Thursday, November 28, 2019

DATO' SERI IVAN TEH DINAMAKAN USAHAWAN TERBAIK PADA ANUGERAH PERNIAGAAN PKS & KEUSAHAWANAN 2019



KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex Dato' Seri Ivan Teh telah diberikan Anugerah Usahawan Terbaik yang berprestij semasa Anugerah Perniagaan PKS & Keusahawanan (SEBA) 2019 pada 8 November di Palace of the Golden Horses. Teh telah diberikan anugerah itu oleh Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Teh telah diiktiraf kerana inovasi beliau yang cemerlang, pandangan jauh dan strategi daya cipta di dalam mencipta kecemerlangan jenama, dengan itu, menjadi seorang model peranan dan sumber inspirasi bagi kebanyakan orang.

SEBA disokong oleh Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) Malaysia untuk mengiktiraf usahawan dan perusahaan yang paling cemerlang di Malaysia dan pada masa yang sama mencungkil bakat-bakat yang semakin meningkat dan syarikat-syarikat yang berkembang maju yang mengubah industri di tempat mereka beroperasi. Beberapa penerima masa lampau termasuk Tan Sri Dr Tony Fernandes dari AirAsia, Patrick Grove dari Catcha Group dan Anthony Tan dari Grab.

“SEBA 2019 mempamerkan orang perseorangan dan syarikat yang dapat menjadi contoh yang merupakan pengubah keadaan di dalam pelbagai disiplin. Di sini adalah pemimpin-pemimpin yang telah berjaya mengubah organisasi mereka dan mencipta legasi yang memberi inspirasi untuk dicontohi oleh orang lain. Pemenang-pemenang pada malam ini benar-benar menjadi pemacu bagi pertumbuhan ekonomi Malaysia dan kami yakin mereka akan membuka jalan ke hadapan ke arah menuju kemajuan berterusan,” kata Pengerusi SEBA, Nitesh Malani.

“Saya amat berbesar hati dan berterima kasih untuk menerima anugerah berprestij ini sebagai Usahawan Terbaik. Saya benar-benar mendapat penghormatan untuk memimpin sebuah organisasi yang penuh dengan ahli-ahli pasukan yang berbakat dan tidak henti-henti berusaha yang didorong oleh keghairahan bersama untuk menjangkau ke sempadan teknologi yang memberi manfaat kepada bukan sahaja pelanggan dan rakan kami tetapi juga untuk kebaikan semua. Anugerah ini sangat bermakna kepada kami dan saya yakin ini akan hanya mendorong kami untuk bekerja lebih keras bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada industri dan komuniti secara keseluruhan,” kata Teh.

Maklumat mengenai Fusionex

Fusionex adalah sebuah penyedia teknologi data yang telah mantap yang memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Data Besar, IR 4.0, Mesin Pembelajaran dan Kecerdasan Buatan. Penawaran mereka adalah tertumpu kepada membantu pelanggan membuka nilai dan memperolehi wawasan daripada data. Dipaparkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, dengan membawa platform paling canggih, berinovatif dan dipacu oleh kejayaan data kepada pelanggan mereka (termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS)) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik.

Laporan 2018 Gartner mengenai Analisis Moden dan Kecerdasan Perniagaan menyenarai pendek dan memuji platform teknologi data Fusionex. Di samping itu, Fusionex telah dikenal pasti sebagai sebuah Pemain Utama di dalam Laporan MarketScape IDC untuk Data Besar & Analisis. Fusionex adalah satu-satunya syarikat yang berpangkalan di ASEAN yang dipaparkan di dalam kedua-dua laporan tersebut, sekali gus mengesahkan kelayakan mereka di dalam pasaran teknologi data untuk rantau ini.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12850

No comments:

Post a Comment