Wednesday, April 5, 2023

WEMADE MENGEMASKINIKAN TINGKAT EMPAT TOWER OF BLACK DRAGON UNTUK PERTUMBUHAN DAN PENGEMBANGAN WATAK YANG CEPAT DALAM MIR4

MIR4 mendedahkan tingkat 4 'Tower of Black Dragon' pada 4 April (Grafik: Wemade) 

  • Dapatkan banyak EXP dengan melawan bos medan dan raksasa yang lebih berkuasa sehingga tahap 180
  • Sistem Dragon Forge ditambah untuk meningkatkan statistik asas peralatan legenda
  • Dark Assassin Zakhan, Makhluk Halus Hutan Epik yang baharu, diperkenalkan untuk meningkatkan kerosakan serangan sihir
SEOUL, Korea Selatan, 5 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Blokbuster Wemade iaitu MMORPG MIR4 telah mengemaskinikan tingkat empat Tower of Black Dragon pada 4 April.

Tingkat empat Tower of Black Dragon tersedia untuk watak tahap 135 atau yang lebih tinggi. Watak ini boleh memasuki tingkat empat sekali sehari melalui Domination Server, yang dibuka tiga kali sehari. Pengguna boleh mendapat banyak EXP dengan melawan bos medan dan raksasa yang lebih berkuasa sehingga tahap 180.

Di samping itu, sistem Dragon Forge telah ditambahkan. Sistem ini membolehkan pengguna meningkatkan statistik peralatan Legenda Tahap 4. Peralatan boleh ditempa sehingga peringkat 7 menggunakan sumber dan “Legendary Dragon Material”, “Legendary Dragon Sphere”, “Legendary White Dragon Essence” dan “Legendary Black Dragon Essence”.

"Dark Assassin Zakhan", iaitu Makhluk Halus Hutan Epik baharu telah diperkenalkan. Watak dengan Dark Assassin Zakhan boleh meningkatkan kerosakan serangan sihir mereka. Makhluk halus ini menyediakan pelbagai kemahiran yang membantu dalam pertempuran dan pengembaraan, seperti “Echolocation” yang meningkatkan kerosakan serangan bash bersama dengan HP dan MP maksimum, “Guano Pill” yang meningkatkan kuasa antihantu dan jumlah galakan pemulihan HP kemahiran, serta “Vitality Extortion” yang memulihkan HP dan kecergasan dengan peluang tertentu untuk setiap serangan bash terhadap musuh.

Daripada Pertempuran Saya, Hinggalah Perang Kita! Maklumat terperinci mengenai MIR4 boleh didapati di laman web rasmi.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53372419/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Maklumat Hubungan
Wemade Co., Ltd. (112040: KOSDAQ)
Jennifer Jung, Pengurus Perhubungan Awam
jennifer@wemade.com
 
Sumber: Wemade Co., Ltd.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment