Friday, December 15, 2023

BEEWORKS GAMES: PERMAINAN MUDAH ALIH "MUSHROOM GARDEN PRIME" DILANCARKAN DI ASIA TENGGARA

 

"Mushroom Garden Prime" kini tersedia untuk dimuat turun di Google Play dan App Store. (Grafik: Business Wire)


Aplikasi Simulasi Penanaman Cendawan Popular Meluaskan Jangkauan Di Seluruh Dunia

TOKYO, 15 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Berikutan kejayaan pelancaran di Korea Selatan, Beeworks Games, pembangun permainan mudah alih yang berpangkalan di Jepun, telah mengumumkan aplikasi syarikat tersebut “Mushroom Garden Prime” kini akan tersedia untuk dimainkan di Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina. “Mushroom Garden Prime” boleh dimuat turun dari Google Play/Apple App Store.

Apakah “Mushroom Garden Prime”?

“Mushroom Garden Prime” ialah pensimulasi penanaman kasual, menampilkan watak comel dan unik “Kulat (Funghi)”. Dengan hanya satu ketikan, masukkan makanan ke dalam log anda dan tunggu apabila Kulat (Funghi) tumbuh. Sebaik sahaja log itu penuh dengan Kulat (Funghi), tanaman itu boleh dituai dengan hanya meleret merentasi skrin. “Kami mereka bentuk aplikasi itu supaya menyeronokkan dan mudah dimainkan oleh pengguna daripada semua peringkat umur,” kata Kristofer Chan dari Beeworks Games. “Ini hanya mengambil masa beberapa saat untuk bermain dan anda boleh menutup aplikasi sehingga tiba masa yang berikutnya anda mempunyai keinginan untuk menuai Kulat (Funghi).”

Penuaian Kulat (Funghi) akan membolehkan anda menaik taraf kelengkapan penanaman anda dan menanam jenis Kulat (Funghi) baharu. Dengan 16 log berbeza untuk dipilih dan lebih 300 Kulat (Funghi) untuk ditemui, banyak keseronokan yang boleh dinikmati.

Di samping pertanian, terdapat Muzium Kulat (Funghi) yang memaparkan Kulat (Funghi) yang telah anda kumpulkan dalam persekitaran semula jadi tanaman tersebut. Anda juga boleh menerima kertas hias dinding unik untuk telefon anda dengan melengkapkan satu daripada banyak misi dalam permainan.

URL Gedung Aplikasi

· Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=jp.co.beeworks.nameko.ganso
· Apple App Store: https://apps.apple.com/app/1544911813

Butiran Aplikasi
 
Tajuk: Mushroom Garden Prime
Genre: Simulasi Penanaman Kasual
Keserasian: Android 5.0/iOS 10.0 atau lebih besar
Ketersediaan: Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Hong Kong, Macau
Harga: Percuma (Pembelian dalam Aplikasi tersedia)
Pembangun: Beeworks Games

Maklumat Tentang Siri “Mushroom Garden”

Mula dilancarkan pada tahun 2011, pensimulasi penanaman cendawan dengan watak Kulat (Funghi) yang digemari telah berjaya mengumpul lebih 55 juta muat turun di seluruh dunia. Siri ini sangat popular terutamanya di Jepun, dengan banyak barangan dan acara diadakan hingga hari ini.

“Mushroom Garden Prime” menunjukkan kemunculan semula siri ini pada peringkat global, selepas berjaya di Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Maklumat Tentang Beeworks Games

Beeworks Games mementingkan keaslian, memberikan pengalaman unik dan menyeronokkan melalui permainan syarikat itu. Misi utama ialah mencipta permainan dan watak yang disukai oleh peminat daripada semua peringkat umur.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53868799/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Individu untuk Dihubungi
Beeworks Co., Ltd.
Kristofer Chan
kchan@beeworks.co.jp
+81-3-6859-0697
https://beeworksgames.com/en/
 
Sumber: Beeworks Co., Ltd.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment