Wednesday, April 12, 2023

HASIL IKTIRAF PERANAN MEDIA DALAM MEMACU EKOSISTEM PERCUKAIAN NEGARA

KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Apresiasi Media 2023 di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur bagi mengiktiraf peranan agensi media dalam membantu HASiL memacu ekosistem percukaian negara dengan menyampaikan maklumat secara berkesan kepada orang ramai. Seramai 130 orang pengamal media yang terdiri daripada ketua-ketua agensi dan wartawan dari 55 agensi media telah hadir bagi memeriahkan majlis apresiasi ini.

Menurut YBhg. Datuk Dr. Mohd Nizom bin Sairi, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, inisiatif ini diadakan khusus buat rakan-rakan media di Semenanjung Malaysia sebagai tanda penghargaan ke atas liputan berita sepanjang tahun 2022 yang secara tidak langsung dapat meningkatkan imej positif HASiL dan menyebarluaskan maklumat percukaian semasa dalam memastikan rakyat celik cukai menerusi pendekatan A.E.S (Awareness, Education, Services) .
 
Signifikan hubungan rapat antara HASiL dan rakan-rakan media juga terbukti apabila HASiL berjaya mencipta sejarah dengan mengutip jumlah cukai langsung tertinggi dalam tahun 2022 iaitu RM175 bilion melebihi sasaran yang ditetapkan oleh Kerajaan iaitu RM160.2 bilion. HASiL percaya rakan-rakan media telah berjaya menjalankan tugas dengan cemerlang dalam mempromosikan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan HASiL serta melaporkan isu-isu percukaian negara dengan tepat dan berkesan.
 
Penganjuran Majlis Berbuka Puasa dan Apresiasi Media di Semenanjung Malaysia ini merupakan siri ketiga selepas program tersebut diadakan di Sarawak dan Sabah pada 04 dan 05 April 2023 yang lalu. Turut diadakan adalah penyampaian plak penghargaan kepada agensi media yang hadir. Majlis juga diserikan dengan kehadiran barisan Timbalan-Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, pengurusan atasan dan pegawai-pegawai kanan HASiL.
 
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/public

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

 
Tarikh: 11 Apr 2023


SUMBER :
 Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my 

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment