Wednesday, May 24, 2023

NASA MEMILIH BLUE ORIGIN UNTUK MISI ANGKASAWAN KE BULAN

Paparan kapal angkasa lepas Blue Moon, Blue Origin yang akan membawa angkasawan kembali ke Bulan sebagai sebahagian daripada program Artemis NASA. (Foto: Blue Origin)

KENT, Wash., 22 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NASA telah menganugerahkan kontrak Pengekalan Pembangunan Lunar (Sustaining Lunar Development - SLD) Lampiran P NextSTEP-2 kepada Blue Origin. Rakan kongsi Pasukan Kebangsaan Blue Origin termasuk Lockheed Martin, Draper, Boeing, Astrobotic dan Honeybee Robotics.

Di bawah kontrak ini, Blue Origin dan rakan kongsi Pasukan Kebangsaan akan membangunkan dan menerbangkan kedua-dua kapal angkasa lepas ke bulan yang boleh membuat pendaratan kemas di mana-mana sahaja di atas permukaan Bulan dan pengangkut sislunar. Kenderaan ini dikuasakan oleh LOX-LH2. Impuls tentu tinggi LOX-LH2 memberikan kelebihan dramatik untuk misi angkasa jauh tenaga tinggi. Namun begitu, bahan dorong yang berprestasi rendah tetapi lebih mudah disimpan (seperti hidrazin dan nitrogen tetroksida yang digunakan dalam kapal angkasa lepas lunar Apollo) telah diutamakan untuk misi ini kerana didih-habis LOX-LH2 yang bermasalah semasa garis masa misi yang panjang. Melalui kontrak ini, kami akan memajukan teknologi canggih yang dimiliki ini dengan menjadikan LOX-LH2 berprestasi tinggi sebagai gabungan bahan dorong yang boleh disimpan. Di bawah SLD, kami akan membangunkan dan menerbangkan penyejuk krio 20 darjah Kelvin berkuasa suria dan teknologi lain yang diperlukan untuk menghalang didih-habis LOX-LH2. Misi akan datang yang lebih jauh dari Bulan dan keupayaan yang membolehkan seperti pendorongan terma nuklear berprestasi tinggi, akan mendapat manfaat besar daripada LH2 yang boleh disimpan. Seni bina Blue Origin juga bersedia untuk hari yang akan datang apabila ais lunar boleh digunakan untuk menghasilkan bahan dorong LOX dan LH2 di Bulan.

Blue Origin dan rakan kongsi sudah pun memulakan usaha ini dan teruja untuk menyertai perjalanan bersama NASA.

 


No comments:

Post a Comment