Tuesday, December 5, 2023

"KARNIVAL UPIN & IPIN 2023: ANIMASI KESAYANGAN KELUARGA"




SHAH ALAM, 4 Dis (Bernama) --
 Les’ Copaque Production dengan sokongan Kerajaan Negeri Melaka akan menganjurkan Karnival Upin & Ipin 2023, bertemakan Animasi Kesayangan Keluarga. Karnival keluarga terbesar yang dibawakan oleh Penaja Emas, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dengan Astro sebagai rakan media ini akan berlangsung selama 3 hari bermula 15 hingga 17 Disember 2023 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dengan sokongan dari Tourism Melaka. Karnival Upin & Ipin 2023 ini menjadi pencetus kepada Tahun Melawat Melaka 2024.

Pentas utama yang sentiasa menjanjikan persembahan luarbiasa bertemakan siri-siri fenomena keluaran Les’ Copaque Production seperti Upin & Ipin, Pada Zaman Dahulu dan Puteri bermula dari 10 pagi hingga 10 malam. Persembahan tarian dan nyanyian yang penuh bertenaga ini akan menampilkan hampir 20 maskot, menjadikannya karnival dengan himpunan maskot terbesar di Malaysia.

Pelbagai aktiviti menarik turut menanti pengunjung dengan pelbagai hadiah untuk dimenangi. Adik-adik yang suka mengira boleh menyertai Usahawan Mail, yang pandai berpantun boleh berlawan pantun di arena Pantun Jarjit, siapa yang ingin menjadi pempengaruh seperti Ehsan boleh menyertai aktiviti Gaya Intan Payung, bertemu pelakon suara Upin & Ipin, mengenali haiwan Pada Zaman Dahulu di hutan sesat, lumba kereta DaDuDiDo, bergaya seperti Puteri Kerajaan Limau, dan banyak lagi aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga.

Cabutan bertuah untuk dimenangi seperti TV 55’ dan PS5 tajaan FFM Marketing Sdn. Bhd., OG Solution, Messrs Hafidz Hud & Partners turut menanti pengunjung. Selain itu bagi pengumpul tegar medal Upin & Ipin, Karnival Upin dan Ipin kali ini membawakan 8 medal eksklusif yang tidak dijual di mana-mana untuk dijadikan koleksi.

Bersempena dengan Karnival Upin & Ipin juga, acara larian “Upin & Ipin Fun Run” akan diadakan serentak pada hari Sabtu, 16 Disember 2023. Setiap peserta akan menerima baju dan pingat larian berkonsepkan watak Upin & Ipin yang harus di miliki sebagai kenangan terindah.
 
Layari laman web rasmi, http://karnivalupinipin.com/ bagi mendapatkan tiket sah Karnival Upin & Ipin.  

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17725

No comments:

Post a Comment