Monday, December 4, 2023

ABDULAZIZ AL-GUDAIMI, VETEREN ARAMCO, SERTAI EIG SEBAGAI PENASIHAT KANAN DAN PENGERUSI OPERASI MENA

Foto: Business Wire

 WASHINGTON, 4 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EIG, sebuah syarikat pelabur institusi peneraju dalam sektor tenaga dan infrastruktur global, mengumumkan bahawa Abdulaziz Al-Gudaimi telah menyertai pasukan EIG sebagai Penasihat Kanan dan Pengerusi Operasi Timur Tengah & Afrika Utara (“MENA”). En. Al-Gudaimi, yang merupakan bekas Naib Presiden Eksekutif bahagian Pembangunan Korporat di Saudi Aramco (“Aramco”), mempunyai pengalaman lebih 38 tahun dalam pasaran tenaga dan akan memberikan nasihat strategi kepada EIG tentang aktiviti pelaburan mereka dan meneruskan pertumbuhan di rantau tersebut.


“Kami amat gembira Abdulaziz dapat menyertai firma kami,” kata R. Blair Thomas, Pengerusi EIG Chairman dan CEO. “Kepakaran sektor dan kekayaan pengalaman beliau dalam MENA akan memainkan peranan penting dalam usaha mencari sumber peluang pelaburan tambahan EIG merentas tenaga kritikal dan infrastruktur berkaitan tenaga, serta untuk syarikat portfolio kami apabila mereka menghadapi cabaran rumit semasa beralih kepada masa depan yang rendah karbon.”

“Saya kenal Blair dan pasukan EIG melalui kerjasama firma ini dengan Aramco, dan saya tidak sabar untuk menambah lagi kejayaan mereka di rantau tersebut,” kata En. Al-Gudaimi. “Dengan peralihan tenaga terus bertambah penting dan membina jalan untuk masa depan yang lebih baik, EIG berada di kedudukan yang baik untuk mencari peluang memanfaatkan kepakaran operasinya dan meningkatkan usaha penyahkarbonan sektor tenaga rantau tersebut. Saya ingin membantu membina nilai untuk syarikat portfolio firma ini serta pelaburnya.”

En. Al-Gudaimi bertugas sebagai Naib Presiden Eksekutif bahagian Pembangunan Korporat di Aramco sebelum beralih daripada jawatan itu pada bulan Disember 2022. Dalam peranan tersebut, beliau membantu Aramco membina capaian yang lebih baik kepada pasaran dan teknologi yang sedang bertumbuh melalui pengoptimuman portfolio dan penyelarasan strategi. En. Al-Gudaimi pernah memegang beberapa jawatan kepimpinan yang lain di Aramco sebelum ini, termasuk Naib Presiden Kanan bahagian Hiliran dan Naib Presiden bahagian Sistem Kuasa. En. Al-Gudaimi kini menjawat jawatan Pengarah Vision Invest Holding dan Saudi Alfransi Bank, dan pernah bertugas sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Motiva Enterprises LLC, Arlanxeo, Saudi Aramco Total Refining and Petrochemical Company, Aramco Trading Company dan Petro Rabigh sebelum ini. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Petroleum dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan.

Perihal EIG

EIG ialah pelabur institusi peneraju dalam sektor tenaga dan infrastruktur global dengan $23.0 bilion di bawah pengurusannya setakat 30 September 2023. EIG merupakan pakar pelaburan swasta dalam infrastruktur tenaga dan yang berkaitan tenaga di seluruh dunia. Sepanjang sejarah 41 tahunnya, EIG telah melabur $45.9 bilion pada sektor tenaga melalui 400 projek atau syarikat di 42 negara merentas enam benua. Para klien EIG termasuk pelbagai rancangan pencen peneraju, syarikat insurans, yayasan dan dana kekayaan negara di A.S., Asia dan Eropah. EIG beribu pejabat di Washington, D.C. dengan pejabat di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong dan Seoul.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53864962/en
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungan
Media
FGS Global
Kelly Kimberly / Brandon Messina
+1 212-687-8080
EIG@fgsglobal.com

Sumber: EIG

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment