Saturday, May 13, 2023

QUANTEXA SEDIAKAN ING PENYELESAIAN UNTUK MEMPERKUKUH DAN MENGAUTOMASIKAN LIPUTAN RISIKO GLOBAL

ING menggunakan Platform Perisikan Keputusan Quantexa untuk memperoleh pandangan 360 darjah data pelanggan, mengenal pasti risiko dan terus memajukan pengalaman pelanggan bertaraf dunia mereka

LONDON, 12 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini Quantexa, peneraju global dalam penyelesaian Kecerdasan Keputusan (DI) untuk sektor awam dan swasta, mengumumkan bahawa ING sedang menggunakan platform Quantexa bagi memperkukuhkan pengesanan risiko dan usaha penyiasatan. Sebagai sebuah bank global yang berkhidmat kepada 37 juta pelanggan, pelanggan korporat dan institusi kewangan di 40 negara, ING berazam untuk melindungi pelanggannya dan memerangi jenayah kewangan.

Dengan menggunakan AI dan keupayaan analitik graf lanjutan yang disediakan oleh platform Quantexa, pasukan penyiasat ING memberi tumpuan dalam membangunkan langkah-langkah Kenali Pelanggan Anda (KYC) dan Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) global yang lebih berkesan dan cekap. Dengan menghubungkan pelanggan dan rakan niaga, platform mewujudkan konteks dan mendedahkan rangkaian yang kompleks. Langkah ini mengautomasikan lagi proses pertahanan barisan pertama.

ING memilih platform Quantexa untuk keupayaan membantu dalam menganalisis data urus niaga dalaman dan menggabungkan data luaran, untuk melengkapkan paparan 360 darjah risiko asas pelanggan. Pada awal tahun 2023 ING dan Quantexa berjaya menyelesaikan pelaksanaan yang pertama untuk Trade Finance di Hong Kong dan Singapura.

ING dan Quantexa kini mengusahakan pelancaran global dengan usaha yang diperluaskan dalam Pasaran Kewangan dan Perbankan Koresponden. 

No comments:

Post a Comment