Thursday, April 13, 2023

EAGLE EYE NETWORKS DAN SENSORLINK AKAN MEMPERKENALKAN PENGAWASAN VIDEO AWAN KE MALAYSIA

 Malaysia beralih kepada pengawasan video awan untuk manfaat seperti keselamatan siber, platform terbuka, keandalan, mudah digunakan dan keberkesanan


KUALA LUMPUR, Malaysia, 13 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Eagle Eye Networks, peneraju global dalam pengawasan video awan, pada hari ini mengumumkan kerjasama dengan pengedar kebangsaan, Sensorlink untuk memperkenalkan produk pengawasan video awan kepada rangkaian integrator sistem yang luas dan perniagaan di seluruh Malaysia.

Diasaskan pada tahun 1997 oleh Owen Aw, yang berkhidmat sebagai pengarah urusan, Sensorlink ialah pengedar produk keselamatan terkemuka di Malaysia. Sensorlink mempunyai kepakaran mendalam dalam perbankan, pembuatan, tenaga, bangunan komersial dan peruncitan. Rangkaian penjual semula syarikat tersebut yang mantap terdiri daripada integrator sistem keselamatan antarabangsa dan tempatan yang terbesar.

Pasukan Sensorlink terkenal dengan penjualan penyelesaian dan pengalaman yang luas dalam reka bentuk sistem. Syarikat tersebut dapat melihat peluang besar untuk pengawasan video awan di Malaysia.

“Pada masa hadapan, semua kawalan akses dan video akan dilakukan di awan, hanya menunggu masa,” kata Aw. “Eagle Eye Networks mempunyai rekod prestasi 10 tahun dalam menyediakan pengawasan video awan dengan analisis AI bagi menjamin perniagaan dan menambah baik kecekapan, serta komitmen terhadap keselamatan siber, yang kesemuanya amat penting kepada pelanggan perniagaan di Malaysia.”

CIO, CISO dan eksekutif IT lain, yang telah menjadi penyokong awan untuk sistem perniagaan lain, sedang memacu langkah Malaysia beralih kepada keselamatan awan.

“CIO yang mengetuai kemajuan ke arah awan ialah trend yang kami dapat lihat di seluruh dunia,” kata Dean Drako, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Eagle Eye Networks. “Pengarah keselamatan yang celik IT pada hari ini mahu manfaat sistem pengawasan video awan yang andal, selamat siber, terbuka, mudah dikendalikan dan diselenggara, serta berupaya ditingkatkan apabila perniagaan mereka berkembang. Kami teruja untuk bekerjasama dengan Sensorlink bagi memperkenalkan kelebihan pengawasan video awan yang cukup besar kepada organisasi di rantau ini.”

MAKLUMAT TENTANG EAGLE EYE NETWORKS

Eagle Eye Networks ialah peneraju global dalam pengawasan video awan, menyampaikan video berasaskan awan selamat siber dengan kecerdasan buatan (AI) dan analisis untuk menjadikan perniagaan lebih cekap dan dunia tempat yang lebih selamat. VMS (sistem pengurusan video) Awan Eagle Eye ialah satu-satunya platform yang cukup mantap dan fleksibel untuk memperkasa masa depan pengawasan dan kecerdasan video. Eagle Eye berpangkalan di Austin, Texas dengan pejabat lain yang terletak di Amsterdam, Bangalore dan Tokyo. Ketahui lebih lanjut di een.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Bahagian untuk Dihubungi
HUBUNGAN PIHAK MEDIA EAGLE EYE
IBU PEJABAT GLOBAL
Martha Entwistle
mentwistle@een.com
 
Sumber: Eagle Eye Networks

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment