Tuesday, November 26, 2019

BFM BEKERJASAMA DENGAN TRITON DIGITAL UNTUK PENYAMPAIAN, PENGEWANGAN DAN PENGUKURAN PENSTRIMAN KANDUNGAN AUDIO DAN PODCAST.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 Nov (Bernama-BUSINESSWIRE) -- Triton Digital®, penyedia perkhidmatan dan teknologi global kepada industri podcast dan audio digital, mengumumkan hari ini bahawa BFM, satu-satunya stesen radio berdikari Malaysia, telah memilih Triton Digital untuk menguasai penyampaian, kewangan, dan pengukuran kandungan podcast dan audio penstriman mereka.

Menerusi perkongsian ini, BFM akan memanfaatkan rangkaian penstriman audio Triton untuk menyampaikan berita ekoniaga dan hal ehwal semasa bermutu tinggi di dalam talian, dan Tap Ad Server untuk memuat naik iklan-iklan audio yang disasarkan secara dinamik ke dalam aliran mereka. Untuk menyokong matlamat pengewangan mereka, BFM akan memanfaatkan pasaran audio programatik Triton dan audio SSP untuk membuat inventori podcast dan audio dalam talian mereka sedia ada kepada pembeli media di seluruh dunia melalui tawaran pasaran terbuka dan swasta.

Di samping itu, BFM akan menggunakan perkhidmatan Webcast Metrics® Triton untuk mengukur jumlah pendengar di dalam talian yang tinggi, dan platform pengurusan podcast perusahaan Omny Studio untuk menambat, menyunting, dan mengedarkan kandungan podcast mereka.

“Triton menyediakan teknologi audio komprehensif yang boleh dipercayai, sofistikated dan fleksibel,” kata Pengurus Besar BFM, Puan Meera Sivasothy. “Kami menantikan sokongan pasukan berpengetahuan dan teknologi terkemuka Triton sedang kami terus membina dan mengembangkan strategi audio digital kami.”

“Kami dengan sukacitanya menyediakan BFM dengan alat yang mereka perlukan untuk menyampaikan, mengewangkan, dan mengukur aliran audio digital mereka,” kata Pengarah Urusan, Pembangunan dan Strategi Pasaran, Encik Benjamin Masse.

“Teknologi penstriman dan pengiklanan kami akan membolehkan BFM menyediakan pengalaman mendengar yang lebih baik dan menarik untuk pendengar mereka, dan pulangan yang lebih tinggi untuk pengiklan mereka. Di samping itu, perkhidmatan pengukuran khalayak kami akan memberi BFM wawasan tentang bagaimana, di mana, dan oleh siapa kandungan audio digital mereka digunakan, yang membolehkan mereka menjana pendapatan tambahan.”

Tentang Triton Digital
Triton Digital® adalah pemimpin perkhidmatan dan teknologi global di dalam industri podcast dan audio digital. Beroperasi di melebihi 40 negara, Triton menawarkan teknologi inovatf yang membolehkan penyiar, podcaster dan perkhidmatan muzik dalam talian membina pendengar, memaksimumkan pendapatan mereka dan menyelaraskan operasi harian mereka. Di samping itu, Triton menggerakkan industri audio dalam talian global dengan Webcast Metrics®, perkhidmatan pengukuran audio terkemuka di dalam talian dan Podcast Metrics, salah satu daripada perkhidmatan pengukuran podcast yang disahkan IAB pertama di dalam industri. Dengan integriti, kecemerlangan, kerja berpasukan dan akauntabiliti yang tiada tandingan, Triton tetap komited untuk menghubungkan audio, pendengar dan pengiklan untuk terus memacu pertumbuhan industri dalam talian global. Triton Digital adalah anak syarikat milik penuh The E.W. Scripps Company (NASDAQ: SSP). Untuk maklumat lanjut, layari laman web, www.TritonDigital.com.

Tentang BFM
BFM adalah satu-satunya stesen radio berdikari Malaysia, dengan tumpuan pada berita ekoniaga dan hal ehwal semasa.

Tujuan BFM adalah untuk membina Malaysia yang lebih baik dengan memperjuangkan wacana berasaskan bukti yang rasional sebagai unsur utama keputusan dasar yang baik.

BFM menerapkan pendekatan berasaskan wacana kepada bidang pengaturcaraan lain seperti keusahawanan, kesihatan, fesyen, seni, sukan dan muzik, serta inisiatif pendidikan eksekutif, Pendidikan BFM-EDGE - Kerjasama antara dua media perniagaan, The Edge dan BFM Media, untuk memajukan Malaysia melalui pendidikan dan keusahawanan.

BFM diudarakan melalui frekuensi 89.9 MHz di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, dan sebahagian Negeri Sembilan dan Melaka. Dan sekarang, BFM secara rasmi di aliran Triton Digital.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=12836

No comments:

Post a Comment