Wednesday, May 17, 2023

EDGE MEMPERKUKUH KEHADIRAN DI ASIA TENGGARA DENGAN PAMERAN PRODUK YANG MENGAGUMKAN PADA ACARA LIMA 2023




Tujuh daripada syarikat portfolio EDGE akan mempamerkan penyelesaian maritim dan aeroangkasa canggih yang terunggul dalam industri pada acara dwitahunan terkemuka Malaysia itu


ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EDGE, satu daripada kumpulan syarikat teknologi dan pertahanan canggih yang terunggul dan paling pesat berkembang di dunia, berbangga dapat memperkukuh kehadiran di Asia Tenggara dengan menyertai edisi ke-16 Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2023, satu daripada pameran maritim dan aeroangkasa paling penting di rantau Asia-Pasifik. EDGE akan mempamerkan portfolio pelbagai produk yang boleh disesuaikan mengikut keperluan khusus rantau ini selaras dengan cita-cita untuk mengembangkan jejak global kumpulan itu.

EDGE akan menonjolkan penyelesaian pertahanan canggih dari segi teknologi sepanjang acara lima hari itu, yang berlangsung di pulau Langkawi, Malaysia, dari 23 hingga 27 Mei dengan tumpuan jelas kepada sistem berautonomi dan senjata pintar. Acara ini juga membolehkan EDGE mengukuhkan kerjasama dalam ekosistem industri tempatan, memacu sokongan untuk pertahanan asal tempatan dalam pasaran penting seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam, serta mempamerkan pelbagai keupayaan kumpulan.

Mansour AlMulla, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif EDGE, berkata: “Kami berbangga dapat mempamerkan keupayaan canggih kami merentasi domain udara, darat dan maritim pada acara LIMA 2023, serta membangunkan hubungan strategik di Asia Tenggara. Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Malaysia berkongsi sejarah kerjasama rapat dan kami komited untuk mengukuhkan lagi hubungan ini dengan membangunkan kerjasama berguna di seluruh rantau ini. Berikutan lawatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ke UAE awal tahun ini, saya secara peribadi berharap dapat menghadiri acara ini untuk bertemu pemimpin industri dan pemegang kepentingan utama. LIMA memberikan kami peluang yang unik untuk mengembangkan rantaian bekalan tempatan dan membantu dalam pembangunan keupayaan pertahanan udara dan tentera laut di Malaysia dan seterusnya.”

Semasa pameran itu, tujuh daripada syarikat portfolio EDGE akan mempamerkan penyelesaian berinovatif yang menyediakan tahap fleksibiliti misi yang tinggi, memberikan contoh reka bentuk dan keupayaan pembuatan EDGE yang canggih dalam bidang sistem udara dan darat berautonomi, sistem tentera laut, munisi berpandu tepat dan senjata kecil.

Dalam domain sistem udara berautonomi, EDGE akan mempamerkan pesawat tanpa pemandu (UAV) HUNTER SP (Mudah Dibawa oleh Askar - Soldier Portable), sistem UAV kerumunan HUNTER 2-S pelancaran tiub dan pesawat tempur tanpa pemandu (UCAV) REACH-S. Munisi berkeliaran QX-1, QX-2, QX-3 juga akan dipamerkan, bersama-sama dengan UAV sayap berputar GARMOOSHA.

Sistem dan penyelesaian darat berautonomi akan diwakili oleh kenderaan darat tanpa pemandu (UGV) THeMIS Combat MILREM.

Keupayaan tentera laut canggih EDGE akan merangkumi 160 ITEP (Platform Penglibatan Taktikal Tepi Pesisir), 120 FIP (Platform Tepi Pesisir Pantas), 510 OPV (Kapal Peronda Luar Pesisir), serta pelancaran korvet baharu yang memenuhi keperluan serantau.

EDGE juga akan mempamerkan munisi berpandu tepat udara-ke-bumi DESERT STING berbilang jarak, misil pertahanan udara SKYKNIGHT, AL TARIQ-S (Jarak Standard) dan AL TARIQ-LR (Jarak Jauh) canggih, munisi berpandu tepat modular, di samping munisi berpandu tepat RASH 1-M, RASH 2-H dan RASH 2-M.

Untuk senjata kecil dan amunisi, EDGE akan mempamerkan pistol CARACAL F,  submesin-gan CMP 9, refal serangan CAR 816, refal penembak tepat CSR 50, menggariskan pendekatan berinovatif untuk menghasilkan senjata api modular yang tepat. Selain itu, EDGE akan mempamerkan rangkaian penuh amunisi kaliber kecil, termasuk amunisi 40mm, 60mm, 81mm dan 120mm dalam pelbagai butiran dan varian seperti pengesan, penembusan perisai dan jaket logam penuh.

Para hadirin acara LIMA 2023 boleh mengunjungi EDGE di ruang pameran A07 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di Langkawi, Malaysia.

Maklumat Tentang EDGE

Dilancarkan pada bulan November 2019, EDGE UAE satu daripada kumpulan syarikat teknologi canggih yang terunggul di dunia, ditubuhkan bertujuan membangunkan penyelesaian tangkas, berani dan mengganggu untuk pertahanan dan seterusnya, serta menjadi pemangkin bagi perubahan dan transformasi. EDGE berdedikasi untuk membawa inovasi, produk dan perkhidmatan rintisan ke dalam pasaran dengan kelajuan dan kecekapan yang lebih tinggi, meletakkan UAE sebagai hab global terkemuka untuk industri masa depan dan mewujudkan laluan jelas dalam sektor ini bagi generasi bakat akan datang yang berkemahiran tinggi untuk berkembang maju. EDGE memacu pembangunan keupayaan berdaulat untuk eksport global dan pemeliharaan keselamatan negara, bekerjasama dengan pengendali barisan hadapan, rakan niaga antarabangsa dan menerima pakai teknologi canggih seperti keupayaan berautonomi, siber- sistem fizikal, sistem pendorong canggih, robotik dan bahan pintar dengan tumpuan kepada penggunaan teknologi 4IR. EDGE menyatukan R&D, teknologi baharu muncul, transformasi digital dan inovasi pasaran komersial dengan keupayaan ketenteraan bagi membangunkan penyelesaian mengganggu disesuaikan kepada keperluan khusus pelanggan. Beribu pejabat di Abu Dhabi, ibu negara UAE, EDGE menyatukan lebih daripada 20 entiti kepada empat kluster teras: Platform & Sistem, Misil & Senjata, Perang Elektronik & Teknologi Siber, dan Sokongan Perdagangan & Misi.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi edgegroup.ae 

*Sumber: AETOSWire 

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53399300/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Individu untuk Dihubungi
Komunikasi EDGE Group
Priya Roy
C-Priya.Roy@edgegroup.ae
 
Sumber: EDGE  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17113

No comments:

Post a Comment