan mempunyai kemudahan di Amerika, Eropah dan Asia. Maklumat lanjut mengenai PMC dan aktiviti mereka di seluruh dunia boleh diperolehi di www.pmc-group.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11806

No comments:

Post a Comment