Monday, April 3, 2023

LIMA PAMERAN PRODUK GAYA HIDUP HKTDC DIBUKA PADA APRIL 2023

Lima Pameran Produk Gaya Hidup HKTDC Dibuka pada April 2023 (Foto: Business Wire)

 

Dalam model hibrid PAMERAN+

HONG KONG, 3 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hong Kong yang merupakan ibu kota pameran perdagangan premier dunia di Asia, telah menjadi destinasi yang ditujui oleh peniaga daripada seluruh dunia. Diikuti dengan permulaan semula pelancongan, pedagang global berkerumun untuk mengambil bahagian dalam aktiviti perdagangan bandar.

Lima pameran produk gaya hidup (Pameran Hadiah & Premium Hong KongHome InStylePameran Tekstil dan Hiasan Rumah Antarabangsa Hong KongFashion InStyle, dan Pameran Pencetakan & Pembungkusan Antarabangsa Hong Kong) yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Perdagangan Hong Kong (HKTDC), ditetapkan untuk kembali pada 19 – 22 April 2023 di bawah satu bumbung iaitu di Pusat Pameran dan Konvensyen Hong Kong (HKCEC). Selain itu, platform padanan perniagaan pintar dalam talian HKTDC, Click2Match, akan dijalankan daripada 19 – 29 April 2023, menyediakan platform yang mudah dan efisien kepada pedagang untuk berhubung di luar pameran fizikal. Model hibrid PAMERAN+ baharu mencipta semula pameran perdagangan untuk memberi layanan kepada pedagang global pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

LIMA PAMERAN PRODUK GAYA HIDUP HKTDC DIBUKA PADA APRIL 2023

No comments:

Post a Comment