Wednesday, May 17, 2023

TRANSFORMERS: THE ARK, RESTORAN UTAMA BERSAMA REKA BENTUK KAPAL ANGKASA TEKNOLOGI 3D YANG BERTEMAKAN TRANSFORMERS IMERSIF PERTAMA DI DUNIA DENGAN PENGALAMAN MAKAN YANG LUAR BIASA

(Foto: Business Wire)

 HONG KONG, 17 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Transformers ialah rancangan kegemaran kanak-kanak yang digemari ramai warga Hong Kong. Restoran yang bertemakan Transformers pertama di dunia dibuka pada 23 April 2023 di Russell Street, Causeway Bay. Dicipta oleh A La Carte Hong Kong Limited dengan kerjasama peneraju hiburan berjenama global Hasbro, restoran ini direka bentuk berdasarkan konsep The Ark, kapal angkasa besar yang digunakan oleh Autobots dalam siri Transformers. Semasa bergerak menghampiri Bumi, kapal angkasa Autobots tersebut kehilangan kuasa akibat susutan tenaga dan terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di daerah Causeway Bay yang sibuk di Hong Kong, sekali gus memasuki dunia manusia.


Transformers: Restoran The Ark ialah restoran pertama di Hong Kong mengintegrasikan kandungan media 3D yang boleh dilihat dengan mata kasar ke dalam seni bina fizikal. Muka hadapan restoran menampilkan enjin kapal angkasa tiga dimensi yang menakjubkan di pintu masuk, bersama skrin LED yang cukup besar dengan animasi 3D yang direka khusus, menyelubungi tetamu dalam dunia Transformers. Enjin kapal angkasa menjana kesan cahaya dan bunyi yang menakjubkan, disegerakkan dengan animasi 3D, memberikan tanggapan kapal angkasa yang terbang merentasi angkasa dengan kesan visual yang realistik.

Autobots menjemput manusia menikmati hidangan istimewa dari Cybertron di restoran The Ark sebagai tanda terima kasih atas bantuan kemanusian dalam mencari Energon yang masih tinggal di Bumi. Setiap hidangan dibuat dengan teliti oleh cef, saintis makanan dan pakar masakan A La Carte, dengan bantuan Bumblebee dan Optimus Prime di dalam "Makmal Makanan" yang terletak di Dek Atas restoran tersebut, seperti yang dilihat dengan mata kasar pada skrin 3D. Pesanan dihantar kepada pelanggan melalui tali sawat penghantar maya yang berjalan melalui restoran, membolehkan pelanggan menyelubungi diri mereka sepenuhnya dalam jamuan visual yang dibawa oleh Autobots.

Bumblebee, Optimus Prime dan Cef Terkenal Membawa Anda dalam Perjalanan Gastronomik Hidangan Cybertronian

Hidangan istimewa restoran ini ialah burger bertemakan Transformers yang berinovatif, dibuat khas oleh cef kami dengan menggunakan bahan premium untuk patti, sos dan resipi, mencipta menu padat tenaga yang unik untuk restoran utama yang bertemakan Transformers pertama di dunia Semua roti burger dibuat khas dengan menggunakan tepung gandum, rangup di bahagian luar dan lembut di bahagian dalam, diisi dengan empat jenis sayuran hidroponik organik yang segar dan inti yang lazat. Dimasak dan disediakan oleh petugas perkhidmatan makanan kami yang terlatih, semua hidangan menawarkan gabungan rasa sempurna yang tiada tandingannya dan penyajian menarik, mencipta pengalaman menjamu selera yang tidak dapat dilupakan untuk peminat Transformers dan juga penggemar makanan.

BURGER PRIME & HIDANGAN ISTIMEWA

Burger Angus Trufel Hitam

Bahan utama burger gourmet ini ialah daging Angus yang diberi makan bijirin premium terpilih, serta menawarkan daging lembut dan cukup berair. Patti daging lembu kami bukan sahaja kaya dengan perisa daging asli, tetapi juga diseduh dengan sos trufel rahsia kami, menjadikan pengalaman rasa hidangan yang tidak dapat dilupakan.

Burger Avokado Isi Ketam

Dibuat dengan isi ketam segar, patti isi ketam kami yang unik dan lazat dicampurkan dengan sos avokado buatan kami sendiri menjadikan hidangan tersebut memuaskan hati dan kaya dengan tekstur. Kami menggunakan roti burger yang dibuat dengan ubi bit kaya antioksidan semula jadi untuk meningkatkan rasa dan pemakanan.

Ayam Goreng

Diperbuat daripada ayam premium bebas hormon, bahagian ayam kami diperap dengan campuran rempah rahsia kami dan kemudian digoreng pada suhu tinggi untuk mendapatkan aroma yang tidak tertahan. Salutan yang rangup memberikan ruang kepada tekstur yang lembut dan halus. Ayam yang berair membuatkan anda cukup mengidam dengan setiap gigitan.

Ruang Angkasa Biru

Memanfaatkan kuasa Energon, kami telah mencipta minuman tenaga mesra manusia ini. Air soda yang menyegarkan diseduhkan dengan antosianin daripada bunga telang, menggunakan pigmen semula jadi untuk mencipta warna biru yang cantik. Digandingkan dengan limau nipis, daun pudina dan jeli konjac, minuman ini penuh dengan tenaga, memberikan anda pengalaman yang mencergaskan dan menyegarkan!

