Tuesday, April 4, 2023

PENCAPAIAN DALAM KAJIAN KLINIKAL DITAJA INDUSTRI MELETAKKAN MALAYSIA DI BARISAN HADAPAN KAJIAN MULTINASIONAL PERINGKAT GLOBAL

Berdiri (Kiri-Kanan): Dr Voon Pei Jye (Ketua Radioterapi Perubatan & Onkologi Hospital Umum Sarawak), Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan (Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah (Ketua Pengarah Kesihatan), YB Dr Zaliha Mustafa (Menteri Kesihatan), Dr Sanjeev Panchal (Pengarah Syarikat AstraZeneca Malaysia), Dr Alan Fong (Ketua Pusat Penyelidikan Klinikal Hospital Umum Sarawak)
Duduk (Kiri- Kanan): Dr Akhmal Yusof (Ketua Pegawai Eksekutif Clinical Research Malaysia), Pn Pneh Tee Koon (Ketua Pegawai Kewangan Kluster AstraZeneca)


PUTRAJAYA, 4 April (Bernama) -- Malaysia telah berjaya menjangkaui RM1 bilion pendapatan kasar negara melalui kajian klinikal kontrak sejak tahun 2012. Lebih daripada 2000 kajian tajaan telah diluluskan jawatankuasa etika semenjak sedekad lepas, menjadikan Malaysia negara ketiga teraktif di Asia Tenggara.

Pencapaian ini telah diumumkan semasa majlis pelancaran Laporan Tahunan CRM 2022 oleh Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dr. Zaliha Mustafa. Beliau turut melancarkan Pelan Anti Rasuah Organisasi CRM (OACP 2023-2027). Penghasilan OACP ini memberikan penekanan mendalam serta komitmen CRM dalam integriti serta standard etika tertinggi dalam melaksanakan operasi kerja pengurusan anti-rasuah.

Malaysia telah menjadi destinasi pilihan bagi kebanyakan syarikat biofarmaseutikal dan Contract Research Organization kerana penyelidik kajian klinikal yang berpengalaman, berkebolehan dan berupaya mencapai ekspektasi organisasi multinasional global. Ini terbukti dengan pencapaian Global Top Recruiter dalam kajian masing-masing.

Sehubungan dengan itu, satu kolaborasi telah diformalisasikan oleh AstraZeneca Sdn Bhd bersama Clinical Research Malaysia (CRM) dan Hospital Umum Sarawak (HUS) melalui Perjanjian Persefahaman. Perjanjian ini akan menjadikan HUS sebagai tapak fokus dalam membawa masuk kajian klinikal bertaraf antarabangsa, termasuklah kajian fasa awal daripada AstraZeneca syarikat global biofarmaseutikal terkemuka.

PENCAPAIAN DALAM KAJIAN KLINIKAL DITAJA INDUSTRI MELETAKKAN MALAYSIA DI BARISAN HADAPAN KAJIAN MULTINASIONAL PERINGKAT GLOBAL

No comments:

Post a Comment