Thursday, November 21, 2019

AZBIL MEMULAKAN PENJUALAN BAGI SENSOR SUHU SILING UNTUK BANGUNAN PEJABAT KE LUAR NEGARA



- Sensor berpadu dengan persekitaran, dipasang dengan mudah, dan mempunyai ketepatan yang tinggi -

TOKYO, 21 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Azbil Corporation (TOKYO: 6845) mengumumkan bahawa ia telah memulakan penjualan di luar Jepun bagi sensor suhu yang dipasang di siling (jenis bulat) keluaran Syarikat itu, sebuah sensor suhu dalaman yang digunakan dengan sistem HVAC bangunan pejabat.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191120005393/en/

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, bangunan-bangunan pejabat mempunyai semakin sedikit tiang dan dinding, yang menyebabkan ia memerlukan sensor suhu dipasang ke dalam siling. Oleh kerana sensor suhu Azbil yang dipasang di siling hanya berukuran diameter 40 mm dan mempunyai ketebalan 5 mm dengan skema warna yang membolehkan ia berpadu  dengan persekitaran sesebuah bilik, ia tidak akan mengurangkan estetika bilik itu. Pemasangan telah dipermudahkan melalui penggunaan spring untuk mengunci sensor itu ke tempatnya, menjadikan penggunaan skru tidak diperlukan. Penambahbaikan kepada pembinaan dalaman itu telah membawa kepada masa tindak balas yang lebih cepat dan peningkatan ketepatan, yang membolehkan sensor itu untuk menyumbang kepada mengekalkan suatu persekitaran dalaman yang selesa. Sejak produk itu dilancarkan di Jepun pada Julai 2018, lebih 20,000 unit telah dipasang di bangunan-bangunan pejabat dan struktur lain, dan sensor itu telah menerima sambutan yang menggalakkan disebabkan oleh reka bentuknya yang tidak mengganggu, pemasangan yang mudah, dan ketepatan yang tinggi.

Pelancaran sensor Azbil itu ke luar negeri berpusat pada bangunan-bangunan pejabat dan struktur lain di Asia Timur dan Syarikat itu mensasarkan 100 juta yen dalam jualan bagi produk itu untuk tahun pertama. Di samping itu, sensor itu mematuhi dengan pelbagai arahan keselamatan dan alam sekitar antarabangsa, seperti yang diperlukan oleh penanda1 CE, REACH2, dan China RoHS3.

1 Satu pensijilan diperlukan bagi produk tertentu untuk membolehkan ia dijual di Eropah. Ia menunjukkan bahawa produk tersebut memenuhi keperluan keselamatan, kesihatan dan perlindungan alam sekitar EU yang penting.
2 Pendaftaran, Penilaian, Kebenaran dan Sekatan bagi Bahan Kimia. Peraturan Kesatuan Eropah ini membabitkan pengurusan bagi bahan-bahan kimia.
3 Sekatan bagi bahan-bahan berbahaya; peraturan di China dan wilayah lain untuk mengehadkan jumlah bahan-bahan berbahaya yang boleh terkandung di dalam peranti elektrik/elektronik.

Dengan dipandu oleh falsafah Kumpulan azbil iaitu “automasi yang berpusatkan manusia,” Azbil akan terus komited kepada membangun dan menawarkan produk dan sistem yang menyediakan orang ramai dengan keselamatan dan keselesaan.

Maklumat mengenai Azbil Corporation

Azbil Corporation, yang sebelum ini dikenali sebagai Yamatake Corporation, adalah sebuah syarikat yang terkemuka di dalam bidang automasi bangunan dan perindustrian, dengan menggunakan teknologi pengukuran dan kawalan mereka untuk menyediakan kepada pelanggan dengan penyelesaian nilai tambah yang tinggi untuk menjadikan operasi mereka lebih cekap dan mapan. Diasaskan pada tahun 1906, Azbil memberi perkhidmatan kepada pelanggan merentasi seluruh dunia di dalam pelbagai jenis industri dan berhasrat untuk menyumbang kepada keselamatan, keselesaan dan kepuasan orang ramai, dan pemeliharaan alam sekitar global. Setakat akhir Mac 2019, Azbil mempunyai 9,600 orang pekerja di seluruh dunia dan menjanakan pendapatan sebanyak ¥262 bilion.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.azbil.com/.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12826

No comments:

Post a Comment