Wednesday, April 12, 2023

ACTYV.AI DAN PWC INDIA MENGUMUMKAN GABUNGAN STRATEGIK UNTUK MENGUBAH DAN MENSKALAKAN KEWANGAN TERBENAM SECARA DIGITAL MERENTASI EKOSISTEM RANTAIAN BEKALAN




SINGAPURA, 11 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- 
actyv.ai yang beribu pejabat di Singapura, pencipta kategori dalam SaaS perusahaan dengan ruang kewangan terbenam mengumumkan perkongsian strategik bersama PwC India. Gabungan tersebut akan menumpukan kepada memanfaatkan kepakaran PwC India dalam transformasi rantaian bekalan dan menggunakan kuasa kecerdasan buatan untuk memacu peluang pertumbuhan sambil menyediakan akses kepada produk kewangan dan insurans terbenam.

Bercakap mengenai perkara ini, Vivek Belgavi, Rakan Kongsi & Pemimpin – Alliances & Ecosystems, PwC India berkata, “actyv.ai ialah tambahan luar biasa kepada ekosistem gabungan PwC yang sedang berkembang, bertujuan mengubah rantaian bekalan global. Saranan nilai gabungan kami dengan actyv.ai akan membantu kami menyampaikan hasil yang mampan untuk pelanggan kami dengan menawarkan kepada mereka penyelesaian rantaian bekalan paling berkaitan dan tangkas untuk perniagaan mereka. Kuasa kewangan terbenam pada platform akan meningkatkan akses kepada modal yang bertanggungjawab dan mampan, serta memastikan pertumbuhan untuk kedua-dua perusahaan dan rakan kongsi masing-masing.”

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Global actyv.ai, Raghunath Subramanian berkata, “PwC diiktiraf atas perundingan berkualiti tinggi, strategi transformasi digital dan kejayaan pelanggan. Sebagai sebahagian daripada perkongsian strategik ini, PwC akan membolehkan actyv.ai membantu perusahaan di seluruh dunia dengan menyampaikan penyelesaian, pelaksanaan dan sokongan teknologi. Kami berasa gembira dapat bekerjasama dengan PwC India.”

Maklumat Tentang actyv.ai

actyv.ai ialah platform SaaS perusahaan dikuasakan oleh Kecerdasan Buatan (AI) dengan Beli Sekarang Bayar Nanti (BNPL) B2B terbenam dan insurans, mengubah rantaian bekalan B2B global dengan menjadikan transaksi perniagaan lebih pantas dan mudah. Melalui perkongsian dengan institusi kewangan, actyv.ai membolehkan perusahaan, pembekal, pengedar dan peruncit berkembang. actyv Go, actyv Score, actyv PayLater, actyv Insure dan actyv Invest ialah pelbagai kategori produk dalam platform. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.actyv.ai

Maklumat Tentang PwC India

Di PwC, tujuan kami ialah untuk membina kepercayaan dalam masyarakat dan menyelesaikan masalah penting. Kami ialah rangkaian firma di 155 negara dengan lebih 327,000 individu yang komited untuk menyampaikan kualiti dalam khidmat jaminan, nasihat dan cukai. Ketahui lebih lanjut dan beritahu kami perkara yang penting kepada anda dengan mengunjungi kami di www.pwc.com.

PwC merujuk kepada rangkaian PwC dan/atau satu atau lebih firma anggota dan setiap firma tersebut adalah entiti sah yang berasingan. Sila lihat www.pwc.com/structure untuk butiran lanjut.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53377754/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17002

No comments:

Post a Comment