Thursday, April 13, 2023

HYTERA MELANCARKAN RADIO MUDAH ALIH TETRA PT590 GENERASI BAHARU

Radio Mudah Alih TETRA Misi Kritikal Hytera PT590 (Grafik: Business Wire)

 SHENZHEN, China, 13 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hytera Communications (SZSE: 002583), peneraju penyedia teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional global, telah mengembangkan portfolio radio TETRA dengan melancarkan PT590, radio mudah alih TETRA misi kritikal yang direka bentuk untuk menyediakan liputan yang sangat baik, kualiti audio terunggul dan meningkatkan produktiviti, serta ciri keselamatan bagi memastikan keupayaan pekerja barisan hadapan memberikan respons dan bertindak pada setiap masa.


Pada saat genting, setiap detik amat penting dan PT590 memberikan kejelasan yang tiada tandingannya dalam setiap perbualan. Radio ini menawarkan kualiti audio luar biasa dengan pembesar suara berkepekaan tinggi dan reka bentuk rongga dioptimumkan yang menghasilkan kelantangan sehingga 106 fon. Reka bentuk rongga mikrofon unik menghilangkan hingar angin, menjamin komunikasi suara yang jelas walaupun dalam keadaan berangin. Algoritma pembatalan hingar AI menyesuaikan kepada jenis hingar berbeza, manakala algoritma pengurangan gema lanjutan menahan gema lolongan dengan berkesan walaupun semasa radio hanya berada sehampir 30cm antara satu sama lain.

PT590 melanjutkan julat komunikasi dan memastikan penghantaran maklumat lengkap dengan kuasa RF 3W berterusan yang stabil dan kepekaan RX -120dbm yang terunggul dalam industri, . Teknologi pemprosesan kedudukan dwifrekuensi PT590 telah meningkatkan ketepatan lokasi kepada 1m, merupakan sesuatu yang unik dalam industri, memperkasa pusat kawalan untuk mengesan kakitangan barisan hadapan dengan lebih pantas dan tepat.

PT590 menawarkan reka bentuk kompak dan ringan yang berukuran 125*55*31mm dalam dimensi dan seberat 285g. Butang kecemasan yang besar mudah dicari dan ditekan; empat kekunci navigasi yang berasingan membolehkan ketepatan tinggi dalam operasi walaupun tanpa melihatnya; kekunci tekan untuk cakap (PTT) bertekstur besar mudah dikawal jari pengguna semasa sedang bergerak. Menu gaya grid memaparkan sembilan aplikasi serentak, manakala struktur menu yang dipermudah mengurangkan langkah dan memastikan akses segera kepada fungsi yang dikehendaki.

PT590 dikeluarkan dalam dua versi berbeza: iaitu versi standard dan versi lanjutan. Versi standard PT590 telah dilancarkan, menawarkan ciri luar biasa untuk keperluan komunikasi misi kritikal, manakala versi lanjutan akan dilancarkan pada akhir tahun ini, menawarkan lebih banyak kepelbagaian termasuk kit kereta, ketersambungan WLAN dan ciri kawalan suara.

“Para profesional dalam sektor misi kritikal memerlukan radio yang terbukti dan dipercayai dapat memastikan ketersambungan dengan pasukan apabila menyempurnakan tugasan mereka,” kata Steven Hao, Timbalan Pengarah Pemasaran dan Penyelesaian Global di Hytera. “Dilengkapi dengan banyak ciri berinovatif, PT590 meningkatkan tahap peranti mudah alih TETRA; bukan sahaja peranti tersebut sedia digunakan untuk misi tetapi juga sedia menerajui evolusi peranti TETRA.”

Tarikh ketersediaan produk baharu mungkin berbeza mengikut negara masing-masing. Untuk maklumat lanjut tentang radio mudah alih TETRA misi kritikal Hytera PT590, sila kunjungi: https://www.hytera.com/en/product-new/digital-radio/tetra-radio/pt590.html

Maklumat Tentang Hytera

Hytera Communications Corporation Limited (SZSE: 002583) ialah peneraju penyedia teknologi dan penyelesaian komunikasi profesional global. Kami menyediakan ketersambungan yang lebih pantas, selamat dan serba boleh untuk pengguna perniagaan dan misi kritikal dengan keupayaan suara, video dan data kami. Kami membuatkan dunia menjadi lebih cekap dan selamat dengan membolehkan pelanggan kami mencapai lebih banyak dalam operasi harian dan tindak balas kecemasan.

​Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53374560/en

Individu untuk Dihubungi
Lele.yao@hytera.com

Sumber: Hytera Communications

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment