Monday, May 29, 2023

KUMPULAN BDB RAI PENUNTUT TAHFIZ DI AIRVENTURE SEMPENA LIMA'23

Sebahagian dari penuntut Tahfiz Madrasah Tarbiyah Auladiyah Darul Ulum yang menyaksikan pertunjukan udara secara dekat di Airventure sempena LIMA'23 baru baru ini.

LANGKAWI, 29 Mei (Bernama) -- Penuntut Tahfiz Madrasah Tarbiyah Auladiyah Darul Ulum teruja diberi peluang istimewa untuk menyaksikan pertunjukan udara secara dekat di Airventure sempena LIMA'23 pada 27 Mei 2023.
 
Acara bersama penuntut tahfiz ini menjadi salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Kumpulan BDB dengan matlamat untuk memberi pengalaman baharu kepada penuntut madrasah yang rata-rata merupakan kali pertama dapat menyaksikan pertunjukan udara antarabangsa ini.
 
"Saya amat gembira apabila dapat menonton dengan lebih dekat pertunjukan udara dari kawasan Airventure, dan ini bakal menjadi satu kenangan yang tidak mungkin akan dilupakan" kata Mohamad Nawawi bin Latip yang merupakan salah seorang penuntut yang hadir.
 
Menurut Mudir Madrasah, Ustaz Ayob Ahmad, beliau mengucapkan terima kasih kepada Kumpulan BDB kerana sudi menjemput pihak madrasah dalam program tanggungjawab sosial syarikat tersebut. Beliau turut yakin program seumpama ini bakal memberi pendedahan yang amat baik untuk penuntutnya.

Airventure merupakan satu kawasan khas yang dibangunkan oleh Kumpulan BDB di mana penonton yang hadir boleh menikmati pemandangan terbaik pertunjukan udara menerusi anjung tinjau (veiwing paddock) dan cabana yang menghadap ke landasan lapangan terbang sempena Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA’23).
 
KUMPULAN BDB RAI PENUNTUT TAHFIZ DI AIRVENTURE SEMPENA LIMA'23

No comments:

Post a Comment