Saturday, November 2, 2019

PROGRAM HUBUNGAN PERSAHABATAN JEPUN JENESYS 2019 ASEAN PROGRAM MASUK KUMPULAN KE-9

Tema: Sukan dan Olimpik

Negara: Malaysia

TOKYO 29 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dua puluh satu pegawai berkaitan sukan dijadual melawat Jepun dari 29 Oktober sehingga 6 November sebagai sebahagian daripada Program Hubungan Persahabatan Jepun “JENESYS 2019” yang dipromosikan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri (MOFA).
Kumpulan itu akan melawat Tokyo dan Wilayah Ehime untuk berpeluang bagi pertukaran antarabangsa di bawah tema “Sukan dan Olimpik”. Di Tokyo, mereka akan mempunyai satu kuliah yang berkaitan tema, dan melawat kemudahan yang berkaitan dengan Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020. Di Ehime, mereka akan juga mengunjungi pejabat kerajaan Wilayah Ehime dan kemudahannya, yang disahkan sebagai Bandar Tuan Rumah Malaysia untuk Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020, dan akan berkomunikasi dengan pihak berkepentingan. Program itu bertujuan untuk memperdalamkan pemahaman mereka tentang inisiatif Jepun mengenai Sukan dan Olimpik dan menggalakkan persahabatan di antara Jepun dan Malaysia.
Melalui program ini, kami berharap ia mengeratkan perhubungan di antara Jepun dan Malaysia dan peserta di dalam program ini akan secara proaktif berkongsi rayuan Jepun dan maklumat lain selepas kembali ke Malaysia.

Untuk rujukan: Program Pertukaran Jepun JENESYS 2019
Orang ramai yang mempunyai keupayaan dan misi masa depan untuk menyampaikan mesej di antara Jepun dan negara-negara dan rantau di Asia dan Oceania adalah dijemput dan dihantar untuk menggalakkan satu pemahaman mengenai Jepum berhubung politik, ekonomi, masyarakat, budaya, sejarah, dasar luar negeri dan sebagainya, dan orang pro-Jepun dan pakar-pakar berhubung Jepun ditemui untuk mengukuhkan mesej Jepun kepada negara-negara lain dan mengembangkan asas diplomatik Jepun dengan mempunyai tetamu dan hantaran mengambil inisiatif untuk menyebarkan maklumat tentang pendirian diplomatik, rayuan, dan aspek-aspek lain bagi Jepun.

Jadual

Selasa, 29 Oktober
[Ketibaan]

Rabu, 30 Oktober
[Orientasi]
[Tema: Kuliah mengenai perhubungan di antara Jepun dan ASEAN] Pusat ASEAN-JEPUN
[Kuliah berkaitan Tema] Universiti Sains Sukan Nippon, Pusat Antarabangsa

Khamis, 31 Oktober
[Pemerhatian berkaitan Tema] Bilik Pameran Yonex Tokyo / Muzium Olimpik Jepun

Jumaat, 1 November
[Bergerak] Bergerak ke Wilayah Ehime
[Tema: Pencergasan Semula Budaya.Wilayah Jepun] Istana Matsuyama, Echigo Onsen
[Kunjungan Hormat] Pejabat Kerajaan Wilayah Ehime

Sabtu, 2 November
[Pemerhatian berkaitan Tema] Ehime Budokan (Stadium Seni Mempertahankan Diri), [Kuliah] Sunrize Itoyama
[Tema: Teknologi Jepun] Kirousan

Ahad, 3 November
[Bergerak] Bergerak ke Tokyo
[Tema: Sejarah dan Budaya Jepun] Istana Imperial, Asakusa

Isnin, 4 November
[Pemerhatian berkaitan Tema] Stadium Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020
(Perkampungan Atlet, Kemudahan di kawasan Ariake, Pusat Akuatik Olimpik, New National Stadium)
[Pemerhatian berkaitan Tema] Bengkel Sukarelawan (Pusat Olimpik Yoyogi)
[Kuliah berkaitan Tema] Kuliah mengenai aktiviti Sukarelawan bagi Sukan Olimpik/Paralimpik

Selasa, 5 November
[Bengkel]
[Sesi Pelaporan]

Rabu, 6 November
[Berlepas]

Lihat versi sumber di  businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20191028005353/en/

Hubungi

Pertanyaan mengenai program itu
JENESYS 2019 ASEAN + Agensi Pelaksanaan Projek Timor Timur
Jabatan Operasi JTB Kasumigaseki
Hubungi: Junji Mise, Yutaka Shintani, Takashi Komatsu
TEL: +81 3-6737-9447 Hari Bekerja: 9:00-18:00 (Ditutup pada Hujung Minggu dan Hari Cuti)
[E-mel] jenesys2019asean@jtb.com

Sumber : JTB Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment