Saturday, December 16, 2023

WILAYAH IBARAKI MENGELUARKAN VIDEO MENGENAI CABARAN MEREKA DALAM MENCAPAI INDUSTRI PERTANIAN, PERHUTANAN DAN PERIKANAN YANG MENGUNTUNGKAN DAN LESTARI PADA 8 DISEMBER

 MITO, Jepun, 15 Dis., 2023 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --


-Bersempena dengan Mesyuarat Menteri Dalam Negeri dan Keselamatan G7 2023 di Bandar raya Mito-

Kerajaan Wilayah Ibaraki, tuan rumah bagi Mesyuarat Menteri Dalam Negeri dan Keselamatan Kumpulan Tujuh (G7) 2023 di Mito, telah mengeluarkan sebuah video pada 8 Disember, 2023, yang menampilkan pemimpin-pemimpin sektor pertanian dan perikanan tempatan melakukan usaha gigih, serta perutusan gabenor Ibaraki.

Wilayah Ibaraki, yang dikurniakan dengan tanah yang subur dan hasil laut yang melimpah, berkembang maju dengan pertanian dan perikanan. Tambahan pula, memandangkan ia berdekatan dengan ibu negara Jepun, Tokyo, dan disokong oleh rangkaian pengangkutan yang sangat baik, Wilayah Ibaraki telah memainkan satu peranan penting di dalam membekalkan makanan ke kawasan metropolitan Tokyo. Video itu memperkenalkan adegan sedemikian.

Video "Akan datang ke meja makan anda tidak lama lagi? Ubi keledek yang sangat manis dari Ibaraki, Ikan yang diternak dengan menggunakan AI": https://www.youtube.com/watch?v=y8QBj1iKyzM
 
Imej:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M107964/202312063911/
_prw_PI3fl_0ufr5kJ2.png

 
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M107964/202312063911/
_prw_PI4fl_vDadRplD.png

 
Sorotan
Ke meja makan dunia: Eksport produk ladang Ibaraki meningkat sepuluh kali ganda dalam tempoh enam tahun: Ibaraki menduduki tempat kedua dalam keluaran pertanian kasar berdasarkan kepada wilayah di negara itu. Dalam menjangkakan pengecutan pasaran domestik yang disebabkan oleh pengurangan populasi, Wilayah Ibaraki, yang memberi tumpuan kepada daging lembu “Hitachi”, beras, buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai barangan utama, sedang meneroka ke pasaran luar negara dan mempromosikan eksport. Eksport ubi keledek semakin rancak disebabkan oleh permintaan terhadap keledek bakar di Asia Tenggara. Wilayah Namegata di tenggara wilayah itu adalah sebuah pengeluar utama bagi ubi keledek di Jepun.
 
Industri perikanan Ibaraki memerangi perubahan iklim dengan teknologi terkini:
Wilayah Ibaraki, dengan kawasan penangkapan ikan yang kaya, menduduki tempat kedua di dalam penuaian ikan laut mengikut wilayah di Jepun pada tahun fiskal 2021. Ibaraki adalah penuai tenggiri yang terbesar di negara itu. Wilayah Ibaraki, walau bagaimanapun, menganalisis bahawa penternakan akua adalah amat diperlukan untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan risiko dalam perubahan persekitaran marin yang disebabkan oleh perubahan iklim dan hasil tangkapan yang buruk.
 
-Melancarkan sebuah projek pengesahan untuk akuakultur tenggiri dengan menggunakan teknologi dan peranti kecerdasan buatan (AI) untuk, antara lain, memberi makan ikan secara automatik sambil memeriksa keadaan fizikal mereka.

-Memulakan "kaviar Kasumigaura," sebuah jenama baharu yang menggunakan ikan sturgeon yang dibiak.
Penternakan akua mempunyai kelebihan berbanding dengan menangkap ikan di lautan kerana ia kurang terjejas oleh perubahan iklim, dan ia boleh dijalankan di darat dengan menggunakan air tawar.
 
Peta:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M107964/202312063911/
_prw_PI5fl_Z16wAkO2.png

 
Sumber: Kerajaan Wilayah Ibaraki 

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment