Thursday, May 25, 2023

PENGURUSAN FORTRESS DAN MUBADALA MENGAMBIL ALIH FORTRESS INVESTMENT GROUP






Pasukan pengurusan Fortress mengambil kedudukan ekuiti penting


NEW YORK & ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 24 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fortress Investment Group (“Fortress”) dan Mubadala Investment Company, melalui anak syarikat pengurusan aset milik penuh Mubadala Capital (“Mubadala Capital”), pada hari ini mengumumkan bahawa kedua-duanya telah memeterai perjanjian muktamad untuk mengambil alih 90.01% ekuiti Fortress yang pada masa ini dipegang oleh SoftBank Group Corp. (“SoftBank”), yang telah menjadi pemilik Fortress sejak tahun 2017. Terma perjanjian tidak didedahkan dan perjanjian tersebut adalah tertakluk kepada syarat umum yang perlu dipenuhi dan kelulusan kawal selia.

Selepas transaksi ditutup, pengurusan Fortress dijangka memiliki 30% kepentingan ekuiti dalam syarikat dan akan memegang kelas ekuiti yang melayakkan pengurusan Fortress melantik majoriti kerusi dalam lembaga pengarah. Mubadala Capital (yang kini memegang 9.99% kepentingan dalam Fortress melalui Dana Ekuiti Persendirian II dan III), akan memiliki 70% ekuiti Fortress.

Selepas penutupan, Fortress akan terus beroperasi sebagai pengurus pelaburan bebas di bawah jenama Fortress, dengan autonomi penuh ke atas proses pelaburan dan membuat keputusan, kakitangan dan operasi. Drew McKnight dan Joshua Pack akan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bersama Fortress dan Pete Briger pula akan dilantik sebagai Pengerusi. Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Mubadala Capital, Hani Barhoush, yang telah berkhidmat dalam lembaga pengarah Fortress sejak 2019, akan meneruskan perkhidmatan dalam barisan lembaga pengarah.

Dean Dakolias akan meneruskan peranannya sebagai Rakan Pengurusan dan Tom Pulley akan meneruskan peranannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif perniagaan Fortress Real Estate global. Jack Neumark telah dilantik sebagai Rakan Pengurusan dan akan terus menerajui perniagaan Aset yang Sah dari Segi Undang-undang, serta mengetuai bersama perniagaan Kewangan Khusus dan Marc Furstein akan meneruskan peranannya sebagai Presiden. Pengasas bersama Fortress, Wes Edens dan Randy Nardone akan terus menyelia perniagaan PCV dan baki pelaburan PE, termasuk Brightline.

Di bawah pemilikan bersama yang baharu itu, Fortress dijangka menjana nilai ketara untuk pemegang berkepentingan dengan terus mengukuhkan perniagaan dalam ruang pelaburan alternatif, terutamanya dalam bidang kredit dan hartanah merentasi pasaran awam dan persendirian, yang kini menguruskan aset bernilai $46 bilion bagi pihak lebih daripada 1,900 pelabur institusi dan pelanggan persendirian. Fortress dijangka memperoleh manfaat daripada rangkaian global Mubadala Capital dan portfolio aset terpelbagai yang luas, serta akses kepada peluang pelaburan proprietari untuk menyokong pertumbuhan dan pengembangan perniagaan.

Pete Briger, Drew McKnight dan Joshua Pack dari Fortress berkata dalam satu pernyataan bersama: “Kami amat berbesar hati untuk mengeratkan hubungan kami dengan Mubadala, bekerjasama dengan satu daripada pelabur paling canggih di dunia dalam transaksi yang akan memberikan manfaat jangka panjang yang ketara kepada syarikat dan pekerja kami, serta pelanggan yang mendapat khidmat daripada kami. Kami telah bekerjasama rapat dengan Mubadala selama bertahun-tahun dan kami amat menghormati kepintaran dan disiplin pelaburan syarikat tersebut. Kami melihat pelaburan Mubadala yang selanjutnya sebagai penegasan model perniagaan dan pendekatan pelaburan yang telah kami terima selama lebih daripada 20 tahun dan—pada masa dinamik pasaran lebih sejajar berbanding sebelum ini bersama pengalaman dan kepakaran yang ada—kami sememangnya amat teruja tentang masa depan Fortress.”

Hani Barhoush, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Mubadala Capital, berkata: “Fortress ialah pengurus pelaburan terkemuka dunia dengan rekod prestasi yang terbukti dalam memberikan pulangan terlaras risiko yang terunggul kepada pelabur sepanjang kitaran perniagaan. Sejak 20 tahun yang lalu, Fortress telah membina francais yang luar biasa dan bertapak sebagai pelabur kredit dan aset terulung sambil mengembangkan strategi pelaburan merentasi pelbagai kelas aset pada masa yang sama. Kami mempunyai hubungan sedia ada yang kukuh dengan pasukan pengurusan Fortress yang luar biasa dan teruja untuk mengeratkan lagi hubungan tersebut pada tahun-tahun yang mendatang berdasarkan penjajaran wawasan yang kukuh, sambil memberikan nilai lebih besar kepada pelabur kami.”

Transaksi tersebut dijangka akan ditutup pada suku pertama 2024, tertakluk kepada kelulusan kawal selia.

Ardea Partners berkhidmat sebagai penasihat kewangan dan Shearman & Sterling berkhidmat sebagai penasihat undang-undang kepada Mubadala.

Goldman, Sachs & Co. LLC berkhidmat sebagai penasihat kewangan dan Kirkland & Ellis berkhidmat sebagai penasihat undang-undang kepada pengurusan kanan Fortress dalam transaksi tersebut. Skadden, Arps, Slate, Meagher & Flom LLP mewakili Fortress dalam transaksi itu.

Raine Group berkhidmat sebagai penasihat kewangan eksklusif dan Morrison Foerster berkhidmat sebagai penasihat undang-undang kepada SoftBank.

Maklumat Tentang Fortress Investment Group

Fortress Investment Group LLC ialah pengurus pelaburan global yang terkemuka dan sangat terpelbagai. Ditubuhkan pada tahun 1998, Fortress menguruskan $45.8 bilion aset di bawah pengurusan pada 31 Disember 2022, bagi pihak lebih daripada 1,900 pelanggan institusi dan pelabur persendirian di seluruh dunia merentasi pelbagai kredit dan hartanah, ekuiti persendirian dan strategi pelaburan modal kekal.

Maklumat Tentang Mubadala Capital

Mubadala Capital ialah anak syarikat pengurusan aset Mubadala Investment Company, pelabur berdaulat global terkemuka yang beribu pejabat di Abu Dhabi. Selain menguruskan pelaburan kunci kira-kira sendiri, Mubadala Capital menguruskan c. $20 bilion dalam agregat merentasi pelaburan kunci kira-kira sendiri dan dalam kenderaan modal pihak ketiga bagi pihak pelabur institusi, termasuk empat dana ekuiti persendirian, tiga dana teroka peringkat awal dan dua dana di Brazil yang memberikan tumpuan kepada situasi khas.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Media:

Mubadala
Salam Kitmitto
sakitmitto@mubadala.ae
+971 50 276 9286

Fortress
Gordon Runte
grunte@fortress.com
+1 917 981 1246
 
Sumber: Fortress Investment Group LLC dan Mubadala Capital

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17143

No comments:

Post a Comment