Saturday, May 20, 2023

DELEGASI FUJIAN MELAWAT SINGAPURA UNTUK PERTUKARAN EKONOMI, PERDAGANGAN DAN KEBUDAYAAN

FUZHOU, China, 19 Mei, 2023 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Dari 15 hingga 17 Mei, Zhou Zuyi, Setiausaha bagi Jawatankuasa Wilayah Fujian dan Pengerusi bagi Jawatankuasa Tetap bagi Kongres Rakyat Wilayah Fujian telah mengetuai sebuah delegasi ke Singapura, demikian menurut Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Wilayah Fujian.

Bertindak di atas persetujuan penting yang dicapai oleh pemimpin negara China dan Singapura, delegasi itu telah menganjurkan aktiviti yang meluas untuk menggalakkan kerjasama perniagaan dan pertukaran kebudayaan, dan melawat komuniti Fujian. Dengan tujuan untuk mengeratkan persahabatan dan meningkatkan kerjasama di antara Fujian dan Singapura, lawatan itu berusaha untuk memanfaatkan kekuatan daripada kedua-dua belah pihak dan mencapai hasil yang menguntungkan kedua-dua mereka.

Singapura merupakan sebuah destinasi utama bagi pendatang Fujian dalam tempoh beberapa abad yang lalu, dan satu daripada negara pertama yang mengambil bahagian di dalam pembukaan dan pembangunan Fujian selepas pelaksanaan reformasi dan dasar pembukaan China. Pada masa ini, kira-kira 1.63 juta orang China luar negara di Singapura berasal dari Fujian.

Dengan kedudukannya yang dekat dari segi geografi dan pertalian kebudayaan, Fujian dan Singapura telah mengekalkan pertukaran yang kerap di dalam pelbagai bidang. Selepas China dan Singapura menjalin perhubungan diplomatik pada tahun 1990, kerjasama Fujian-Singapura telah mendapat momentum yang lebih kukuh di dalam bidang sains dan teknologi, pendidikan, kesihatan, budaya dan pelancongan, sekali gus menambahkan dorongan kepada pembangunan bagi kedua-dua belah pihak.

Pada tahun 2022, perdagangan dua hala di antara Fujian dan Singapura berjumlah 27.14 bilion yuan China, satu peningkatan sebanyak 36.8% tahun ke tahun. Menjelang akhir tahun 2022, Singapura telah melabur di dalam 1,833 projek di Wilayah Fujian, dengan jumlah pelaburan berkontrak sebanyak USD11.87 bilion.

Pada tahun 1821, kapal jong China yang pertama yang belayar terus dari China ke Singapura telah berlepas dari Xiamen di Wilayah Fujian. Sejak itu, Fujian dan Singapura telah menikmati kerjasama ekonomi dan perdagangan serta pertukaran rakyat dengan rakyat yang semakin kerap.

Kerjasama ekonomi dan perdagangan telah membawa Fujian dan Singapura lebih dekat di dalam hubungan ekonomi. Jabatan Perdagangan bagi Wilayah Fujian dan Perusahaan Antarabangsa Singapura dan institusi lain bersama-sama mengadakan satu siri acara promosi seperti Simposium China (Fujian)-Singapura mengenai Kerjasama Ekonomi, Perdagangan dan Kewangan pada tahun 2023, dan Sidang Kemuncak untuk Kerjasama Perusahaan Teknologi Antarabangsa (SG-CN Fujian) pada tahun 2022. Acara ini bertujuan untuk menggalakkan perusahaan Singapura terkemuka di dalam sektor elektronik, teknologi maklumat dan petrokimia untuk memanfaatkan kelebihan mereka di dalam modal, teknologi, peralatan dan produk serta mewujudkan operasi di Fujian, sekali gus memacukan industri yang berkaitan di Fujian ke arah pembangunan yang berkualiti tinggi dan meningkatkan lagi kerjasama ekonomi dan perdagangan di antara Fujian dan Singapura.
 
Sumber: Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Wilayah Fujian  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17124

No comments:

Post a Comment