Saturday, May 6, 2023

TOMMY HILFIGER, PASUKAN FORMULA SATU MERCEDES-AMG PETRONAS DAN AWAKE NY MELANCARKAN KERJASAMA DI GRAND PRIX MIAMI







Kerjasama itu mengukuhkan ikatan antara dunia perlumbaan dan fesyen sambil memberikan platform kepada komuniti yang kurang diwakili.


AMSTERDAM, 5 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Tommy Hilfiger, yang dimiliki oleh PVH Corp. [NYSE: PVH], mengumumkan dengan Pasukan Formula Satu Mercedes-AMG PETRONAS bahawa jenama pakaian jalanan New York Awake NY telah mencipta bersama koleksi dan kempen Tommy x F1 Mercedes-AMG x Awake NY yang baharu. Pelancaran yang diadakan pada 4 Mei menjelang Grand Prix Miami ini menampilkan koleksi gabungan kepekaan gaya jalanan pengasas Awake NY, Angelo Baque dengan estetika persediaan terkemuka TOMMY HILFIGER untuk mencipta rangkaian ikon gaya hidup berinspirasikan sukan permotoran yang berani menjadi unik.

“Saya telah menjadi peminat F1 sejak saya kecil dan kami sentiasa melakukan cara berbeza dalam kerjasama kami dengan sukan ini sejak dari 90-an,” kata Tommy Hilfiger. “Dengan kerjasama ini, kami mahu terus berinovasi dengan reka bentuk dan semangat terangkum untuk mencipta perspektif baharu yang berani bagi generasi akan datang peminat perlumbaan F1 ini.”

Angelo Baque, individu yang amat mengagumi Lewis Hamilton dan peminat Formula 1, dapat memberikan nilai reka bentuk dan etosnya kepada komuniti, budaya dan bandar Miami dalam acara sambutan hujung minggu Grand Prix di sana. Koleksi ini mempersembahkan wawasan Formula 1 baharu, apabila perspektif bertembung, inspirasi tercetus dan semua individu dialu-alukan menyertai sambutan ini.

“Kunjungan saya ke arkib Tommy mencetuskan nostalgia zaman remaja saya dan memberikan inspirasi kepada banyak pendekatan saya terhadap koleksi ini,” kata Angelo Baque. “Keinginan saya ialah untuk mentafsirkan pakaian jalanan dan Americana secara autentik. Tidak pernah dalam sejuta tahun saya terfikir yang kanak-kanak Ecuador dari Queens, NY ini akan mereka bentuk pakaian yang dipakai dengan bangga oleh Lewis Hamilton, George Russell dan F1 Mercedes-AMG. Melihat Tommy, Lewis dan diri saya sendiri bekerja bersama-sama menjayakan projek ini merupakan perkara penting bagi versi diri kita yang lebih muda untuk memahami bahawa perwakilan merupakan perkara mesti dititikberatkan.”

Kempen ini mengikuti kisah ketabahan, keazaman dan semangat yang memberikan inspirasi kepada juara tujuh kali dan legenda F1 Lewis Hamilton, pemenang Grand-Prix George Russell dan Angelo Baque dari Awake NY, serta Encik Tommy Hilfiger, dalam perjalanan masing-masing dan menampilkan Pemandu Simpanan F1 Mercedes-AMG Petronas, Mick Schumacher. Gambar kempen tersebut telah diambil oleh Adrienne Raquel dan kandungan video dirakam oleh Anthony Prince Leslie.

Mencerminkan nilai murni program People's Place, di bawah inisiatif Tommy Hilfiger bertujuan memberikan peluang kepada komuniti yang kurang diwakili dalam industri kreatif, kerjasama itu akan diadakan bersama Creatives Want Change (CWC), menjemput peserta BIPOC untuk menghadiri perlumbaan di Miami pada 7 Mei. Danae Harrison, Dayne Thompson dan Donald Whorley dari CWC akan bekerjasama rapat dengan Angelo Baque di grid sebelum perlumbaan, menerokai sejauh mana kerjasama tersebut berkembang, daripada konsep kepada penghasilan.

“Perubahan ialah bahagian yang tidak dapat dielakkan dalam sukan mahupun kehidupan. Sebagai satu pasukan, kami memahami kepentingan menghayati perkara ini di dalam dan di luar trek perlumbaan untuk terus berinovasi, memberikan inspirasi dan menangani cabaran yang ditujukan kepada kami,” kata Toto Wolff, Ketua Pegawai Eksekutif dan Prinsipal Pasukan F1 Mercedes-AMG PETRONAS. “Kami berbangga dapat meraikan nilai bersama ini melalui kerjasama yang dijalinkan; bukan sahaja mencipta koleksi ikonik tetapi dengan menyokong dan menyerlahkan pencipta daripada komuniti yang kurang diwakili.”

