Thursday, November 14, 2019

CEYLON GRAPHITE MENGUMUMKAN LESEN PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR UNTUK PROJEK K1 SARCON DEVELOPMENT

VANCOUVER, British Columbia, 13 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Ceylon Graphite Corp. (“Ceylon Graphite”) (TSX-V: CYL) (OTC: CYLYF) (FSE: CCY) hari ini mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, Sarcon Development (Pvt) Ltd (“Sarcon”) telah diberikan Lesen Perlindungan Alam Sekitar (“EPL”) bagi Projek Perlombongan Grafit K1 di Karasnagla, Sri Lanka daripada Pihak Berkuasa Alam Sekitar Pusat (CEA) dengan Nombor 17501 (R0) bertarikh 14 Oktober 2019 di bawah peruntukan Akta 47 Alam Sekitar Kebangsaan 1980 dan pindaan Akta Nombor 56 pada tahun 1988 dan Nombor 53 pada tahun 2000 daripada Kerajaan Sri Lanka. CEA ialah Pengawal Selia Alam Sekitar di Sri Lanka yang ditubuhkan melalui Akta Parlimen.

CYL juga mengumumkan bahawa anak syarikat Sarcon, BPA Lanka (Private) Ltd telah membeli tanah bersebelahan projek K1 yang akan membolehkan syarikat itu membina adit dari syaf utama. Adit itu akan memudahkan penyingkiran grafit dari lombong, membantu pengudaraan dan penyahairan dari kawasan syaf.

En. George Smitherman telah meletakkan jawatan sebagai Pengarah Syarikat. Lembaga Pengarah berterima kasih atas khidmat beliau sebagai Pengarah.

“Dengan lesen utama yang terakhir dan pembelian tanah yang dirancang, kami akan mengubah hala kepada pengeluaran komersial dalam K1,” kata Bharat Parashar, Ketua Pegawai Eksekutif. “Sarcon berharap dapat bekerjasama rapat dengan CEA dan Jabatan Kerajaan lain di Sri Lanka dengan matlamat keprihatinan terhadap alam sekitar dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dalam mengembangkan perniagaan kami.”

Individu Berkelayakan
Robert Marvin, P. Geo (ONT) ialah Individu Berkelayakan di bawah Instrumen Kebangsaan 43-101 dan telah menilai dan meluluskan maklumat yang dinyatakan dalam siaran berita ini.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12797

No comments:

Post a Comment