Saturday, May 6, 2023

BOOMI MELANTIK JIM FISHER SEBAGAI NAIB PRESIDEN SALURAN DAN RAKAN NIAGA, APJ

 





• Fisher menyertai Boomi bersama pengalaman dalam industri perisian lebih daripada 30 tahun, termasuk peranan kepimpinan di MuleSoft, SAP dan CA Technologies

SYDNEY & CHESTERBROOK, Pa., 5 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Boomi™, peneraju ketersambungan dan automasi pintar, telah melantik veteran dalam industri IT dan saluran, Jim Fisher, sebagai Naib Presiden Saluran dan Rakan Niaga di Asia-Pasifik dan Jepun (APJ). Berpangkalan di Sydney, Fisher bertanggungjawab mengembangkan operasi saluran Boomi di seluruh Australia, New Zealand, Asia Tenggara, Hong Kong dan Jepun. Selain itu, Fisher akan menumpukan perhatian kepada kerjasama dengan rakan niaga bagi memacu dan mengembangkan peluang baharu dan sedia ada untuk perniagaan pelesenan dan perkhidmatan Boomi.

“Perniagaan bukan sahaja bergantung pada data yang disambungkan untuk membuat keputusan termaklum; perniagaan ini juga bergantung pada rakan niaga untuk mengintegrasikan, membersihkan dan menyediakan data yang mengukuhkan pelaburan masing-masing,” kata Thomas Lai, Naib Presiden dan Pengurus Besar APJ di Boomi. “Jim mempunyai pemahaman yang luas mengenai integrasi data dan operasi saluran, yang akan menjadi amat penting untuk pengembangan selanjutnya dan membolehkan rakan niaga APJ kami mengoptimumkan migrasi awan dan hala tuju transformasi digital pelanggan bersama kami.”

Fisher membawa bersama pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam pasaran perisian di seluruh dunia ke Boomi. Sebelum ini, beliau mengetuai strategi saluran, pemasaran dan operasi jualan untuk organisasi di Australia, Amerika Syarikat dan Asia, termasuk peranan pengurusan serantau dan global di Philadelphia, Hong Kong, Singapura, Jepun, China, Rusia dan Australia.

“Syarikat tidak boleh memaksimumkan nilai strategi perniagaan masing-masing sahaja,” kata Fisher. “Rakan niaga - daripada penjual semula dan penyedia perkhidmatan terurus (MSP) kepada integrator sistem global (GSI) - ialah penasihat dan fasilitator yang menyampaikan hasil, sama ada platform perbankan digital, aplikasi kerajaan, atau mana-mana projek IT. Apabila menyertai Boomi, keutamaan saya ialah memastikan kita menyokong rakan niaga kita untuk memanfaatkan peluang yang sebahagian besarnya masih belum dimanfaatkan. Ini termasuk memahami perkara yang dikehendaki oleh rakan niaga sedia ada dan mengambil masuk rakan niaga baharu sambil melindungi kepentingan persaingan semua pihak.”

Sebelum menyertai Boomi, Fisher pernah memegang jawatan kepimpinan di Mulesoft sebagai Naib Presiden Saluran untuk APJ; di SAP sebagai Naib Presiden Ekosistem dan Saluran untuk Asia Tenggara; di CA Technologies sebagai Ketua Pegawai Operasi APJ, Naib Presiden Pemasaran untuk APJ, dan Naib Presiden Saluran untuk APJ; di Sterling Software sebagai Naib Presiden untuk Asia-Pasifik; dan di Information Advantage sebagai Pengarah Urusan.

Fisher akan melaporkan diri kepada Dan McAllister, Timbalan Presiden Kanan Gabungan dan Saluran Global.