Teh Oolong Konjac

Daun teh Empat Musim dari Taiwan dicampurkan dengan sempurna untuk menghasilkan rasa yang halus dan tidak pahit. Minuman yang sihat dan menyegarkan ini ialah pembersih lelangit yang sempurna. Menambahkan jeli konjac memperkaya tekstur, menjadikan lebih mewah dan memuaskan hati.

Untuk mencipta pengalaman menjamu selera yang imersif untuk pelanggan, bahagian dalaman dan luaran Transformers: The Ark, telah direka bentuk dengan amat teliti untuk menyerupai kapal angkasa, lengkap dengan kelengkapan dan kandungan multimedia. Ini membolehkan pelanggan melangkah masuk ke dalam dunia Transformers dan menikmati jamuan visual elemen futuristik di seluruh restoran, sesuai untuk peluang bergambar di setiap sudut.

Di Dek Bawah terdapat patung animatronik Optimus Prime setinggi 3 meter pertama di Asia, yang mengambil masa lebih sembilan bulan untuk dibina. Mengambil swafoto dan foto dengan patung Optimus Prime yang tulen dan berkualiti tinggi ini adalah satu kemestian untuk semua peminat Transformers!

Semasa pelanggan menaiki tangga ke Dek Atas, mereka memasuki bilik kawalan kapal angkasa, memberikan mereka perasaan berada dalam perjalanan melalui ruang angkasa. Skrin LED tersuai pada dinding dan siling memainkan rakaman “langsung” di angkasa lepas, mencipta pengalaman imersif yang menawan dan memberikan kesan visual untuk tetamu. Watak Transformers akan membuat penampilan dan berinteraksi untuk meningkatkan lagi pengalaman pengunjung. Terdapat juga kejutan tersembunyi yang perlu diketahui di seluruh restoran bagi pengalaman menjamu selera yang benar-benar Lebih Daripada yang Disangkakan (More Than Meets the Eye).

Barangan dan Cenderamata Edisi Terhad yang Eksklusif untuk Keseronokan Membeli-belah

The Ark menampilkan kedai barangan Transformers, kedai Transformers rasmi pertama di Hong Kong, menawarkan pelbagai patung kecil Transformers dan produk gaya hidup. Restoran itu juga akan mengeluarkan barangan koleksi sendiri yang ditempah terlebih dahulu, seperti pakaian edisi terhad dan barangan jenama bersama.

Untuk meraikan pembukaan Transformers pertama di dunia: Restoran utama The Ark, kedai akan menjual patung kecil Transformers yang eksklusif, dengan hanya 100 set tersedia di seluruh dunia, hanya dijual di Transformers: The Ark di Hong Kong. Patung kecil yang eksklusif ini disertakan dengan sijil bernombor secara berasingan, menjadikan item tersebut yang diingini bagi pengumpul yang pandai menilai. Peminat perlu terus menonton Transformers: Laman media sosial rasmi The Ark untuk tarikh pelancaran rasmi.

Maklumat Tentang Transformers: The Ark

Transformers: The Ark ialah restoran bertemakan Transformers pertama di dunia, dicipta oleh A La Carte Hong Kong Limited di bawah lesen daripada Hasbro. Restoran ini berteraskan jenama Transformers dan menawarkan hidangan makanan segera premium, dengan kawasan runcit yang menjual patung kecil Transformers dan produk gaya hidup edisi terhad. Reka bentuk restoran mengambil inspirasi daripada kapal angkasa The Ark dan menggabungkan media digital berteknologi tinggi yang imersif, menawarkan pelanggan pengalaman menjamu selera yang benar-benar unik dalam alam semesta Transformers.

Alamat: G/F, 38 Russell Street, Causeway Bay, Hong Kong
Waktu Operasi: 11:00am - 11:00pm
Facebook: @Transformers: The ARK
Instagram: @transformers_the_ark_hkg


Maklumat Tentang A La Carte

Menggunakan kemajuan terkini dalam pemprosesan dan penyediaan makanan digabungkan dengan bahan berkualiti tinggi, kami sedang meneroka automasi perkhidmatan dengan sains makanan bertujuan memastikan setiap hidangan yang disediakan di dapur dan restoran kami memenuhi standard masakan yang tertinggi. Kami juga menyasar untuk meningkatkan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan, penggunaan tenaga dan pembaziran makanan tanpa melibatkan penyampaian pilihan menu yang dicontohi dan sihat.

A La Carte berdedikasi, menyelia program latihan yang dipimpin oleh pakar industri untuk mendidik dan menyediakan profesional dalam bidang makanan dan minuman bagi generasi akan datang.

Kunjungi laman web kami: www.alacarte.global dan www.ifreegroup.com

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53399302/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Bahagian untuk Dihubungi
Untuk pertanyaan media, sila hubungi 360 Creative Production Limited:
Christine Tse | 6446 1775 |christinetse@360creativesolution.com
 
Sumber: A La Carte (HK) Limited

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment