Wednesday, November 6, 2019

OKEX MEMPERLUAS KE PERDAGANGAN HADAPAN USDT

Bursa hadapan kriptowang utama dunia menambahkan perdagangan hadapan USDT dengan pasangan yang merangkumi BTC, ETH dan EOS

VALLETTA, Malta, 5 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- OKEx, bursa hadapan kriptowang terbesar di dunia, hari ini mengumumkan pelancaran Perdagangan Hadapan USDT, kontrak hadapan linear. Bertindak sebagai produk terbitan maya yang dipetik dan diselesaikan dalam USDT, setiap kontrak mempunyai nilai muka bagi amaun tetap token digital. Pedagang boleh memilih kedudukan panjang atau singkat untuk mendapat keuntungan daripada harga kriptowang masing-masing yang meningkat atau menurun. OKEx menyediakan portfolio terbitan yang meluas dengan kepelbagaian yang lebih luas bagi mata wang dasar dan kefungsian yang lebih menyeluruh untuk memenuhi keperluan perdagangan pengguna.

Ciri utama termasuk:
  • Kontrak Linear - tanpa perlu melindung nilai risiko margin kontrak songsang
  • Tahap Leveraj: 1-100x
  • Pasangan yang disokong: BTC, EOS, ETH, LTC, BCH, XRP, ETC, BSV, TRX
  • Waktu Dagangan: 24/7
  • Pelangsaian Harian
Manfaat termasuk:
  • Kecekapan dan Kos rendah - berdagang tanpa perlu bersusah-payah bertukar antara kriptowang
  • Stabil secara Perbandingan - mengurangkan risiko yang disebabkan oleh turun naik harga cagaran untuk kontrak hadapan dan pengiraan yang lebih mudah
  • Pengalaman Perdagangan Intuitif - serupa dengan perdagangan lani dengan leveraj tambahan, memudahkan pengguna untuk menguasai sistem perdagangan.

“Kebanyakan masa, pengguna tidak berhasrat untuk memegang altcoin sebagai margin, dan mereka juga menganggap kontrak songsang itu sebagai rumit untuk difahami. Kami melihat kontrak linear ini akan menjadi pintu terbuka kepada banyak pedagang runcit baharu,” kata Lennix Lai, Pengarah Pasaran Kewangan di OKEx. “Di OKEx, kami telah membangunkan persekitaran yang selamat, boleh diharap dan stabil untuk perdagangan kriptowang, dan berusaha untuk menawarkan perkhidmatan baru berdasarkan minat pelanggan kami. Kami akan terus menyelidik dan menambahkan terbitan berasaskan wang stabil untuk menawarkan instrumen lindung nilai yang lebih ringkas untuk pedagang yang biasanya mengira keuntungan dan kerugian mereka dalam nilai USD.”

Kontrak Hadapan USDT akan dilancarkan 14 November, 2019, dan simulasi akan bermula pada 5 November, 2019. Pertukaran Berterusan USDT akan dilancarkan 9 Disember, 2019, dan simulasi akan bermula pada 30 November, 2019.

TENTANG OKEx
OKEx ialah bursa aset digital utama dunia yang beribu pejabat di Malta, menawarkan perkhidmatan perdagangan aset digital menyeluruh termasuklah perdagangan token, perdagangan hadapan, perdagangan pertukaran berterusan dan penjejak indeks kepada pedagang global dengan teknologi blok rantai. Buat masa ini, bursa menawarkan lebih 400 pasangan token dan perdagangan hadapan membolehkan pengguna untuk mengoptimumkan strategi mereka.

Vivien Choi
media@okex.com

SUMBER: OKEx

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment