Wednesday, November 27, 2019

THAILAND AKAN MENILAI RCV THEMIS KELUARAN MILREM ROBOTICS

BANGKOK, 26 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Institut Teknologi Pertahanan Thailand (DTI) akan menilai kenderaan tempur robotik (RCV)  THeMIS keluaran Milrem Robotics pada tahun hadapan untuk menentukan kesesuaiannya bagi angkatan tentera negara itu.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191125005334/en/

RCV THeMIS yang dipamerkan pada minggu lalu semasa Pameran Pertahanan & Keselamatan Asia di Bangkok akan menjalani ujian dengan kerjasama Angkatan Tentera Diraja Thailand. Ujian itu direka untuk menilai keupayaan kenderaan itu di kawasan rupa bumi dan keadaan iklim yang kasar di mana angkatan tentera tempatan beroperasi.

DTI akan melihat bagaimana RCV THeMIS itu dapat membantu Angkatan Tentera sebagai sebuah pengangkut bekalan, tetapi juga sebagai sebuah platform senjata kendalian kawalan jauh tanpa pemandu. Yang kedua itu akan dilakukan dengan kerjasama Electro Optic Systems (EOS) dengan siapa sebuah projek pembangunan sedang dijalankan. Produk akhir itu, yang dinamakan D-Iron, mencirikan RCV THeMIS dengan stesen senjata kawalan jauh R400S-MK2 (RWS) oleh EOS.

Sistem itu telah dibentangkan kepada Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Menteri Pertahanan Thailand serta orang kenamaan yang lain dari ASEAN semasa pameran itu di Bangkok.

“Kami sangat berbesar hati untuk menjalin kerjasama dengan Milrem Robotics dan Electro Optic Systems (EOS) dengan RCV THeMIS dan Stesen Senjata Kawalan Jauh R400-MK2 30mm M230LF, untuk meningkatkan keupayaan Angkatan Tentera Diraja Thailand dengan sistem tanpa pemandu yang berkesan. Kami akan menjalankan ujian dengan pelbagai pengguna pada tahun 2020 bagi penggunaan lain selain Kenderaan Tempur Robotik bersenjata,” kata ACM Preecha Pradabmook, Ketua Pengarah DTI.

“Memang merupakan satu penghormatan bagi kami untuk bekerjasama dengan DTI dan Angkatan Tentera Diraja Thailand semasa penilaian ini. THeMIS telah membuktikan diri sebagai sebuah RCV yang paling mampu bagi keadaan dan persekitaran yang sangat kasar. Milrem Robotics bertekad untuk menyediakan kepada Angkatan Tentera Diraja Thailand dengan keupayaan baharu yang akan dibawa oleh sistem perang robotik ke medan pertempuran,” kata Kuldar Väärsi, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Milrem Robotics.

THeMIS adalah kenderaan tempur robotik hibrid modular sepenuhnya yang pertama di dunia yang boleh dilengkapi dengan pelbagai muatan seperti senjata berkaliber besar dan kecil dan digunakan sebagai sebuah platform ISR, pengangkut bekalan dan sebuah sistem EOD.

Kenderaan itu boleh membawa muatan maksimum sebanyak 1200 kg dan bergerak pada kelajuan 25km/j. Ia boleh dilengkapi dengan sebuah kit autonomi yang membolehkan pengemudian bebas titik ke titik dan mengikuti sebuah konvoi bermotor atau sebuah unit tempur turun.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12843

No comments:

Post a Comment