“Di seluruh APJ, Boomi bekerjasama dengan lebih daripada 200 rakan niaga dan telah mengalami permintaan kukuh dalam industri yang merangkumi kerajaan, perkhidmatan kewangan, pembuatan, peruncitan dan pendidikan, antara lain dan saluran menjadi suatu yang amat penting kepada ini," kata Dan McAllister, Timbalan Presiden Kanan Gabungan dan Saluran Global. “Jim akan membantu meluaskan perhubungan strategik dengan rakan niaga sedia ada dan baharu pada masa permintaan untuk sistem berintegrasi dan data yang disambungkan semakin melonjak. Ini akan membolehkan organisasi saluran mengembangkan perkhidmatan dan meneroka pasaran baharu.”

Sebagai perintis platform integrasi global sebagai perkhidmatan (iPaaS) natif awan, Boomi meraikan pangkalan pelanggan terbesar dalam kalangan vendor platform integrasi; komuniti yang semakin berkembang dengan lebih daripada 100,000 ahli; dan satu daripada tatasusunan GSI terbesar dalam ruang iPaaS. Syarikat amat berbangga dengan rangkaian rakan niaga di seluruh dunia yang terdiri daripada Accenture, Deloitte, SAP dan Snowflake; dan bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan awan penskala hiper yang terbesar, termasuk Perkhidmatan Web Amazon, Google dan Microsoft, antara lainnya.

Syarikat itu dimasukkan dalam senarai Deloitte Technology Fast 500™ dan Inc. 5000 sebagai satu daripada syarikat teknologi paling pesat berkembang dan berinovatif di Amerika, Boomi baru-baru ini telah dinamakan dalam senarai Nucleus Research bagi “Syarikat Hebat untuk Diperhatikan pada Tahun 2023.” Syarikat itu juga telah memenangi pelbagai anugerah sebagai majikan pilihan, termasuk penyenaraiannya sebagai satu daripada Tempat Kerja Terbaik Inc. Magazine. Boomi juga telah memenangi dua Anugerah Stevie® untuk Syarikat Terbaik dan Inovasi Produk pada Peringkat Antarabangsa; Anugerah Gold Globee® dalam kategori Platform sebagai Perkhidmatan (PaaS); Anugerah Merit untuk Teknologi dalam kategori Perkhidmatan Awan; dan Anugerah Stratus sebagai Peneraju Global dalam Pengkomputeran Awan pada Tahun 2022.

Sumber Tambahan

• Ketahui lebih lanjut tentang platform Boomi
• Baca lebih lanjut tentang Kepimpinan Boomi dalam integrasi awan
• Layari penyelesaian dalam Boomi Discover
• Terokai Komuniti Boomiverse
• Ikuti Boomi dalam TwitterLinkedInFacebook dan YouTube

Maklumat Tentang Boomi

Boomi bertujuan menjadikan dunia tempat yang lebih baik dengan menghubungkan semua individu kepada segalanya, di mana-mana jua. Perintis platform integrasi sebagai perkhidmatan (iPaaS) berasaskan awan dan kini menjadi syarikat peneraju kategori, perisian global sebagai perkhidmatan (SaaS), Boomi dikatakan sebagai pangkalan pelanggan terbesar dalam kalangan vendor platform integrasi dan rangkaian di seluruh dunia dengan kira-kira 800 rakan niaga – termasuk Accenture, Capgemini, Deloitte, SAP dan Snowflake. Organisasi global beralih kepada platform pemenang anugerah Boomi bagi menemui, menguruskan dan mengatur data, sambil menghubungkan aplikasi, proses dan individu untuk hasil yang lebih baik dan lebih pantas. Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi http://www.boomi.com.

© 2023 Boomi, LP. Boomi, logo ‘B’ dan Boomiverse ialah tanda dagangan Boomi, LP atau anak syarikat atau syarikat gabungan masing-masing. Hak cipta terpelihara. Nama atau tanda lain mungkin merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53392169/en

Individu untuk Dihubungi

Jasmine Ee
Ketua Perhubungan Media dan Penganalisis, APJ
jasmine.ee@boomi.com

Nermin Bajric
Watterson untuk Boomi
nermin.bajric@watterson.com.au
+61 430 955 199
 
Sumber: Boomi

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17083

No comments:

Post a Comment