Thursday, May 4, 2023

WEMADE MENGEMAS KINI 'POTENSI (POTENTIAL)' DALAM MIR4 UNTUK MENAWARKAN LEBIH BANYAK PERTUMBUHAN

 


  • Sistem pertumbuhan baharu meningkatkan statistik watak dengan membuka kunci Memburu, PvP dan Titik Maklumat Sekunder (Secondary Spot Points)
  • Acara daftar masuk untuk meraikan kemas kini yang menawarkan pelbagai item termasuk “Tiket Penyeruan Buku Besar Kemahiran (Skill Tome Summon Tickets)”
SEOUL, Korea Selatan, 3 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MMORPG MIR4 blokbuster Wemade melancarkan "Potensi (Potential)," kandungan baharu untuk pertumbuhan watak pada 2 Mei.

Sistem pertumbuhan "Potensi (Potential)" menawarkan kepada pengguna cara lain untuk meningkatkan statistik watak dengan membuka kunci 3 jenis Titik Maklumat, iaitu Memburu, PvP dan Sekunder. Watak tahap 90 atau lebih tinggi boleh meningkatkan peringkat Titik Maklumat sehingga tahap 6 dengan menggunakan Keluli Naga (Dragonsteel) dan Buku Besar Kemahiran (Skill Tomes).

Terdapat sejumlah 189 Titik Maklumat (Spot Point) yang boleh dibuka untuk pelbagai statistik. Setiap kali peringkat Titik Maklumat ditingkatkan, sehingga dua statistik boleh diperoleh secara tambahan dan dipertingkatkan melalui latihan. Dan apabila setiap Titik Maklumat dibuka pada peringkat tertentu, kemahiran pasif baharu akan tersedia.

Untuk meraikan kemas kini ini, MIR4 mengadakan “Acara Daftar Masuk 7 Hari Potensi (Potential 7-day Check-in Event” hingga 15 Mei. Semua pengguna boleh menerima item yang diperlukan untuk membuka kunci kandungan sistem Potensi termasuk “Tiket Penyeruan Buku Besar Kemahiran (Skill Tome Summon Tickets)” dan “Kotak Keluli Naga Epik (Epic Dragonsteel Box)” bergantung pada bilangan hari yang dilog masuk semasa tempoh acara diadakan.

"Acara Daftar Masuk 14 Hari Bunga Sakura Keemasan (Golden Cherry Blossom 14-Day Check-in Event)” juga, meraikan hari ke-600 perkhidmatan akan diadakan hingga 15 Mei.

Daripada Perjuanganku, Kepada Peperangan Kita! Maklumat terperinci mengenai MIR4 boleh didapati di laman web rasmi.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53388790/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Bahagian untuk Dihubungi
Wemade Co., Ltd. (112040: KOSDAQ)
Jennifer Jung, Pengurus PR
jennifer@wemade.com
 
Sumber: Wemade Co., Ltd.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17078​

No comments:

Post a Comment