Thursday, November 21, 2019

SOJITZ, NTT COM, NEC, NEC NETWORKS & SYSTEM INTEGRATION AKAN MENINGKATKAN INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI DI MYANMAR

— Akan meningkatkan kapasiti lebih tiga kali ganda dan menyumbang kepada pembangunan 5G—

TOKYO, 20 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sojitz Corporation, NTT Communications Corporation (NTT Com), NEC Corporation dan NEC Networks & System Integration Corporation (NESIC) bersama-sama mengumumkan hari ini satu rancangan untuk menaik taraf infrastruktur komunikasi yang menghubungkan bandar raya-bandar raya utama Nay Pyi Taw, Yangon, Mandalay dan Zon Ekonomi Khas Thilawa (SEZ), Myanmar, di bawah satu perintah rasmi dari Pos dan Telekomunikasi Myanma, pengendali telekomunikasi terbesar di negara itu.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191119006175/en/

Projek Peningkatan Rangkaian Komunikasi itu, yang bernilai kira-kira 7 bilion yen (kira-kira 62 juta USD), akan menjadi projek pinjaman ODA yang pertama dalam medan komunikasi Myanmar yang dijalankan di bawah naungan pemerintah Jepun. Empat syarikat yang mengambil bahagian merancang untuk membina kemudahan sambungan internet dan infrastruktur komunikasi antarabangsa yang menghubungkan ketiga-tiga bandar raya itu dan Thilawa SEZ menjelang tahun 2021. Berbanding sekarang, kapasiti komunikasi akan menjadi lebih tiga kali ganda dan ditingkatkan dengan ketara. Projek itu juga akan menyokong perkhidmatan 5G yang dijangka diperkenalkan dalam masa terdekat.

Disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi yang pesat di Myanmar, kadar penerobosan bagi telefon bimbit, hanya kira-kira 10% pada tahun 2014, kini melebihi 90%, tetapi tidak mencukupi dalam kapasiti komunikasi dan alamat IP telah menjadikan pengukuhan infrastruktur komunikasi satu tugas yang sangat mendesak.

NTT Com dan NEC telah membangunkan infrastruktur komunikasi yang kini digunakan di Myanmar, seperti stesen pangkalan LTE, kemudahan sambungan internet antarabangsa dan satu rangkaian komunikasi teras yang menghubungkan Nay Pyi Taw, Yangon dan Mandalay. Juga, Sojitz telah lama terlibat di dalam projek-projek infrastruktur dan tenaga di negara itu, setelah membuka sebuah pejabat di Yangon pada tahun 1918.

Peranan bagi setiap syarikat

Sojitz       
Sebagai kontraktor utama bagi projek itu, Sojitz akan menyediakan pengurusan keseluruhan, dengan memanfaatkan pengetahuan yang diperolehnya di dalam projek-projek pembangunan infrastruktur di seluruh dunia.

NTT Com
NTT Com, penyedia perkhidmatan sambungan internet terbesar di Jepun, akan menggunakan keupayaan dan kepakaran teknologi mereka di dalam menaik taraf kemudahan sambungan internet antarabangsa kepada kapasiti maksimum 800 Gbps. Di samping itu, ia akan menyelesaikan kekurangan alamat IP dengan memperkenalkan teknologi IPv6.

NEC
NEC akan menyediakan peralatan komunikasi optik canggih untuk rangkaian komunikasi teras bagi mengembangkan kapasiti penghantaran kepada 1 Tbps, lebih daripada tiga kali ganda berbanding tahap sekarang. Peralatan komunikasi optik mereka akan menyelang-nyelikan pelbagai isyarat bagi jarak gelombang yang berbeza dan menghantar mereka melalui gentian optik.

NESIC
NESIC, yang bekerjasama dengan anak syarikat mereka, NESIC (Thailand) Ltd., akan memasang peralatan DWDM (pemultipleksan pembahagian jarak gelombang padat) yang dibekalkan oleh NEC dan menjalankan kerja reka bentuk, kerja sivil dan kerja pemasangan bagi loji luar (rangkaian kabel optik) jarak panjang kabel 180km di Yangon dan Thilawa SEZ. Syarikat itu akan juga membekalkan dan memasang peralatan bekalan kuasa dan peralatan penyaman udara.

