Tuesday, January 15, 2019

MEMBENTUK MASA DEPAN: BAGAIMANA UNIVERSITI ZHEJIANG MENGUBAH KEHIDUPAN

HANGZHOU, China, 14 Jan., 2019/Xinhua-AsiaNet/--

Tanggungjawab. Kerja keras. Kesetiaan. Inilah tiga rukun bagi sebuah kehidupan yang baik menurut Profesor Madya Universiti Zhejiang Imran Haider Shamsi; seorang lelaki yang mewakili moto universiti itu: mencari kebenaran, memburu inovasi.

Lapan belas tahun di ZJU telah membantu memupuk bakat Shamsi, dari seorang mahasiwa sehingga Ph.D. dan pemegang Pasca kedoktoran untuk menjadi ahli fakulti asing mereka yang pertama di Jabatan Agronomi, Kolej Pertanian dan Bioteknologi.

"Saya telah dihasilkan di ZJU oleh ZJU dan untuk ZJU," kata Shamsi. "Saya tahu nenek moyang saya dari Pakistan dan keluarga saya dan kepercayaan saya; saya tidak pernah hilang identiti saya. Akan tetapi saya juga mengamalkan budaya China dengan hati yang sangat terbuka."

Setelah mengambil peluang yang ditawarkan kepada beliau sebagai seorang pelajar ZJU, Shamsi amat ghairah tentang peranan beliau sebagai seorang guru yang membantu memupuk generasi masa depan pelajar ZJU dan beliau telah mengumpulkan pelbagai anugerah, termasuk tempat pertama dalam pertandingan Guru Muda Universiti Kebangsaan 2016. Beliau percaya ZJU, sebagai satu daripada universiti terkemuka yang berintensifkan penyelidikan di China, menyediakan sebuah persekitaran perintis untuk penciptaan dan penyebaran pengetahuan.

Kebebasan akademik dirasai di seluruh ZJU dan menggalakkan secara positif usaha bagi kerjasama antara disiplin, penerapan penyelidikan kepada masalah dunia sebenar, dan penerokaan idea dan konsep baharu.

Ini adalah satu pendekatan yang ditunjukkan dengan jelas di dalam Institut Reka Bentuk Antarabangsa ZJU, sebagaimana yang dijelaskan oleh timbalan pengarahnya, Lingyun Sun: "Kami sangat pandai dalam mengundang profesor dan pelajar dari jurusan lain untuk menyertai kami. Kami memikirkan bidang yang paling kreatif adalah di mana sains bertemu seni, bertemu reka bentuk, bertemu kejuruteraan – pertumpuan keempat-empat bidang ini dapat memberikan peluang yang besar."

"Idea-idea kami prihatin dengan cara bagaimana kami dapat mencipta masa depan dan ZJU adalah unik kerana persekitarannya, kerana institut bersama kami dengan Alibaba (gergasi e-dagang China yang beribu pejabat di Hangzhou) dan kerana latar belakang pembuatan tempatan. Ia adalah sangat menarik buat kami bagi mempunyai peluang untuk menggalakkan pelajar-pelajar memindahkan idea mereka ke dalam pasaran."

Pameran terbaru bagi hasil kerja pelajar-pelajar reka bentuk ZJU termasuk robot origami, sebuah basikal elektrik dan sebuah bantal teknologi yang membantu pengguna memasuki tidur ringan dengan meniru 'bunyi putih' bagi alam semula jadi. Di samping itu, sebuah produk pencahayaan yang dihidupkan jelas membuktikan satu kejayaan komersial yang besar.

Inovasi juga jelas dalam pengajaran di ZJU dan pada tahun 2018 seorang daripada pengajar mereka yang paling kreatif dan popular, Weng Kai, telah dianugerahkan dengan Anugerah Sumbangan Pengajaran Cemerlang Yongping. Di sepanjang 14 kursus dalam masa satu tahun yang beliau ajar, kelas-kelas Weng telah dihadiri oleh begitu ramai pelajar, dan pada masa yang sama beliau telah juga menarik 2 juta pendaftaran untuk Kursus-kursus Dalam Talian Terbuka Secara Besar-besaran (MOOC).

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11792

No comments:

Post a Comment