Saturday, April 8, 2023

GUIMAO (2023) UPACARA PERINGATAN FESTIVAL QINGMING UNTUK MAHARAJA KUNING TELAH DIADAKAN DI WILAYAH SHAANXI




HUANGLING, China, 7 April, 2023 /Xinhua-AsiaNet/-- 


Pada pagi 5 April, Upacara Peringatan Festival Qingming 2023 untuk Maharaja Kuning telah diadakan di Makam Diraja Maharaja Kuning di Wilayah Shaanxi. Makam Diraja itu, yang terletak di Daerah Huangling di Wilayah Shaanxi, adalah lokasi bagi makam Maharaja Kuning, nenek moyang bersama bagi negara China.

Pada pukul 9:50 pagi, upacara peringatan itu telah dimulakan secara rasmi. Semua hadirin berdiri dengan penuh takzim kepada paluan gendang dan bunyi loceng. Sebanyak 34 paluan gendang melambangkan aspirasi bersama bagi seluruh negara China, serta semua orang Cina di seberang laut untuk memuja nenek moyang bagi negara China itu. Sebanyak 9 bunyi loceng itu melambangkan adab tertib yang paling tinggi di dalam ritual tradisional bagi negara China itu, dengan menzahirkan kekaguman dan kesyukuran yang tidak terhingga oleh anak lelaki dan perempuan negara China itu kepada moyang mereka, iaitu Maharaja Kuning.

Semasa persembahan muzik dan tarian peringatan yang hebat dan elegan itu, Xiao Jie, Naib Pengerusi bagi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan, telah mempersembahkan bakul bunga kepada patung Maharaja Kuning itu. Zhao Yide, Setiausaha bagi Jawatankuasa Parti Wilayah Shaanxi CPC dan Pengarah bagi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Wilayah Shaanxi, menyampaikan bakul bunga bagi pihak wakil wilayah Shaanxi. Zhao Gang, gabenor bagi Wilayah Shaanxi, menyampaikan ucapan peringatan itu.

Pada akhir ucapan peringatan itu, kesemua hadirin telah melakukan tunduk hormat kepada patung Maharaja Kuning itu.

Selepas persembahan muzik dan tarian peringatan itu, seekor naga Cina sepanjang 56 meter berlegar-legar dan melompat dari tengah mazbah itu, dengan menjulang tinggi ke arah langit. Naga itu telah mengembara melalui lima ribu tahun sejarah, dengan merenung kepada masa kini yang sentiasa berubah dan terbang ke arah sebuah masa depan yang cerah dan indah.

Apabila Majlis Peringatan itu selesai, para hadirin telah melawat Dewan Xuanyuan dan Makam Diraja Maharaja Kuning, mereka kemudian menanam pokok sipres Qiaoshan.

Upacara peringatan itu telah dianjurkan bersama oleh Pejabat Hal Ehwal Taiwan bagi Majlis Negeri, Pejabat Hal Ehwal China Luar Negara bagi Majlis Negeri, Persekutuan Seluruh China bagi Rakyat China Seberang Laut Yang Pulang dan Kerajaan Rakyat Wilayah Shaanxi.
 
Sumber: Kerajaan Rakyat Wilayah Shaanxi 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16994

No comments:

Post a Comment