Di bawah projek itu, empat syarikat itu berharap dapat menyumbang kepada pembangunan taraf hidup dan industri mapan melalui komunikasi yang sangat dipercayai dan mantap.

Maklumat mengenai Sojitz Corporation

Sojitz Corporation telah dibentuk daripada kesatuan Nichimen Corporation dan Nissho Iwai Corporation, kedua-dua buah syarikat yang mempunyai sejarah kecemerlangan yang sangat panjang. Selama lebih dari 150 tahun, perniagaan kami telah membantu menyokong pembangunan tidak terkira banyaknya negara dan wilayah. Hari ini, Kumpulan Sojitz terdiri daripada kira-kira 400 anak syarikat dan syarikat sekutu yang terletak di Jepun dan di seluruh dunia, yang membangunkan operasi syarikat perdagangan am yang luas di pelbagai negara dan wilayah.
Sebagai sebuah syarikat perdagangan am, Kumpulan Sojitz terlibat di dalam pelbagai perniagaan di seluruh dunia, termasuk membeli, menjual, mengimport, dan mengeksport barangan, pembuatan dan penjualan produk, menyediakan perkhidmatan, dan merancang dan menyelaraskan projek, di Jepun dan di luar negara. Kumpulan itu juga melabur di dalam pelbagai sektor dan menjalankan aktiviti pembiayaan. Pelbagai sektor di mana Sojitz beroperasi termasuk yang berkaitan dengan kereta, kilang, tenaga, sumber mineral, bahan kimia, sumber makanan, sumber pertanian dan perhutanan, barangan pengguna dan taman perindustrian.

Maklumat mengenai NTT Communications Corporation

NTT Communications menyelesaikan cabaran teknologi dunia dengan membantu perusahaan mengatasi kerumitan dan risiko di dalam persekitaran ICT mereka dengan penyelesaian infrastruktur IT yang terurus. Penyelesaian ini disokong oleh infrastruktur kami di seluruh dunia, termasuk rangkaian awam dan persendirian peringkat 1 global yang terkemuka di dalam industri yang menjangkau ke lebih 190 buah negara/wilayah, dan lebih 450,000m2 kemudahan pusat data yang paling maju di dunia. Pasukan perkhidmatan profesional global kami menyediakan perundingan dan seni bina untuk daya ketahanan dan keselamatan yang diperlukan bagi kejayaan perniagaan anda, dan kemampuan berskala dan global kami tidak ada bandingannya. Digabungkan dengan NTT Ltd., NTT Data, NTT DOCOMO, kami adalah merupakan Kumpulan NTT. (TOKYO: 9432).
www.ntt.com | Twitter@NTT Com | Facebook@NTT Com | LinkedIn@NTT Com

Maklumat mengenai NEC Corporation

NEC Corporation adalah sebuah peneraju di dalam penyatuan teknologi IT dan teknologi rangkaian yang memberi manfaat kepada perniagaan dan orang awam di seluruh dunia. Kumpulan NEC secara global menyediakan “Penyelesaian untuk Masyarakat” yang menggalakkan keselamatan, kecekapan dan kesamaan bagi masyarakat. Di bawah mesej korporat syarikat itu “Merancang sebuah dunia yang lebih cemerlang,” NEC berhasrat untuk membantu menyelesaikan pelbagai isu yang mencabar dan untuk mewujudkan nilai sosial baharu bagi perubahan dunia pada hari esok. Untuk maklumat lanjut, sila layari NEC di https://www.nec.com.

Maklumat mengenai NEC Networks & System Integration Corporation
NEC Networks & System Integration Corporation (TSE: 1973; NESIC) menyediakan perkhidmatan komunikasi bersepadu yang menggabungkan kekuatan bagi integrasi sistem dan perkhidmatan sokongan yang berkaitan, serta keupayaan pengurusan kejuruteraan dan kemudahan yang canggih, untuk pelbagai jenis pelanggan, termasuk pembawa telekomunikasi, perusahaan dan agensi kerajaan. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.nesic.co.jp/english/.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12824

No comments:

Post a Comment