Wednesday, November 6, 2019

INGREDION INCORPORATED MELAPORKAN HASIL SUKU TAHUN KETIGA 2019

- EPS* yang dilaporkan dan dilaraskan bagi suku tahun ketiga 2019 masing-masing ialah $1.47 dan $1.82 berbanding masing-masing $1.32 dan $1.70 pada suku tahun ketiga 2018
- EPS yang dilaporkan dan dilaraskan dari permulaan tahun 2019 sehingga kini masing-masing ialah $4.51 dan $5.03, menurun daripada $4.80 bagi EPS yang dilaporkan dan menurun daripada $5.31 bagi EPS yang dilaraskan dalam tempoh yang sama pada tahun lalu
- Jangkaan bahawa EPS yang dilaraskan bagi tahun 2019 berada dalam julat $6.45-$6.65

WESTCHESTER, Ill., 4 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Ingredion Incorporated (NYSE: INGR), peneraju global bagi pembekal penyelesaian bahan kepada pelbagai industri melaporkan hasil bagi suku tahun ketiga 2019 pada hari ini. Hasil dilaporkan adalah menurut prinsip perakaunan yang diterima umum (“GAAP”) di A.S. bagi tahun 2019 dan 2018, termasuk item yang dikecualikan daripada ukuran kewangan bukan GAAP yang dibentangkan oleh Syarikat.

"Kami berasa bangga untuk menyampaikan jualan bersih dan peningkatan pendapatan operasi yang sederhana walaupun berada dalam persekitaran yang mencabar. Kami memajukan strategi bahan khusus kami yang menyampaikan peningkatan volum bahan khusus di setiap rantau, dan di samping itu kami juga mengurus tindakan terhadap penetapan harga merentasi seluruh perniagaan kami untuk mengimbangi kesan mata wang dan inflasi kos input,” kata Jim Zallie, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ingredion.

“Kami meneruskan pelaksanaan program penjimatan Cost Smart kami dengan baik untuk meningkatkan kecekapan operasi tambahan. Baru-baru ini, kami membuat keputusan untuk menggunakan model import dan menghentikan pengeluaran di kilang Lane Cove di Australia untuk menangani masalah peningkatan kos jagung secara berterusan berikutan kekurangan air. Selain itu, kami memulakan penstrukturan semula yang penting terhadap perniagaan Amerika Selatan kami dengan memperkemas operasi untuk mewujudkan perniagaan yang lebih lancar di rantau tersebut.”

“Untuk masa yang akan datang, kami menjangkakan tekanan makroekonomi berterusan dalam suku tahun keempat berikutan kesan pertikaian perdagangan, ketidakpastian peralihan politik di Argentina dan penangguhan Brexit yang digambarkan dalam panduan EPS sepanjang tahun kami yang dipinda dalam julat $6.45-$6.65. Kami yakin dengan keupayaan pasukan kami untuk terus melaksanakan inisiatif strategik kami untuk mencapai harapan pertumbuhan keuntungan bagi jangka masa panjang. Kami tetap komited untuk memulangkan modal kepada pemegang saham, sebagaimana yang dibuktikan oleh keputusan Lembaga untuk meningkatkan dividen bagi tahun kelima berturut-turut,” Zallie membuat kesimpulan.

*Pendapatan dicairkan sesaham yang dilaraskan (“EPS yang dilaraskan”), pendapatan operasi yang dilaraskan, kadar cukai pendapatan efektif yang dilaraskan dan aliran tunai yang dilaraskan daripada operasi ialah ukuran kewangan bukan GAAP. Lihat seksyen II Maklumat Kewangan Tambahan yang bertajuk “Maklumat Bukan GAAP” berikutan Penyata Kewangan Disatukan Ringkas yang disertakan dalam siaran akhbar ini untuk penyelarasan ukuran kewangan bukan GAAP ini dengan ukuran GAAP A.S. yang paling dapat dibandingkan dengan langsung.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12757

No comments:

Post a Comment