Koleksi tujuh gaya terangkum jantina Tommy x F1 Mercedes-AMG x Awake NY ini mencipta semula bahan utama arkib dengan inspirasi daripada perlumbaan dan estetika jalanan NYC. Intipati Americana dibawa ke Formula 1 dalam bentuk jersi besbol klasik, manakala Kemeja-T yang khusus untuk Grand Prix Miami datang dalam pilihan warna merah jambu diva, lemonad biru berkilau dan hitam. Logo Tommy, Awake NY dan Pasukan F1 Mercedes-AMG PETRONAS dipaparkan pada baju lengan panjang, baju polo, jersi besbol dan baju ragbi. Kemeja-T dan jersi besbol memaparkan nombor perlumbaan pemandu, dengan Lewis Hamilton bernombor 44 dan George Russell bernombor 63, manakala penghormatan istimewa Awake NY merujuk kepada ’85, tahun Tommy Hilfiger dilancarkan. Susunan warna termasuk warna merah, putih dan biru Tommy yang terkenal, manakala warna F1 Mercedes-AMG pula menampilkan palet warna teras hitam dan putih pasukan yang diserlahkan dengan hijau volt.

“Sejak permulaan kerjasama kami pada tahun 2018, kami telah terus menganjak sempadan melalui perkara yang boleh dilakukan dengan mencipta pilihan berani, menyerlahkan usaha penting kepada kedua-dua organisasi dan berkongsi cerita luar biasa,” tambah Richard Sanders, Ketua Pegawai Komersial Pasukan F1 Mercedes-AMG PETRONAS. “Kempen berinovatif ini ialah langkah seterusnya, yang mencerminkan usaha inisiatif penting seperti program People's Place dan Accelerate 25, sambil mencipta koleksi yang mencuri perhatian.”

Koleksi itu boleh didapati di Tommy.com, shop.mercedesamgf1.com, kedai pilihan TOMMY HILFIGER dan trek perlumbaan yang ditetapkan pada hujung minggu Grand Prix yang akan datang.

Rakan jenama dijemput menyertai komuniti dan perbualan di media sosial dengan menggunakan #TommyHilfiger, #TommyxMercedes-AMGF1xAwakeNY dan @TommyHilfiger.

Maklumat Tentang TOMMY HILFIGER

TOMMY HILFIGER ialah satu daripada jenama gaya hidup premium yang paling diiktiraf di dunia, menaikkan semangat dan memberikan inspirasi kepada pengguna sejak tahun 1985. Jenama ini mencipta gaya ikonik, yang menjadi ikutan di persimpangan klasik dan baharu, dicipta bersama mereka yang membentuk budaya di seluruh dunia. TOMMY HILFIGER meraikan intipati gaya klasik Amerika dengan sentuhan moden. Tommy Hilfiger menawarkan kualiti dan nilai premium kepada pengguna di seluruh dunia di bawah gaya hidup TOMMY HILFIGER dan TOMMY JEANS, dengan pelbagai koleksi termasuk pakaian sukan, denim, aksesori dan kasut lelaki, wanita dan kanak-kanak. Tommy Hilfiger mempunyai komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap kelestarian dan keterangkuman.

Jualan runcit global produk TOMMY HILFIGER ialah kira-kira $9.3 bilion pada tahun 2021 dan jenama itu diperkasakan oleh lebih daripada 16,000 rakan sekutu di seluruh dunia — boleh didapati di 100 negara dan lebih daripada 2,000 kedai jualan runcit, termasuk kedai utama global terbesar di tommy.com. PVH mengambil alih Tommy Hilfiger pada tahun 2010 dan terus menyelia pendekatan tertumpu untuk mengembangkan perkaitan, kehadiran dan pertumbuhan jangka panjang jenama itu di seluruh dunia.

Maklumat Tentang PVH Corp.

PVH ialah satu daripada syarikat fesyen terbesar dan paling diminati di dunia, menghubungkan pengguna di lebih 40 negara. Jenama ikonik global kami termasuk Calvin Klein dan TOMMY HILFIGER. Sejarah kami yang melebihi 140 tahun ini dibina atas kekuatan jenama, pasukan dan komitmen kami untuk memacu fesyen ke hadapan tanpa henti. Itulah Kuasa Pasukan Kami. Itulah Kuasa Pasukan PVH.

Ikuti kami di FacebookInstagramTwitter dan LinkedIn.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53390947/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Individu untuk Dihubungi

Pihak Media:
Tommy Hilfiger
Lyndsey Anderson
Pengurus Kanan Komunikasi dan PR Global
Lyndsey.anderson@tommy.com
 
Sumber: PVH Corp.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17084

No comments:

Post a Comment