Wednesday, December 13, 2023

MAYBANK, MR.DIY DAN SPRITZER IALAH ANTARA PEMENANG ANUGERAH PENJENAMAAN DUNIA 2023 - 2024

 LONDON, 13 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE)-- Anugerah Penjenamaan Dunia edisi ke-17 memberi penghormatan kepada kejayaan dan pencapaian beberapa Jenama Terbaik Dunia sebagai Pemenang Kebangsaan, Serantau dan Global. Anugerah Penjenamaan Dunia 2023 - 2024 menyaksikan lebih 1,500 jenama dari lebih 40 negara dicalonkan sebagai “Jenama Terbaik Tahun Ini”. Daripada jumlah ini, kurang daripada 200 jenama telah diisytiharkan sebagai Pemenang.

Majlis Anugerah berprestij itu diadakan di tempat asal-usul anugerah tersebut, iaitu di Istana Kensington, United Kingdom. Majlis itu mengalu-alukan lebih 100 tetamu dari seluruh dunia dan dihoskan oleh penyampai televisyen terkenal, David Croft.

Pemenang global yang membuktikan kecemerlangan dan penjenamaan terunggul dalam industri yang diceburi terdiri daripada Yakult (Japan), LURPAK (Denmark), Marriott International (Amerika Syarikat) dan The Body Shop (United Kingdom).

Pemenang dari Malaysia termasuk Spritzer, Munchy’s, Getha, Maybank, MR.DIY, Sunway Property, Golden Screen Cinema, Al-Ikhsan Sports, Twisties, Unifi dan Aeon. Sekadar menyatakan beberapa pemenang pada peringkat Kebangsaan yang lain termasuk Frank & Co. (Indonesia), INDOPLAS (Filipina), TOPS (Thailand), Nippon Rent-A-Car (Jepun), Boots (United Kingdom), Safaricom (Kenya), Sokos Hotel (Finland) dan Sukiya (Jepun).

Hanya 14 jenama terpilih untuk menerima anugerah Peringkat Serantau pada tahun ini, termasuk Nippon Rent-A-Car (Jepun), GIG (Kuwait), MR.DIY (Malaysia), M-150 (Thailand), HECOM (Hong Kong) dan VITADAY (Thailand). Jenama ini diundi kerana menjadi jenama kegemaran pengguna di 4 atau lebih negara merentasi 3 atau lebih kawasan di rantau geografi tertentu.

“Ini ialah sambutan atas usaha berterusan yang amat penting untuk membina jenama yang betul-betul cemerlang. Untuk kekal berguna, berinovatif dan mengikuti perkembangan zaman sebagai jenama, membina imej yang menarik perhatian dan berkekalan menjadi keutamaan. Ini bermakna bukan sahaja membina budaya dan komuniti di sekeliling jenama melalui pemasaran, tetapi juga memastikan semua generasi terus mendapati jenama itu menarik,” kata Richard Rowles, Pengerusi Forum Penjenamaan Dunia.

Lebih daripada 150,000 pengguna menyertai proses penamaan calon secara global pada tahun ini. Secara purata, hanya terdapat 5 jenama pemenang di setiap negara, membuktikan bahawa memenangi Anugerah Penjenamaan Dunia ini merupakan pencapaian yang cukup luar biasa.

Untuk maklumat lanjut dan senarai penuh pemenang, sila kunjungi awards.brandingforum.org.

MAKLUMAT TENTANG ANUGERAH PENJENAMAAN DUNIA

Anugerah Penjenamaan Dunia ialah anugerah terulung Forum Penjenamaan Dunia, organisasi bukan untung yang berdaftar. Anugerah tersebut mengiktiraf pencapaian beberapa jenama terbaik dunia.

MEDIA SOSIAL

Facebook: https://www.facebook.com/worldbrandingforum/

Twitter: https://twitter.com/WorldBranding

Instagram: https://www.instagram.com/worldbranding/

LinkedIn: https://linkedin.com/company/world-branding-forum

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Bahagian untuk Dihubungi

E-mel: editorial@brandingforum.org
 
Sumber: Anugerah Penjenamaan Dunia

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment