Wednesday, April 19, 2023

PPZ-MAIWP TERIMA ZAKAT PERNIAGAAN BERNILAI RM 2 JUTA DARIPADA RHB ISLAMIC BANK

 

Dari kiri: Dato’ Adissadikin Ali, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Berhad; Dato’ Mohamad Nasir Ab Latif, Pengerusi RHB Islamic Bank Berhad; Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman, Pengerusi PPZ-MAIWP; Mohd Rashid Mohamad, Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbankan RHB; dan Azlan Shaari, Pengurus Besar Operasi Dalam PPZ-MAIWP.


KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- RHB Islamic Bank Berhad (“RHB Islamic”) semalam menyerahkan zakat perniagaannya sebanyak RM2 juta bagi tahun kewangan 2022 kepada Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (“PPZ-MAIWP”) menerusi program Imarah Ramadan RHB Islamic Bank Berhad 2023.
 
Melalui program yang sama, 22 pemenang cabutan bertuah dipilih di bawah Kempen Semarak Zakat yang telah berlangsung dari April hingga Oktober 2022 khusus untuk warga kerja RHB. Kempen tersebut telah berjaya menarik 102 orang pembayar baru dan 80 orang yang membuat penambahan bayaran zakat melalui potongan gaji bulanan. Pemenang-pemenang tersebut memenangi hadiah temasuk Samsung Galaxy Tab, Telekung Siti Khadijah, Jam Buruj dan eWallet bernilai RM100.
 
Kempen Semarak Zakat ini merupakan kesinambungan kapada kerjasama strategik yang telah dimeterai pada tahun 2022 bagi tujuan mengoptimumkan potensi dan keberhasilan zakat. Ini merangkumi aspek kutipan, pengurusan zakat wakalah dan agihan zakat yang termasuk Kempen Pelanggan Mewah, Skim Wakalah dan Skim Kafalah Muzakki (Khairat Kematian) bagi kakitangan RHB.
 
Menurut Pengerusi PPZ-MAIWP Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman, PPZ-MAIWP menawarkan Skim Wakalah atau pengembalian semula wang zakat bukan sahaja bagi bayaran zakat perniagaan tetapi juga kepada majikan yang membuat potongan gaji zakat kakitangan sebanyak RM100,000 setahun dan ke atas pada kadar 12.5%.

PPZ-MAIWP TERIMA ZAKAT PERNIAGAAN BERNILAI RM 2 JUTA DARIPADA RHB ISLAMIC BANK

No comments:

Post a Comment