Thursday, January 10, 2019

LEDDARTECH MENYEDIAKAN SAMPEL PENGELUARAN SISTEM PADA CIP LEDDARCORE LCA2 UNTUK PASARAN BESAR-BESARAN LIDAR AUTOMOTIF

Sampel pengeluaran LeddarCore LCA2 menunjukkan prestasi dan resolusi LiDAR yang dipertingkatkan dengan SoC dan perisian yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan keselamatan fungsian.

BANDAR QUEBEC, 9 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech, peneraju industri yang menyediakan platform LiDAR auto dan mobiliti paling versatil dan boleh diskala, mengumumkan bahawa sampel pengeluaran sistem pada cip LeddarCore LCA2 (SoC), yang menawarkan prestasi dan resolusi LiDAR yang dipertingkatkan dalam reka bentuk yang mengikut keperluan keselamatan fungsian kini tersedia. SoC LCA2 membenarkan pembekal Peringkat 1 untuk mereka bentuk dan menghasilkan LiDAR keadaan pepejal gred automotif secara besar-besaran pada kos daripada bawah 100$ untuk penyelesaian aras permulaan hingga bawah 300$ untuk penyelesaian berprestasi tinggi yang menjadikan pengerahan kos-berkesan LiDAR dalam pengeluaran kenderaan tidak mustahil.

“Dengan versi pengeluaran sistem pada cip LCA2, kami mampu mencapai julat yang lebih besar daripada yang dirancang—dengan lebih daripada 100m pada 10% pemantulan. Kami juga menambah sokongan untuk reka bentuk Kilat Hibrid yang menggunakan sistem mikroelektromekanik (MEMS) untuk pengemudian alur laser, yang meningkatkan resolusi,” kata Michael Poulin, naib presiden pengurusan produk di LeddarTech. “SoC dan perisian LCA2 direka bentuk dari awal untuk mematuhi ISO 26262 ASIL-B dan akan membolehkan pelanggan kami menghasilkan LiDAR gred automotif yang memenuhi keperluan keselamatan fungsian,” kata En. Poulin.

LCA2 LeddarEngine yang terdiri daripada SoC LeddarCore LCA2 dan pustaka perisian pemproses isyarat LeddarSP terletak di teras platform LiDAR auto dan mobiliti LeddarTech, yang melengkapkan pembekal utama komponen dan sistem dengan teknologi, alat dan sumber yang mereka perlukan untuk mereka bentuk tawaran LiDAR dibezakan sendiri dan untuk mematuhi keperluan khusus pelbagai aplikasi sistem bantuan pemandu lanjutan (ADAS) dan pemanduan berautonomi (AD), termasuklah:
- ADAS dan AD kereta penumpang (seperti Pemandu Kesesakan Lalu Lintas) 
- ADAS dan AD kenderaan komersial
- Kenderaan ulang-alik berautonomi dan kenderaan penghantaran berautonomi
- Bedung LiDAR AD 360° robotaxi


Platform LiDAR Auto & Mobiliti yang Versatil dan Boleh Diskala

Dengan kebolehannya untuk menyokong pelbagai jenis reka bentuk dan komponen, termasuk banyak pilihan sumber cahaya dan panjang gelombang, fotopengesan, kaedah pencahayaan dan pengemudian alur, LCA2 LeddarEngine mendayakan dan meningkatkan beberapa kaedah LiDAR keadaan pepejal, termasuk konfigurasi Kilat dan Kilat Hibrid MEMS. Oleh itu, LCA2 LeddarEngine adalah komponen utama dalam platform yang sangat versatil dan boleh diskala yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis aplikasi automotif dan mobiliti.

Platform ini menggunakan teknologi mampu milik sedia ada dan disokong oleh rakan kongsi Leddar Ecosystem yang telah membangunkan komponen, perisian dan alat gred automotif yang sedia untuk digunakan dalam pembangunan kos-berkesan SSL berdasarkan LeddarEngine. Cara ini memendekkan kitar pembangunan dan mempercepat proses ke pengilangan besar-besaran, yang menjadikan LeddarEngine penyelesaian LiDAR terbaik untuk memenuhi peningkatan pasaran massa yang dipercepatkan.

LCA2 LeddarEngine menyepadukan pemerolehan isyarat dan algoritma pemprosesan proprietari LeddarTech. Teknologi Leddar berkuasa yang telah disempurnakan sejak sedekad yang lalu melalui R&D berdedikasi dan berbilang pengerahan komersial di persekitaran paling mencabar telah meningkatkan julat pengesanan dan ketepatan LiDAR, untuk nisbah prestasi ke kos yang dioptimumkan.

Pelaksanaan sensor LiDAR bagi SoC LCA2 yang baru dikeluarkan akan ditunjukkan di CES 2019 di Las Vegas, 8 hingga 11 Januari di LeddarTech Pavilion bertempat di CP-16.

Perihal LeddarTech
LeddarTech ialah peneraju industri yang membekalkan platform LiDAR auto dan mobiliti paling versatil dan boleh diskala berdasarkan LeddarEngine unik, yang mengandungi suite gred automotif, SoC yang diluluskan keselamatan fungsian yang berfungsi bersama perisian pemproses isyarat LeddarSP. Syarikat ini telah menghasilkan inovasi dalam aplikasi pengesanan jauh mobiliti tercanggih, teknologinya yang dipatenkan meningkatkan keupayaan ADAS dan pemanduan berautonomi untuk kereta, trak, bas, kenderaan penghantaran, robotaxi, kenderaan ulang-alik dan banyak lagi. Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh didapati di www.LeddarTech.com, dan di LinkedIn, Twitter, Facebook dan Youtube.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11779

No comments:

Post a Comment