Wednesday, November 20, 2019

LAPORAN GPCI 2019 YAYASAN MORI MEMORIAL: LONDON HILANG MOMENTUM, TOKYO AGAK PERLAHAN DAN PARIS MENIKMATI TREND KE ATAS



48 daripada bandar raya utama dunia sebagaimana disenaraikan oleh Laporan GPCI 2019 Yayasan Mori Memorial 

TOKYO, 20 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- London, New York, Tokyo dan Paris sekali lagi dinamakan sebagai bandar raya paling menarik di dunia, dalam susunan itu, di dalam laporan Indeks Bandar Raya Kuasa Global (GPCI) 2019 yang diterbitkan oleh Institut Yayasan Mori Memorial bagi Strategi Bandar, sebuah badan penyelidikan yang diwujudkan oleh Mori Building, sebuah pemaju bandar yang terkemuka di Tokyo. Sejak tahun 2008, laporan tahunan GPCI itu telah menilai 40 atau lebih bandar raya  utama dari segi “daya tarikan,” atau kuasa keseluruhan untuk menarik orang perseorangan dan perusahaan yang kreatif dari seluruh pelusuk dunia. Bandar raya dinilai dari segi 70 petunjuk dalam enam kategori (fungsi): Ekonomi, R&D, Interaksi Kebudayaan, Sesuai untuk Didiami, Persekitaran dan Mudah untuk Diakses. Dalam usaha untuk menangani dengan perubahan di dalam keadaan yang mengelilingi bandar raya-bandar raya global, GPCI itu terus menerus memperbaiki petunjuk dan kaedah pengumpulan data mereka.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20191118005309/en/

Di tengah-tengah kelegapan yang meningkat di dalam ekonomi dunia dan peningkatan kesedaran mengenai isu-isu alam sekitar, London menyaksikan markah komprehensif mereka jatuh selepas lapan tahun menduduki tempat teratas pada GPCI. Walaupun markah bagi New York, Tokyo dan Paris kesemuanya merosot di atas sebab-sebab mereka yang tersendiri, tahap kejatuhan bagi Tokyo melebarkan jurangnya dengan New York, walaupun jurang di antara Tokyo dan Paris menyempit. Paris terus bergerak ke hadapan berikutan kejayaan bida mereka pada tahun 2017 untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2024, mengatasi satu trend menurun sebelumnya berikutan serangan pengganas di bandar raya itu pada tahun 2015.

Sejumlah besar peristiwa yang mencabar berlaku atau terus berlaku pada tahun 2019, seperti pergeseran perdagangan Amerika Syarikat-China, cadangan penarikan diri United Kingdom dari Kesatuan Eropah dan bantahan di Hong Kong. Kesan yang ketara pada markah GPCI 2019 termasuk kelembapan “Kadar Pertumbuhan KDNK” Beijing dan Shanghai dan penurunan jumlah bagi “Syarikat-syarikat 500 Utama Dunia” di London. Hong Kong akan berkemungkinan merasakan kesan daripada pergolakan politik mereka dalam GPCI 2020.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12819

No comments:

Post a Comment